Ahad, 31 Mei 2020

“Sorang Di Ruang Tamu, Sorang Dalam Bilik...


Tanggal 10 November 2018 menjadi tarikh bermakna buat pasangan selebriti Ben Ali dan Nadiyah Shahab diijabkabulkan.

Dalam pada itu, Ben atau nama lengkapnya Nur Ali Nadzwan gembira dan bahagia kerana perkahwinan yang dibina sentiasa harmoni bahagia.

“Walaupun dah 5 tahun together , yang bestnya kita makin hari makin rapat. Tak pernah sehari pun rasa bosan towards each other. Setiap hari rasa macam baru bercinta.

“Dulu masa first jumpa, tak sangka yang Nadiyah ni boleh duduk Malaysia lama. Tapi sekarang sometimes dia lagi legit Malaysian dari saya,” tulisnya.

Dalam perkembangan lain, kedua-dua pasangan sama cantik, sama padan ini ada melakukan perniagaan online pakaian terpakai (preloved) baru-baru ini.

“Kita dua2 dulu kurus macam lidi, sekarang baju pun dh tak muat. Sampai kena buat preloved untuk clearkan semua baju yang dah tak muat.

“Tapi dua2 gelak je tengok masing2 tak muat pakai baju and seluar. Saya gelak kat dia. Dia gelak kat saya. Sebab dah cebol dua2.

IKLAN
“Dulu si Nadiyah ni punya la tak suka my lame joke. Tapi skrg dia dulu gelak. Walaupun sometimes saya sendiri rasa benda tu tak kelakar or bukan cuba nak buat lawak.

“Tapi dia gelak. And dia sendiri akan pelik “kenapa i gelak eh,” tambahnya.

Selain itu, Ben bersyukur apabila perniagaan yang dijalankan bersama Nadiyah iaitu kek dan biskut menjadikan mereka lebih mesra dan erat.

“Lagi beruntungnya rasa bila kerja pon sama2. Memang melekat jela kitorang dua ni hari2. Dah macam belangkas. Tak leh nak berpisah sekejap pon.

“Kalau sorang kat living hall (ruang tamu) dan sorang dalam bilik. Nanti masing2 akan cari each other. Macam2 lah kisah kitorg dua ni. Banyak lagi sebenarnya tapi biarlah ianya menjadi rahsia kita berdua,” tulisnya lagi.

Malah, Ben turut menitip ucapan hari lahir buat isteri tercinta.

“Happy 29th Birthday to my one and only dearest wife / bestfriend / soulmate @nadiyah.shahab.

“To Nadiyah, I believe that Allah created you for me to love and take care. Thank u for always being wonderful to me as my wife.

“U have such a great heart and values that inspire me and making me who I am today. I Love you so much,” titipnya.

Terdahulu, pasangan ini diijabkabulkan pada 10 November 2018.
Nadiyah juga telah menerima wang hantaran berjumlah RM 45,000 selain menyerahkan lima dulang hantaran berbalas jumlah sama daripada pengantin lelaki.

Label:

Kedutaan hantar Tiffin Raya kepada rakyat Malaysia di Thailand


BANGKOK: Rumah Terbuka Hari Raya anjuran Kedutaan Malaysia, di sini, sentiasa dinanti-nantikan oleh diaspora dan pelajar Malaysia di negara ini yang tidak dapat pulang ke kampung halaman.

Mereka bukan saja berpeluang menikmati hidangan tradisional Hari Raya yang istimewa, malah rumah terbuka tahunan itu juga mengeratkan silaturahim sesama rakyat Malaysia.

Namun, tahun ini, acara itu dibatalkan sebagai mematuhi arahan Kerajaan Thailand yang melarang perhimpunan beramai-ramai dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

Begitupun, Kedutaan Malaysia tetap berusaha memeriahkan sambutan Aidilfitri oleh rakyat Malaysia di negara ini, dengan menghantar 'Tiffin Raya', iaitu juadah raya yang diisi di dalam mangkuk tingkat berwarna-warni.

Bersama nota serangkap pantun 'Nasi impit di atas para, pilihan direbus di tepi Embassy, Tiffin dihantar sempena Raya, tanda ingatan di Aidilfitri,' mangkuk tingkat terbabit dihantar kepada 35 rakyat Malaysia, kelmarin.

Timbalan Ketua Misi Kedutaan Malaysia di Bangkok, Suzilah Mohd Sidek, berkata pihak kedutaan memutuskan untuk berkongsi juadah enak dengan pemimpin komuniti Malaysia, anggota komuniti yang aktif dan rakyat Malaysia dalam pelbagai sektor.

"Kakitangan di kedutaan berganding bahu menyediakan hidangan nasi himpit, kuah kacang dan rendang ayam," katanya kepada Bernama.

Pengerusi Dewan Perniagaan Malaysia-Thailand (MTCC), Dr Hwee Khim Boo, yang menerima mangkuk tingkat itu memuat naik hantaran dalam laman Facebook Kedutaan Malaysia, Bangkok, dengan menulis 'Terima Kasih (Duta Malaysia ke Thailand) Datuk Jojie Samuel dan semua cef! Kami adalah rakyat Malaysia yang bertuah."

Aishah Adam pula menulis 'Dari lubuk hati saya, terima kasih banyak-banyak Kedutaan Besar Malaysia, Bangkok... sangat gembira untuk Tiffin Raya yang indah... membuatkan kami berasa seperti di rumah.'

Joanne Chung pula berkata, "Kami rakyat Malaysia sangat gembira menerima mangkuk bertingkat indah ini dengan juadah Hari Raya yang enak."

Thailand, negara pertama di luar China yang dikesan dengan kes COVID-19, mengisytiharkan darurat mulai 26 Mac hingga 30 April lalu sebelum melanjutkannya hingga 31 Mei dan kemudian 30 Jun, bagi membendung penularan wabak itu.

Kerajaan Thailand mula melaksanakan kelonggaran sekatan fasa pertama pada 3 Mei lalu dan fasa kedua bermula 17 Mei, manakala fasa ketiga akan bermula esok. – BERNAMA

Label:

Jam RM2.6 juta Mahrez dicuri


MANCHESTER: Pemain Man City, Riyad Mahrez kerugian £500,000 pound (RM2.683 juta) apabila tiga jam tangan mewahnya dicuri.

Pencuri turut mengambil wang tunai, jersi bola sepak unik dan gelang tangan dari rumahnya.

Jam bernilai £500,000 pound (RM2.683 juta) itu termasuk dari jenama Richard Mille, sama seperti dicuri daripada rumah pemain England, Dele Alli dua minggu lalu.

Selain Mille bernilai £230,000 pound (RM1.23 juta), bintang Man City itu juga kehilangan Rolex Daytona bernilai £40,000 pound (RM214,653) dan Rolex Day Date bernilai £35,000 pound (RM187,821).

Kumpulan pencuri itu juga melarikan wang tunai lebih £50,000 pound (RM268,316), gelang tangan Cartier dan jersi bola sepak unik bernilai lebih £150,000 pound (RM804,949).

Sumber memberitahu: "Riyad antara kumpulan elit yang memiliki Mille.

"Ia adalah lambang kehebatan."

Jam Mille boleh mencecah £1.6 juta pound (RM8.59 juta) dan menjadi pilihan golongan kaya dan bintang sukan seluruh dunia. - Agensi

Label:

Pindaan Akta 333 perlu bela waris mangsa


KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa memasukkan peruntukan bagi membela waris mangsa yang maut akibat dilanggar pemandu mabuk, dalam pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), di samping mengenakan hukuman lebih berat kepada pesalah.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata pindaan itu perlu meletakkan tanggungjawab kepada pesalah untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi membela waris mangsa.

Jelasnya, pindaan itu wajar dan perlu dilaksanakan secepat mungkin kerana hukuman sedia ada tidak berkesan kepada sejumlah pemandu yang dilihat tidak serik untuk memandu di bawah pengaruh alkohol.

"MCPF menyokong sepenuhnya pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 membabitkan hukuman kepada pemandu di bawah pengaruh alkohol dilakukan pada sidang Parlimen, namun menggesa agar pelaksanaannya disegerakan.

"Perkara ini perlu diberi perhatian serius bukan sahaja membabitkan peruntukan Seksyen 44 berkaitan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian, bahkan juga Seksyen 45 mengenai kesalahan memandu di bawah pengaruh minuman walaupun tidak terbabit dalam kemalangan.

"MCPF juga mencadangkan pindaan itu termasuk memberi pembelaan kepada waris mangsa untuk mengambil tindakan yang berpatutan terhadap pesalah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain mengenakan hukuman berat kepada pesalah yang memandu di bawah pengaruh alkohol, Lam Thye juga menggesa, pindaan Akta 333 turut membabitkan bahan terlarang lain yang boleh menjejaskan pemanduan seperti dadah, ubat-ubatan dan sebagainya.

Tegasnya, mekanisme tertentu juga perlu diwujudkan untuk memberi kesedaran kepada pemandu mengenai kesalahan memandu di bawah pengaruh bahan terlarang, sebelum mereka mendapat lesen memandu.

"Polis juga perlu melaksanakan operasi besar-besaran dan memperhebatkan lagi usaha untuk mengesan orang yang memandu dalam keadaan mabuk.

"MCPF membantah keras mereka yang memandu dalam keadaan mabuk. Mintalah bantuan orang lain untuk memandu jika anda mengambil minuman beralkohol," katanya.

Label:

PKPB: Dikompaun Berada Dalam Kedai Makan Selepas 10 Malam


LIMBANG: Seramai 13 individu dikenakan kompaun selepas didapati masih berada di dalam sebuah kedai makan di Jalan Pandaruan di sini melebihi jam 10 malam pada Sabtu.


Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata individu yang dikompaun terdiri daripada tujuh pelanggan lelaki dan lima pelanggan wanita serta seorang lelaki yang merupakan pemilik premis, masing-masing berusia di antara 18 hingga 68 tahun.

"Semasa pemeriksaan sepasukan polis di premis tersebut pada jam kira-kira 10.05 malam mendapati premis masih dalam keadaan beroperasi walaupun waktu sudah melepasi jam 10 malam.

"Didapati juga kedudukan pelanggan tidak mengikut SOP (prosedur pengendalian standard) yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)," katanya dalam satu kenyataan media.

Abang Zainal Abidin berkata kesemua individu terbabit dibawa ke Balai Polis Limbang dan dikenakan kompaun kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No 6) 2020.

Label:

Maut Disengat Tebuan


KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang kritikal akibat terkena lebih 60 sengatan tebuan (Gambar Hiasan)disahkan meninggal dunia awal pagi tadi.

Mangsa Nur Nazihah Mohd Sabri meninggal dunia pukul 1.30 pagi ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata kematian mangsa disebabkan kegagalan organ dalaman akibat toksin yang banyak berpunca daripada sengatan terbuan.

"Mangsa yang dimasukkan ke HSNZ pada 9.17 malam semalam dari Hospital Dungun mempunyai 65 kesan sengatan tebuan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, ibu mangsa Rohayu Mat Lazim, 39, ketika dihubungi Bernama berkata jenazah anak ketiga daripada lima beradik itu dibawa pulang ke Kerteh dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Kerteh 5, di Dungun pagi ini.

“Sedih sangat, tidak sangka hilang anak sekelip mata namun saya reda dengan ujian Allah ini. Seorang lagi anak masih dalam pemantauan doktor di HSNZ… semoga dia cepat sembuh seperti biasa,” katanya sebak.

Semalam, Bernama melaporkan dua beradik, seorang daripadanya dalam keadaan kritikal, terpaksa dikejarkan ke HSNZ, selepas terkena sengatan tebuan dalam kejadian kira-kira 3 petang di kawasan berbukit berhampiran rumah mereka di Felda Kerteh 4, Dungun.

Ibu mangsa berkata Nur Nazihah dan adiknya, Muhamad Azib, 6, sedang bermain-main dengan beberapa kawan serta seorang lagi kakak mereka yang berusia 11 tahun.

Kejadian disedari apabila anak lelakinya itu meluru masuk ke rumah dalam kesakitan dan memberitahu kakaknya teruk disengat tebuan.

Rohayu menghantar kedua-dua anaknya ke Klinik Ketengah Jaya sebelum dirujuk ke Hospital Dungun untuk rawatan dan seterusnya ke HSNZ tidak lama selepas itu. - Bernama

Label:

Keluar Hisap Rokok, Jumpa Rakan Akan Didenda


LABUAN: Polis mendapati beberapa orang yang dikuarantin di hotel di sini melanggar peraturan dengan keluar membeli dan menghisap rokok, serta berjumpa rakan dari luar di lobi premis itu yang dijadikan fasiliti kuarantin Covid-19.

Ketua Polis Labuan, Muhammad Farid Ahmad berkata selepas membuat pemeriksaan di hotel, pihaknya merekodkan maklumat mereka terbabit dan menyerahkan kepada Jabatan Kesihatan untuk tindakan lanjut, termasuk dikompaun.

“Mereka ini ialah kakitangan teknikal dan operasi dalam sektor minyak dan gas yang menamatkan tugas, tetapi perlu menjalani kuarantin 14 hari di hotel yang dijadikan kemudahan kuarantin sebelum dibenarkan pulang ke rumah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” katanya semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata kira-kira 15 hotel diperiksa kelmarin dan mendapati 41 penghuni yang sedang dikuarantin telah melanggar peraturan.

“Terdapat pesakit di bawah pengawasan yang ditempatkan di hotel dijadikan kemudahan kuarantin tidak berada di dalam bilik mereka semasa pemeriksaan kira-kira 8 hingga 10 malam, mereka telah keluar dari bilik tanpa kebenaran dan menimbulkan risiko kesihatan kepada diri dan orang di sekeliling.”

Ismuni berkata, 7 kompaun dikenakan terhadap pesakit di bawah pengawasan dan pemerhatian, manakala 34 diberikan amaran terakhir kerana melanggar peraturan kuarantin di bawah Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

Dalam operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) kelmarin, beliau berkata 7 premis makanan dikenakan amaran kerana melanggar garis panduan jarak sosial.

“Kami mendapati premis berkenaan tidak mengikuti SOP dalam susunan meja menyebabkan pelanggan mereka duduk berdekatan satu sama lain.”-Sabah Post

Label:

APMM Iring Dua Bot Bawa Masuk 16 Individu Dari Indonesia Ke Tawau


TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengiringi 16 individu dari Indonesia masuk ke Tawau, Sabah, di sini, semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau Kepten V Siva Kumar berkata, daripada jumlah itu, 10 daripadanya warga tempatan manakala selebihnya warga Indonesia.

“Semua mereka sebelum ini terkandas di Pulau Tarakan dan Nunukan, Indonesia selepas perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik Covid-19, sekali gus penutupan semua pintu masuk antarabangsa di Sabah.

“Mereka dibawa menggunakan dua bot yang disediakan khas oleh Konsulat Republik Indonesia dari kawasan sempadan perairan Malaysia-Indonesia pada pukul 2.30 petang dan tiba di Terminal Feri Tawau, satu jam kemudian,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Tambah Siva, turut terlibat mengiringi kumpulan berkenaan ialah Pasukan Polis Marin (PPM).

“Sebaik selesai urusan dokumentasi di terminal feri, 16 individu tersebut dihantar ke Pusat Kuarantin Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau untuk dikuarantin selama 14 hari,” katanya. – BorneoToday

Label:

Bersatu Bahagian Muar Tolak Pemecatan Saddiq


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Muar menggesa kemelut parti itu diselesaikan melalui pemilihan baharu parti sekali gus menolak 'pemecatan' serta-merta lima ahli Bersatu termasuk Ketua Bahagian Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.


Bersatu Bahagian Muar dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dicapai melalui mesyuarat yang diadakan semalam.

"Keputusan mesyuarat telah sebulat suara menolak pemecatan ke atas Syed Saddiq, atas sebab beliau tidak diberikan hak untuk membela dirinya di hadapan Lembaga Disiplin Parti.


ARTIKEL BERKAITAN: Keahlian terlucut serta-merta bukan dipecat: Muhyiddin

Keahlian Tun M, 4 lagi terhenti sebab langgar perlembagaan parti
Tun M dakwa pemecatan beliau, 4 pemimpin Bersatu tidak sah

Lima ahli MPT Bersatu termasuk Tun M dipecat daripada parti

"Ahli mesyuarat juga telah sepenuhnya bersepakat agar kemelut parti ini dapat diselesaikan melalui pemilihan parti," menurut kenyataan itu.

Bersatu Bahagian Muar juga menegaskan kuasa akar umbi perlu dipulangkan semula kepada ahli-ahli.

"Hakikatnya parti ini bukan hanya milik segelintir pihak tetapi milik kita bersama yang telah bersama-sama mendokong aspirasi rakyat terbanyak.

"Dengan ini kami, Bersatu Bahagian Muar memberikan sokongan penuh ke atas Ketua Bahagian kami, Syed Saddiq," katanya.

Semalam Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, lima pemimpin Bersatu termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad bukannya dipecat sebaliknya keahlian mereka terhenti dengan serta-merta kerana melanggar perlembagaan parti.

Empat yang lain ialah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.- Sinar Harian

Label:

Rohingya Ditangkap Cuba Rentas Negeri


CUBAAN dua lelaki Rohingya merentas negeri dari Kedah ke Perlis tanpa kebenaran untuk mencari pekerjaan gagal selepas mereka ditahan di sekatan jalan raya di Jelempok, dekat Arau, semalam.

Dalam kejadian jam 7.45 malam itu, difahamkan kedua-dua lelaki berusia 26 dan 40 tahun dari Padang Sera, Kubang Pasu, itu berkeras untuk masuk ke negeri ini walaupun pada awalnya pihak berkuasa mengarahkan mereka supaya berpatah balik.

Namun, mereka memberhentikan kenderaan di bahu jalan dan merayu supaya diberi kebenaran untuk merentas negeri sebelum ditahan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, kedua-duanya ditahan selepas tidak mempunyai surat kebenaran rentas negeri.

"Hasil pemeriksaan mendapati mereka mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan sudah menetap di negara ini lebih 10 tahun.

"Mereka ditahan kerana merentas negeri tanpa kebenaran bagi mencari pekerjaan dan mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Nanda berkata, warga asing berkenaan direman selama empat hari bermula hari ini mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Peraturan 15(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

"Mereka juga akan dihantar kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Perlis bagi menjalani saringan Covid-19," katanya.

Katanya, sehingga kini, lima warga asing sudah ditahan atas kesalahan sama membabitkan warga Indonesia, Jerman dan Myanmar.

Sementara itu di Kangar, dua lelaki warga Bangladesh berusia lingkungan 30-an ditahan polis atas kesalahan merentas negeri tanpa kebenaran dengan alasan bersiar-siar menaiki motosikal.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, kedua-dua mereka ditahan di Simpang Empat tengah hari semalam dan direman selama empat hari bermula hari ini.-Harian Watan

Label:

Sabtu, 30 Mei 2020

Jika Benar Perolehi Angka 129 Sebelum Subuh Mahathir Berdiri Depan Pintu Istana


Seligat ‘spin’ washing machine untuk tenyeh kotoran pada pakaian, seligat itulah angka 129 turut di benihkan di media digital. Bagi penggemar nombor 3 digit, rasanya dah ada yang cuba nasib.

Jika nak jadi tukang spin berbayar atau free elok belajar tentang isu yang hendak di spin lebih-lebih lagi melibatkan angka supaya kebodohan tidak nampak bertingkat-tingkat.

Kalau benar Dr Mahathir dah berjaya dapat 129 sokongan ahli Parlimen, sebelum subuh Dr Mahathir dah berdiri di pintu Istana Negara.

Penulis yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik syorkan kepada penulis yang menggunakan medium media digital , belajar dan lakukan penyelidikan terlebih dahulu agar lebih teserlah kebijakan .-Harian Watan

Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis tidak memihak kepada mana-mana pihak

Label: ,

PM gesa pinda akta untuk hukuman lebih berat bagi pemandu mabuk


KUALA LUMPUR, 30 Mei — Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) perlu dipinda supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata justeru, beliau telah mengarahkan Kementerian Pengangkutan merangka pindaan ke atas akta tersebut berikutan bilangan kes kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk yang dilihat semakin membimbangkan kebelakangan ini.

“Saya difahamkan pindaan akta ini akan dimuktamadkan pertengahan Jun depan sebelum dibawa ke Dewan Rakyat untuk dibentangkan pada persidangan akan datang.

“Pindaan ke atas Akta 333 diharap dapat menetapkan hukuman mandatori lebih berat dan setimpal terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kecederaan apatah lagi kematian kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Muhyiddin berkata beliau juga berharap pindaan hukuman ini kelak akan memberi pembelaan kepada waris keluarga mangsa kemalangan yang terjejas akibat pemandu mabuk.

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sebanyak 21 kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk dicatatkan sepanjang lima bulan pertama tahun ini dan daripada jumlah itu, lapan mangsa telah kehilangan nyawa.

Justeru menurut Muhyiddin, perkara ini amat membimbangkan kerana jumlah yang direkodkan menghampiri keseluruhan 23 kes yang dicatatkan sepanjang tahun lepas.

Mengikut undang-undang sedia ada, individu yang memandu dalam keadaan mabuk boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.

Bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian pula, pesalah boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 dan penjara maksimum 10 tahun.— Bernama

Label:

Rupanya DAP Digeruni Bersatu


Dah agak pusingan 180 darjah Dr Mahathir boleh berlaku pada bila-bila masa asalkan beliau terlepas dari tekanan.
Pusingan 180 darjah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja apabila terdesak dalam kemelut yang di hadapi.

Selepas kejatuhan Pakatan Harapan diatas kesilapan Dr Mahathir sendiri serta kebijakan musuh politik menyusun strategi akhirnya rakyat dapat tahu siapa sebenarnya tidak mahu melihat kepercayaan keyakinan rakyat terhadap DAP.

Menurut laporan Harian Metro, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendakwa dia diarahkan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mengurangkan keyakinan rakyat terhadap DAP.

Persoalan kebenaran apa yang dinyatakan Hamzah tidak timbul, sisi lain, mana mungkin pokok bergoyang jika tiada ribut atau bulldozer yang tolak.

Selepas kejatuhan PH, Dr Mahathir tuding jari kepada Najib, kononya Najib berperanan menjatuhkan PH dengan adakan kerjasama bersama PAS. Tak cukup dengan itu, Dr Mahathir turut letak lauk tambah kononya satu usaha turut digerakkan bagi menunjukkan DAP kelihatan sebagai sebuah parti yang jahat.

Najib dan PAS pada masa sama dikatakan menggunakan agenda Melayu-Islam bagi meraih sokongan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga merupakan tarian lidah Dr Mahathir.

Bersatu di tubuhkan dengan engenda menggantikan UMNO, Bersatu juga parti Melayu, bukan seperti PKR parti semua kaum, jadinya penubuhan Bersatu sebenarnya beragenda apa kalau bukan agenda Melayu-Islam.

"Ketika itu, saya buat kerja atas arahan Perdana Menteri ketika itu, dan apa yang saya lakukan, contohnya Kongres Maruah Melayu dilakukan secara besar-besaran dan mungkin tidak dapat saya lakukan jika tiada arahan Perdana Menteri (ketika itu)”-Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Rupanya yang takut kepada DAP bukanya UMNO dan PAS sebaliknya Bersatu yang di asas Dr Mahathir. Saya sebagai penulis percaya DAP sedar sepenuhnya apa perancangan Dr Mahathir ketika itu (sebelum PH Tumbang). Kalau di perhatikan, kini Bersatu kurang mendapat pembelaan DAP, jika ada pun hanya untuk tunjuk rasa pakatan dalam PH.

Diambil kira pada situasi ketika itu, mungkin Dr Mahathir anggap DAP lebih di yakini oleh sebahagian besar rakyat berbanding Bersatu, mungkin dengan sebab itu juga lompat katak berlaku sehingga tumbangnya PH.-Harian Watan

Artikel ini hanya pendapat peribadi tidak mewakili mana-mana pihak.


Label:

PN yang terhasil dari lompat katak akan terus berperang dengan ahli 'KATAK'


Semalam dan hari ini dan sampai bila-bila kisah lompat katak atau akan jadi katak politik tidak akan ada kesudahan sesuai dengan niat asal setiap calon bertanding.

Beberapa hari ini ada ura-ura atau perbualan rakyat di kota dan di desa kononya akan ada tiga ahli Parlimen Bersatu dari kem kerajaan akan melompat masuk ke kem Dr Mahathir sekali gus meninggalkan Perikatan Nasional (PN).

Jika benar berlaku, PN akan berkubur pada usia 3 bulan, hakikat kematian makhluk tidak dikira pada usia kerana mati itu pasti.

Kebergantungan usia sesebuah kerajaan demokrasi berparlimen seperti di Malaysia bergantung kepada angka. Pihak mana dapat mendahului berhak menubuhkan kerajaan tidak kira dengan cara tebuk atap, tebuk lantai, kerajaan sebelum akan tumbang.

Istilah siapa bersungguh dia akan dapat tidak jauh dengan manusia sama ada kumpulan atau individu, namun hakikat azali mendahului semua, kerana manusia merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya. Faham umumnya, manusia hanya berusaha sebagai jalan untuk mendapat sesuatu, sama ada kuasa, harta, hakikatnya Allah penentu segalanya.

Sekiranya nyata berlaku lompat parti dari 3 ahli Parlimen, makanya, sejarah politik Negara tercatat buat pertama kali kerana kerajaan tumbang 2 kali dalam tempoh 3 bulan.

Penulis percaya, jika berlaku peralihan kuasa dengan cara lompat katak, kerajaan yang ditubuh selepas PN tumbang tidak akan bertahan lama, malah tumbang lagi sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kerana majoriti 1 atau 2 kerusi hanya akan di mamah oleh janji manis.

PN yang terhasil dari lompat katak akan terus berperang dengan ahli Parlimen yang akan jadi katak sekali lagi jika ada janji-janji tidak di tunaikan. Rasanya tidak salah jika umum berpendapat, janji-janji polititik sangat manis malah bulan dan bintang akan diberi jika berkuasa.-Harian Watan

Artikel ini hanya pendapat penulis tidak mewakili mana-mana pihak.

Label: ,

Penyakit barah politik dibawa Mahathir dan Muhyiddin boleh kuburkan Bersatu


Harapan untuk melihat Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa dalam masa terdekat atau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semakin kabur berikutan kecelaruan dalaman berlaku dalam Bersatu.

Kaedah berpolitik Bersatu semakin celaru semakin huru-hara berebut untuk berkuasa , berebut nak jadi ketua.
Dah tua-tua baka masih tidak boleh dijadikan contoh teladan kepada rakyat Malaysia bagaimana PRU ke-15 nak kembali berkuasa sedangkan rakyat melihat satu-persatu peristiwa dalamam Bersatu macam persembahan lawak jenaka.

Walaupun ada rakan dari parti, PKR, DAP, AMANAH yang kononya hebat-hebat belaka tetapi tak boleh buat apa melainkan turut jadi penonton di bawah pentas jenaka.

Pada awal tumbangnya Pakatan Harapan, golongan pemimpin ‘penyembah’ dan penjilat Mahathir beraksi lidah, kononya aksi lompat atau aksi katak sehingga tumbangnya kerajaan amat mengecewakan anak muda khasnya rakyat Malaysia yang mengundi parti dari Pakatan Harapan.

Rakyat atau pengundi Pakatan Harapan tidak merunggut, kalau ada pun hanya yang bebal sahaja, yang berakal pula bersyukur kerana tumbangnya kerajaan yang banyak berpolitik dari membantu rakyat.

Apa yang berlaku dalam Bersatu menguntungkan UMNO-PAS, kerana drama Bersatu menjadi tolak ukur rakyat bagi mencari harapan masa depan Negara dengan memilih parti UMNO-PAS.

Penyakit barah politik dalam Bersatu dibawa Mahathir dan Muhyiddin boleh kuburkan Bersatu pada bila-bila masa malah boleh jadikan rakan-rakan dari parti PKR,AMANAH,DAP rasa meluat.-Harian Watan

Artikel ini hanya pandangan peribadi tidak mewakili mana-mana pihak.

Label: ,

Rempuh tiga kenderaan semasa dikejar polis



KLUANG - Seorang lelaki yang memandu sebuah kereta merempuh sebuah motosikal, sebuah kereta dan sebuah unit kereta peronda polis (MPV) ketika cuba melarikan diri semasa dikejar polis dalam kejadian di Taman Intan di sini hari ini.

Suspek yang memandu kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna merah sebelum itu dilihat dalam keadaan mencurigakan di Jalan Mersing pada jam 3.40 petang berhampiran kilang Sawmill sebelum sebuah MPV menghampirinya untuk melakukan pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, suspek yang memandu kereta seorang diri itu bertindak melarikan diri menghala bandar Kluang sebelum masuk ke Jalan Batu Pahat-Ayer Hitam.

"MPV pertama kemudian meminta bantuan dua lagi MPV. Semasa sampai di Pusat Rekreasi Zenxin, Jalan Batu Pahat, kenderaan suspek berpatah balik menghala ke Kluang. MPV kedua dan ketiga itu kemudian membuat sekatan di hadapan lampu isyarat Felda Ayer Hitam.

"Kenderaan suspek melanggar bahagian belakang kenderaan MPV ketiga sehingga mengalami kerosakan. Kenderaan suspek kemudian berjaya melepaskan diri dan terus menghala ke Kluang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, semasa di lampu isyarat Kluang Barat, MPV pertama mendapat bantuan pasukan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) 4, URB 5 dan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.

Menurutnya, suspek yang berusia 35 tahun itu terus memandu secara melulu sebelum merempuh sebuah motosikal dan sebuah kereta Proton Waja.

"Semasa kenderaan suspek sampai di lampu isyarat Taman Intan, kenderaan suspek terbabas.

"Anggota polis berjaya menangkap suspek dan kenderaan suspek mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan dan kiri kereta," katanya.

Katanya, pemeriksaan pada badan dan kenderaan suspek menemukan satu beg kecil warna hitam tertera tulisan IBM mengandungi peralatan menghisap dadah, sebuah telefon bimbit jenis Huawei Nova 5T dan satu beg duit mengandungi lesen memandu suspek.

"Polis turut menemukan satu gunting besi, satu beg kecil merah mengandungi lima peket plastik lut sinar bahan disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 3 gram dan dua peket lut sinar mengandungi dadah jenis syabu anggaran berat 1.05 gram," katanya.

Beliau berkata, suspek kemudiannya dibawa ke IPD Kluang untuk tindakan lanjut dan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Kluang esok.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 186/307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya," katanya.- Sinar Harian

Label:

Jumaat, 29 Mei 2020

Sanggup Guna Data Orang Lain Demi Wang BPN


Sanggup Guna Data Orang Lain Demi Wang BPN.
Hairan Nama Tidak Layak BPN, Lelaki Ini Rupanya Didaftar Sebagai ‘Suami’ Orang. Adakah anda layak menerima Bantuan Prihatin Nasional? Jika ya, tahniah dan gunakan wang tersebut sebaiknya. Tetapi jika permohonan anda gagal, lebih baik anda segera memeriksa alasan mengapa ia ditolak.

Kadang kala, ada alasan tidak layak yang tidak munasabah yang perlu anda periksa di LHDN. Contohnya seperti kejadian yang berlaku kepada lelaki ini.

Menerusi perkongsian nya di laman Facebook, lelaki ini menyedari bahawa permohonan BPN nya gagal dengan alasan pertindihan permohonan. Namun, setelah diperiksa di pejabat LHDN, data beliau rupa-rupanya telah disalah gunakan oleh individu lain. Malah, namanya didaftarkan sebagai ‘suami’ kepada seorang individu wanita yang tidak dikenali.



Tambahnya lagi, beliau yang kini berusia 21 tahun dan masih belum berkahwin ternyata terkejut dengan tindakan wanita tersebut yang sanggup menggunakan data peribadi orang lain semata-mata untuk mendapatkan wang BPN.

Permohonan Palsu BPN Adalah Suatu Kesalahan
Jelasnya lagi, beliau tidak mengetahui bagaimana data peribadi yang sepatutnya sulit boleh sampai ke tangan wanita tersebut dan mendaftarkannya sebagai pasangan untuk bantuan keluarga BPN. Sekiranya permohonan tersebut layak, wanita tersebut mendapat wang berjumlah RM 1,600. Tanpa berlengah, lelaki ini terus melaporkan kejadian ini kepada pihak polis.

Tindakan wanita ini juga jelas melanggar undang-undang iaitu penyalahgunaan identiti peribadi tanpa keizinan dan membuat permohonan palsu BPN.



Dalam pada masa yang sama, beliau berasa kesal dan kecewa kerana perlu bersusah payah membuat laporan polis dan berulang alik ke pelbagai lokasi semata-mata untuk mendapatkan wang bantuan untuknya yang bernilai RM 800.

Di akhir perkongsian, beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya mendedahkan nombor Mykad kepada individu yang tidak dikenali mahu pun kawan rapat anda sendiri.

Pesanan juga kepada anda, semak semula alasan yang diberikan sekiranya permohonan anda gagal. Anda boleh membuat semakan di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri yang terdekat atau menghubungi talian khidmat pelanggan LHDN di 03-8911 1000.

Label: ,

Hotel Four Points Sandakan Bakal Tutup Operasi


Permintaan Merosot, Hotel Four Points By Sheraton Sandakan akan menutup operasi mereka secara rasmi tidak lama lagi.

Dalam notis yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan hotel tersebut, kesemua pekerja akan ditamatkan perkhidmatan pada 31 Mei 2020 ini.

Kurang permintaan dalam sektor perhotelan
Dalam notis itu juga, pihak pengurusan hotel tersebut memaklumkan bahawa kemerosotan ekonomi dan juga kekurangan permintaan dalam sektor perhotelan secara keseluruhannya menyebabkan hotel tersebut ditutup.

Pihak hotel juga sebelum ini telah mencari pelbagai alternatif untuk mengurangkan kerugian perniagaan seperti pemberhentian pekerjaan sementara kepada pekerja, namun usaha tersebut masih membebankan hotel tersebut.

Namun begitu, pihak hotel tersebut menyatakan bahawa penamatan kesemua pekerja tersebut bukanlah berkaitan dengan prestasi kerja pekerja pekerja yang terkesan dengan keputusan tersebut.

Pekerja juga akan dibayar baki gaji tahunan, faedah pemberhentian kerja dan juga pembayaran notis penamatan kerja berdasarkan Ordinan Buruh Sabah.

Difahamkan juga bahawa pekerja juga akan mendapat faedah dari Sistem Insurans Pekerja (EIS) yang disediakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Penutupan hotel ini merupakan satu tamparan terhadap sektor hospitaliti di Sandakan yang turut bergantung kepada pelancong yang datang untuk menikmati keindahan flora dan fauna di situ.

Hotel tersebut juga merupakan IKON di Sandakan kerana saiz dan kedudukan mereka yang paling strategik dengan permandangan yang menghadap laut selain dikelilingi pelbagai restoran makanan.

  Sumber iloveborneo.my

Label:

Mahathir Nak Pecat Muhyiddin Pula Dah


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad akan membawa isu pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

Katanya perkara itu akan dilakukan menerusi mesyuarat berkenaan.

“Kita memang nak pecat dia, tapi saya kena tunggu Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT),” katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat Bersatu hari ini.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin sepatutnya mengadakan sidang media di lokasi sama pada 4 petang tadi berhubung isu semasa Bersatu sebelum kemunculan secara tiba-tiba Dr Mahathir.

Berikutan perubahan itu, difahamkan, Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri bergerak ke sebuah hotel di ibu negara.



Sidang media Dr Mahathir itu turut dihadiri Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, Dr Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dr Mahathir berkata, banyak perkara salah dilakukan Muhyiddin sejak kebelakangan ini terutama membabitkan pemberian jawatan kepada ahli Umno yang menyertai Bersatu.

“Parti sudah buat keputusan bahawa orang Umno yang masuk Bersatu mesti melalui satu proses.

“Orang Umno tidak boleh pegang apa-apa jawatan. Apa yang dibuat oleh Muhyiddin adalah salah,” katanya.- Harian Metro

Label:

Didenda Tawar Seks Pada Anggota Polis


KUALA LUMPUR, 29 Mei — Seorang “Instafamous” (pengguna Instagram berpengikut ramai) yang dikenali sebagai “Papaicici” dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas dia mengaku bersalah menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis.

Majistret Mohamed Fared Abdul Latif menjatuhkan hukuman itu terhadap Rayndi Jubidi, 29 yang dituduh menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang anggota polis dengan bayaran RM150 untuk sekali perkhidmatan itu.


Lelaki itu yang hadir di mahkamah berkemeja-T putih dan berseluar jeans biru ketat serta menyanggul rambutnya, didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah kondominium di Bukit Bintang di sini, pada 6.50 petang, 27 Mei lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.


Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman berbentuk denda minimum bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Abdul Khaliq Nazeri meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran.


Tertuduh membayar denda itu. — Bernama

Label: ,

Lari Saringan Covid-19 Warga Asing Ditangkap


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga asing melarikan diri melalui pagar kawad duri di kawasan kawalan secara pentadbiran di Jalan Pasar Pudu, diberkas polis hari ini.


Lelaki berusia 30-an itu berlari masuk ke dalam sebuah pusat beli-belah melalui pintu masuk utama selepas mengelak pemeriksaan suhu badan oleh pengawal keselamatan pada jam 1.30 petang.

Pada masa sama, dua anggota polis mengejar lelaki berkenaan sambil menjerit meminta bantuan orang ramai menahan lelaki berkenaan.


Pengamal media yang berada di lokasi turut melihat kejadian berkenaan apabila ternampak lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan berlari memasuki pusat membeli-belah tersebut.

Bagaimanapun, lelaki itu berjaya ditangkap oleh kakitangan pusat membeli-belah tersebut sebelum diserahkan kepada polis.

Salah seorang anggota polis yang turut berada di lokasi kejadian menyatakan lelaki itu cuba mengelak daripada menjalani saringan pemeriksaan koronavirus (Covid-19) yang dibuat oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tindakan lelaki itu melarikan diri dipercayai bimbang ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selepas tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah serta menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Label:

BNM: Rizab rasmi Malaysia AS$102.484 bilion pada akhir April


KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Malaysia tetap boleh guna pada akhir April 2020, dengan aset rizab rasmi berjumlah AS$102.484 bilion.

Dalam kenyataan hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, aset mata wang asing lain berjumlah AS$1,511.9 juta.

“Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing, yang termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan dan pembayaran balik mata wang asing apabila matang daripada Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara, berjumlah AS$7,775.1 juta,” kata bank pusat itu.


Kedudukan hadapan pendek adalah sebanyak AS$12,707.0 juta, manakala jumlah kedudukan hadapan panjang berjumlah AS$1,480.0 juta pada akhir April 2020, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang, kata BNM.

BNM berkata demikian dalam nota penerangan “Pemakluman Terperinci Rizab Antarabangsa pada Akhir Bulan April 2020”, mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), yang dikeluarkan hari ini.

Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, BNM berkata, data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek berjumlah sehingga AS$2,374.6 juta bagi tempoh 12 bulan akan datang.

Bank pusat berkata satu-satunya saluran keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan kerajaan bagi hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah AS$277.7 juta.

“Tiada sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain.

“BNM juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit,” kata bank pusat.- Bernama

Label:

Azmin dikritik langgar PKPB


KUALA LUMPUR, 29 Mei ― Kalangan pengikut laman sosial Facebook mempersoalkan tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengunjungi rumah orang kanannya dalam politik di Pulau Pinang sewaktu dalam perjalanan pulang ke ibu kota.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memuat naik hantaran di media sosial menemui Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya Dr Afif Bahardin sebaik pulang dari lawatan kerja sehari di Kedah semalam.

“Dalam perjalanan pulang dari Kedah, singgah di Seberang Jaya menziarahi teman sejati Dr Afif dan keluarga. Alhamdulillah beliau sihat dan bertenaga untuk bersama meneruskan perjuangan,” tulis hantaran itu.

Exco Kedah Azman Nasrudin turut kelihatan dalam gambar yang dikepilkan.

Warga maya bagaimanapun menganggap Azmin melanggar garis panduan operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang membenarkan amalan ziarah hanya pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

“Rakyat marhaen ramai kena saman terima tetamu rentas negeri apa semua. Nak jaga supaya (Covid-19) jangan merebak. Kata #stayhome ni apa cerita? Langsung tak menunjukkan dari seorang pemimpin. Gagal,” tulis Muhammad Salmizam Zainal Abidi.

“Menteri kanan pun tak ikut SOP ke? Raya ke-5 pergi ziarah sahabat. Rakyat tak boleh (golongan) kayangan boleh. Apa ni? #pdrm mohon siasat,” tulis Afiq Bakri pula.

Beberapa pengikut turut berkongsi khidmat pesanan ringkas (SMS) Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai larangan merentas negeri serta pihak yang ingkar berdepan tindakan berpatah balik atau kompaun sebanyak RM1,000.

Malah kunjungan bekas timbalan presiden PKR itu ke rumah Dr Afif, bekas exco Pulau Pinang yang digantung keahlian PKR, disifatkan bukan atas kapasiti seorang menteri tetapi lebih kepada urusan peribadi.

Pengguna Facebook Muhd Shafiq pula menyindir kononnya golongan kenamaan kebal jangkitan Covid-19.

“Untuk pengetahuan semua penyakit Covid-19 tidak boleh kena pada menteri-menteri atau orang-orang atasan contohnya seperti gambar di atas ini. Penyakit ini amat mudah terkena pada rakyat-rakyat biasa. Sebab itu beliau bebas pergi ke mana sahaja tanpa ada sebarang penyakit kerana mereka kebal,” usik Shafiq.

Azmin ke Kedah bertemu menteri besar yang baru dilantik, Muhammad Sanusi Md Noor bagi membincangkan peluang pelaburan pasca Covid-19.

Wakil rakyat Gombak itu juga dilapor mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua perniagaan dan pemimpin komuniti tempatan.

Label:

Sambut raya lebih 20 tetamu, Adun Selat Klang didenda RM1,000


SHAH ALAM, 29 Mei — Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Selangor Datuk Abdul Rashid Asari dikompaun RM1,000 kerana menganjurkan jamuan dihadiri lebih 20 tetamu semasa sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata arahan mengenakan kompaun itu dikeluarkan oleh timbalan pendakwa raya hari ini selepas Abdul Rashid didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan.


“Kita terima arahan daripada timbalan pendakwa raya untuk mengkompaun beliau (Abdul Rashid) selaku penganjur jamuan sambutan Aidilfitri berkenaan.

“Polis akan menghubungi Abdul Rashid untuk beliau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam bagi dikeluarkan surat kompaun itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Menurut Baharudin, berdasarkan siasatan dijalankan tetamu yang hadir ke kediaman rasmi exco di Seksyen 7 di sini semasa sambutan Aidilfitri itu adalah penyokong Abdul Rashid.


Beliau berkata ADUN itu yang juga Pengerusi Bersatu Selangor bagaimanapun tidak menyangka jumlah kehadiran tetamu melebihi jemputan dikeluarkan.

Siasatan kes itu dilakukan mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(No 6) 2020.

Pada Rabu lepas, tular di media sosial foto memaparkan Abdul Rashid bersama-sama individu melebihi 20 orang di luar sebuah rumah semasa sambutan Aidilfitri baru-baru ini. — Bernama

Label:

‘Kami menang atau mati’, Maszlee cabar hukuman PPBM


KUALA LUMPUR, 29 Mei — Bekas menteri pendidikan tidak akan menyerah kalah selepas dipecat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Memetik kata-kata pejuang Libya Omar Mukhtar, wakil rakyat Simpang Renggam akan memperjuangkan pemecatannya.


“Kami tidak menyerah kalah! Kami menang atau kami mati,” coret Maszlee Malik di Instagram.

Beliau semalam bersama empat lagi wakil rakyat disingkarkan dari PPBM.

Empat pemimpin itu adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Datuk Amiruddin Hamzah.


PPBM dalam satu kenyataan semalam mendakwa lima wakil rakyat itu dipecat kerana berada di blok pembangkang ketika sidang Dewan Rakyat minggu lalu.

Lima wakil rakyat itu kemudiannya dalam kenyataan balas menentang pemecatan tersebut kerana bertentangan dengan undang-undang.

Label:

Malaysia, Turki Sedia Kerjasama Bangunkan Vaksin Covid-19


KUALA LUMPUR - Malaysia sedia bekerjasama dengan Turki dalam membangunkan vaksin dan ubat-ubatan berkaitan koronavirus (Covid-19), kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang menerima panggilan daripada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam, memaklumkan kedua-dua pemimpin negara itu turut bersepakat untuk memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam usaha memerangi penularan pandemik dan pasca Covid-19.

“Semalam saya menerima panggilan telefon daripada Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan, Presiden Turki. Saya menzahirkan rasa simpati dan solidariti Malaysia atas bilangan kes dan jumlah kematian yang tinggi akibat Covid-19 yang direkodkan di Turki.


“Saya juga berkongsi pengalaman Malaysia dalam menangani Covid-19, antaranya, pelaksanaan beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu yang menyaksikan jumlah jangkitan dan kematian semakin menurun manakala kadar pemulihan kini melebihi 80 peratus,” katanya menerusi catatan di akaun Facebooknya hari ini.

Muhyiddin berkata, langkah memperkasa hubungan dua hala sedia ada dan meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, pelancongan, pendidikan tinggi, perubatan dan teknologi pertahanan turut dibincangkan bersama Erdogan.

Beliau berkata, Erdogan juga membangkitkan peranan besar Malaysia dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin, dan Turki menyeru agar Malaysia terus aktif di persada antarabangsa, antaranya, menolak sekeras-kerasnya tindakan unilateral oleh Israel ke atas Palestin termasuk merampas tanah milik rakyat Palestin.

“Saya mengulangi komitmen Malaysia untuk terus bekerjasama dengan mana-mana negara yang mempunyai objektif yang sama iaitu menyokong rakyat Palestin untuk bebas daripada penjajahan Israel dan merealisasikan aspirasi sebuah negara Palestin yang bebas.

“Kami akhiri perbualan kira-kira 30 minit itu dengan sepakat bahawa semua inisiatif kerjasama dua hala harus disambung semula sebaik pandemik Covid-19 berakhir,” katanya bahawa mereka turut mengucapkan salam Aidilfitri, dalam perbualan tersebut.- Bernama

Label:

AS Tarik Balik Status Istimewa Hong Kong


WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) telah menarik balik status istimewa Hong Kong di bawah undang-undang AS, untuk membuka jalan bagi pelucutan keistimewaan dagangan bagi bandar raya tersebut, selepas Washington menuduh China menginjak-injak autonomi wilayah itu.

Keputusan itu dibuat ketika parlimen China dijadual mengundi semalam mengenai satu rang undang-undang keselamatan baharu di Hong Kong, satu tindakan yang telah mencetuskan protes baharu.

Di bawah undang-undang yang diluluskan pada tahun lepas untuk menyokong penunjuk perasaan prodemokrasi di Hong Kong, pentadbiran AS mesti mengesahkan bahawa bandar raya itu masih menikmati kebebasan yang dijanjikan oleh Beijing ketika ia berunding dengan Britain untuk mengambil balik jajahan itu.

“Tidak ada orang yang munasabah dapat menyata-kan pada hari ini bahawa Hong Kong memelihara tahap autonomi yang tinggi dari China, mengambil kira hakikat di lapangan,” kata Setiausaha Negara AS Mike Pompeo, yang menambah hab dagangan itu “tidak terus mewajarkan” statusnya yang istimewa.

Ketentuan itu bermakna Hong Kong boleh kehila-ngan keistimewaan dagangan – termasuk tarif lebih rendah berbanding tanah besar – dengan ekonomi terbesar di dunia.


Presiden AS Donald Trump akan pada akhirnya memu-tuskan tindakan yang perlu diambil, kata David Stilwell selaku pegawai tertinggi bagi Asia Timur dalam Jabatan Negara.

“Langkah akan dipertimbangkan dan ia akan bersa-saran sejauh mungkin untuk mengubah kelakuan,” kata Stilwell kepada pemberita, tetapi pada waktu yang sama mengakui Beijing tidak mungkin akan mengubah hala tuju.

Beliau berkata AS tidak mahu menyakiti rakyat Hong Kong, dan menambah: “Keputusan ini dibuat oleh kerajaan di Beijing, dan bukan oleh AS.”

Cara China melayan Hong Kong telah mencetuskan sokongan dwiparti yang jarang sekali berlaku di bawah pentadbiran Trump yang memecah-belah rakyat dan menjelang pilihan raya presiden pada November.

“Amerika Syarikat mesti mengambil pendirian untuk menentang tindakan China di Hong Kong,” kata pejabat kempen bagi calon presiden hakiki Parti Demokrat, Joe Biden, yang mengalu-alukan pengumuman Pompeo.

Warga Hong Kong kini sedang menunggu untuk melihat bagaimana keputusan itu akan menjejaskan bandar raya mereka.

Indeks Hang Seng di bursa saham bandar raya itu turun 1.8 peratus pada waktu te-ngah hari semalam.

Joshua Wong, seorang aktivis prodemokrasi terkemuka yang telah melobi untuk sekatan dagangan, berkata Beijing tidak boleh menjangkakan negara asing untuk tidak mempedulikan apa yang sedang berlaku kepada hab dagangan dunia yang begitu penting.

“Hong Kong bukan sekadar sebuah bandar raya China, ia adalah sebuah metropolis global di mana masyarakat antarabangsa adalah pemegang kepen-tingan,” katanya kepada pemberita.

Namun Holden Chow, seorang penggubal undang-undang yang pro-Beijing, berkata undang-undang keselamatan negara yang diusulkan oleh Beijing akan menjadikan bandar raya itu lebih selamat bagi perniagaan selepas pergolakan pada tahun lepas.

“AS tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal dalaman kita dan seharusnya berhenti mengugut kita,” katanya. — AFP

Label:

Ahli Bersatu Dr Mahathir, Mukhriz, Maszlee,Syed Saddiq, Amiruddin,Terhenti Berkuat Kuasa Serta-Merta


KEAHLIAN Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) serta Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam parti itu terhenti berkuat kuasa serta-merta.

Turut menerima nasib yang sama ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Maszlee Malik dan Datuk Amiruddin Hamzah, serta Ketua Armada Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Surat yang ditandatangani Setiausaha Kerja Bersatu Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya berhubung perkara itu tular di media sosial hari ini.

“Dalam sidang Parlimen pada 18 Mei 2020, YB Tun juga telah menyertai dan duduk di blok pembangkang.

“Maka, dengan ini dimaklumkan bahawa menurut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, keahlian YB Tun dalam Bersatu adalah terhenti serta-merta," menurut surat itu.


Surat itu juga menyatakan kelima-lima ahli Parlimen berkenaan duduk di blok yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Presiden/Pemangku Pengerusi Bersatu pada sidang Dewan Rakyat lepas.

--

Sementara itu, lima Ahli Parlimen ini mengeluarkan kenyataan bersama bahawa mereka tidak bersetuju keahlian mereka dalam parti itu terhenti serta-merta dan menyifatkannya bertentangan dengan undang-undang.

Kenyataan yang ditandatangani Dr Mahathir, Mukhriz, Syed Saddiq, Maszlee, dan Amiruddin itu menyebut bahawa tindakan yang diambil parti menafikan hak mereka untuk membela diri dan memberi penjelasan.

Mereka turut mendakwa surat itu ditandatangani individu yang tidak diberi kuasa di bawah perlembagaan parti.

Sementara itu, Armada dalam kenyataan berasingan turut menyifatkan tindakan itu sebagai tidak sah dan tidak mengikut lunas perlembagaan parti selain tidak melalui lembaga disiplin parti.

“Armada Bersatu Malaysia menolak pemecatan yang tidak berasas ini,” menurut kenyataan Armada yang ditandatangani Ketua Penerangan Armada Malaysia Ulya Aqamah Husamudin. - BERNAMA

Label: ,

Rabu, 27 Mei 2020

Orang Belanda Fasih Nyanyi Lagu Melayu


Jejaka kacak dari Belanda ini menjadi tular kerana fasih menyanyikan lagu raya dalam bahasa Melayu baru-baru ini.

Jalil River atau nama sebenarnya Chris der Kinderen telah memuatnaik video muzik lagu raya berjudul Menjelang Hari Raya 2020 di saluran Youtube peribadinya.

Lagu tersebut dicipta oleh Nils Elders, yang merupakan sahabat baiknya yang tinggal di UK dan liriknya ditulis oleh Salini.

Rata-rata pendengar memuji Jalil lancar bernyanyi lagu Melayu.

Ini harus membuka mata dan memalukan sesetengah rakyat di negara ini yang tidak fasih dan tidak faham bahasa Melayu.

Malah ada yang mengaku tidak faham bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.

Jalil memulakan karier muzik saya pada usia 8 tahun ketika dia menyertai kumpulan nyanyian kanak-kanak lelaki di Delft, kampung halamannya di Belanda.

Dia banyak membuat persembahan dengan kumpulan ini di seluruh dunia, termasuk Afrika Selatan, Amerika Syarikat dan banyak negara di Eropah.

Kemudian dia berpindah ke UK di mana dia menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan audio dan produksi televisyen.
Selepas itu dia memulakan sebuah syarikat pengeluaran pasca audio di London, membuat muzik untuk iklan TV dan reka bentuk bunyi untuk permainan.

Pada tahun 2017, Jalil memeluk Islam dan menamatkan zaman bujangnya dengan gadis tempatan. Bertanya bagaimana dia boleh fasih dalam bahasa melayu, ini jawapan beliau;

“Sebenarnya saya banyak mendapat pertolongan dari isteri, rakan-rakan saya dan banyak latihan.”- kata jejaka berusia 36 tahun ini.

Untuk perancangan masa depan, dia berhasrat untuk menghasilkan banyak lagi lagu dalam bahasa Melayu/Inggeris selepas ini.

“Saya mempunyai banyak idea, Ya! akan ada lebih banyak lagu dalam bahasa Melayu dan Inggeris campuran. Di samping itu, saya juga ingin membuat beberapa lagu untuk Tahun Baru Cina dan untuk Deepavali, saya masih mencari beberapa artis untuk bekerjasama.”-katanya kepada Murai MY.

Bertanya mengenai pengalamannya tinggal di Malaysia, ini reaksinya,

“Saya suka tinggal di Malaysia! Saya suka cuaca, makanan dan orang di sini. Ini adalah negara yang berbilang kaum yang indah. Saya menikmati alam semula jadi di sini, malah banyak tempat untuk mendaki dan tempat untuk dikunjungi.” katanya.

Mengakhiri perbualannya bersama Murai MY, Jalil ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas sokongan terhadapnya dan sudi memainkan lagu di Spotify. Para peminat boleh mengetahui perkembangan terbaru Jalil dengan mengikuti Facebook dan Instagram rasminya.

Label:

keluar kata-kata kesat, ludah polis DIDENDA RM1,000


KUALA LUMPUR: Akibat menghalang tugas seorang anggota polis dengan mengeluarkan kata-kata kesat serta meludah penjawat awam itu, seorang penganggur didenda RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Fardiana Haryanti Ahmad Razali menjatuhkan hukuman itu ke atas Chai Chee Hoon, 34, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Tertuduh didakwa dengan sengaja menghalang anggota polis Mohd Farid Mohd Foad, 31, dalam menjalankan tugasnya di kaki lima Restoran Bhai Briyani, Blok A OUG Parkland Off Jalan Puchong, Brickfields di sini, pada 11.40 malam, 26 Mei.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda boleh sampai RM10,000 atau kedua-duanya.

Fardiana Haryanti turut menasihati tertuduh, agar tidak mengulangi kesalahan sama.


“Dengan pihak polis tidak boleh mengeluarkan kata-kata kesat, apatah lagi meludah kepada polis. Jangan mengulangi kesalahan lagi,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Shahrizzat Amadan memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran, manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan, kerana dia sudah dua bulan tidak bekerja dan juga telah insaf. - Bernama

Label:

COVID-19:Indonesia berjumlah 23,851 dengan 55 kes kematian dicatatkan berlaku dalam tempoh 24 jam.


JAKARTA: Kes positif COVID-19 di Indonesia kini berjumlah 23,851 dengan 55 kes kematian lagi dicatatkan berlaku dalam tempoh 24 jam.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 686 tambahan kes positif baharu, manakala jumlah keseluruhan kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 1,473 orang.

"Ketika ini juga seramai 12,667 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19," katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan jumlah keseluruhan kematian tertinggi setakat ini iaitu 509 kes, diikuti Jawa Timur (320 kes) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. - Bernama

Label:

COVID-19:Kes positif catat angka paling rendah


PUTRAJAYA: Jumlah kes positif hari ini mencatat angka paling rendah dengan 15 kes sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan mulai 18 Mac lepas dan kembali pada dua angka selepas dua hari berturut-turut mencatat kes tiga angka.


Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (gambar) berkata ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 7,619 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 sebanyak 1,421 kes.

“Ingin dimaklumkan daripada 15 kes baharu yang dilaporkan, enam kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada sembilan kes penularan tempatan pula, empat kes adalah bukan warganegara Malaysia.

“...sebanyak lima kes adalah penularan tempatan dalam kalangan warganegara Malaysia,” katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.

Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal 115 kes, katanya.


Kes positif COVID-19 terendah direkodkan sebelum ini adalah sebanyak 16 kes pada 12 Mei lepas.

Dr Noor Hisham berkata setakat ini, Malaysia telah menyumbang kepada 0.14 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 seluruh dunia.

"Peningkatan kes positif COVID-19 yang dilaporkan sejak beberapa hari lepas adalah disebabkan oleh pengesanan kes-kes COVID-19 di beberapa Depoh Tahanan Imigresen (DTI) dan lain-lain kluster aktif yang melibatkan bukan warganegara Malaysia.

“Ini adalah susulan tindakan pendekatan tertumpu kerajaan dalam membendung penularan kes COVID-19,” katanya.

Beliau berkata penurunan kes penularan tempatan adalah selaras dengan unjuran KKM sebelum ini dan hasil tindakan kesihatan awam yang dilaksanakan sejak satu bulan lepas semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). - Bernama

Label:

BERSATU Patut Bubar, Ahli Perlu Cari Parti Lain


JOHOR BAHRU, 27 Mei – BERSATU wajar dibubarkan dan ahli-ahlinya perlu mencari parti yang lebih stabil dan relevan dalam kelangsungan politik negara, kata Persatuan Pemikir Muda Johor.

Ini kerana kata wakilnya, Fikri Allaudin, sehingga ke hari ini, satu demi satu pengasas parti itu sudah mula sangsi dan meninggalkan parti BERSATU.

“Dr Maszlee Malik pernah menzahirkan kegusaran akan nasib parti BERSATU selepas PRU15 nanti. Besar kemungkinan BERSATU tidak akan mempunyai masa depan yang cerah termasuklah bertanding di kerusi Parlimen dan DUN dalam kawasan majoriti Melayu apatah lagi berpeluang untuk mentadbir mana-mana negeri jika terus bersama UMNO dan PAS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegasnya, agak sukar bagi BERSATU meneruskan survival politiknya, jika diukur bersama UMNO dan PAS dari segi kekuatan ahli akar umbi, kekuatan jentera, sokongan pengundi dan mempunyai pengaruh besar dalam kalangan orang Melayu.

“Pastinya bukan sesuatu yang mudah untuk BERSATU bersaing atau menggantikan UMNO sebagai parti terbesar orang Melayu kerana walaupun UMNO tewas PRU-14, ahli parti masih tidak berganjak dan kekal setia bersama UMNO.”

Soalnya, apa pilihan yang ada pada BERSATU dan ahlinya?

“BERSATU yang diasaskan kerana kepentingan peribadi dan menjadi longgokan pemimpin yang melompat sudah terbukti bukan parti yang mempunyai wibawa dan masa depan politik.

“Dengan perpecahan dalaman yang tidak boleh disembunyikan lagi antara kem Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin, BERSATU ibarat bom jangka.

“Hanya menang 13 kerusi berbanding UMNO 54 kerusi pada PRU-14, BERSATU bukan parti ‘favourite’ orang Melayu. Malah masih tersasar dari realiti mahu menjadi parti orang Melayu untuk menggantikan UMNO.”

Ujarnya, ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, ahli UMNO tidak berganjak masuk BERSATU kecuali beberapa pemimpin ‘katak’ sahaja, dan ketika Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, ahli UMNO masih kekal setia bersama UMNO.

“Seharusnya ini isyarat yang perlu difahami oleh Tan Sri Muhyiddin. Orang Melayu tidak yakin dan hanya mengundi BERSATU-PH kerana sentimen dan persepsi semata-mata sahaja ketika itu.

“Persefahaman dan kerjasama oleh UMNO-PAS kepada Tan Sri Muhyiddin dalam agenda menyelamatkan negara melalui Perikatan Nasional membuktikan kedua-dua parti ini berjiwa besar dan tidak berdendam dengan Tan Sri.

“Tan Sri Muhyiddin tidak pernah meletak jawatan atau meninggalkan UMNO, beliau hanya dipecat ketika krisis politik ketika itu.”

Katanya, tidak mustahil untuk ahli UMNO membuka pintu pendamaian dan menerima semula Tan Sri Muhyiddin sepertimana UMNO dan PAS berdamai.

“Dan jika UMNO merasakan Tan Sri Muhyiddin individu yang layak untuk menerajui tampuk pemerintahan negara, beliau boleh dipertimbangkan sebagai calon Perdana Menteri daripada UMNO untuk Barisan Nasional dan Muafakat Nasional pada PRU15.

“Contohi Semangat 46 dan kembali kepada UMNO. Pilihan di tangan Tan Sri, BERSATU dan ahlinya,” katanya lagi. – UMNO Online

Label:

Rogol Ibu Dihukum Penjara 17 Tahun


Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama 17 tahun atas kesalahan merogol ibu kandungnya sehingga menyebabkan pinggang mangsa patah dalam satu kejadian yang berlaku di Barat Australia.

Mahkamah diberitahu bagaimana tertuduh yang tidak didedahkan identitinya itu, merogol mangsa sebanyak tiga kali yang ketika itu di bawah pengaruh dadah ‘crystal meth’ yang juga dikenali sebagai Methamphetamine.

Hakim menyifatkan jenayah itu jenayah yang terkutuk dan paling teruk sepanjang kerjayanya di bidang perundangan.

“Orang yang berada di bawah pengaruhnya (dadah) cenderung melakukan kesalahan jenayah yang serius termasuk tindakan jahat, seperti (kes) yang saya kendalikan ini.

“Sudah tentu bukan (dadah) metilamfetamin yang merogol ibu kamu, ia adalah kamu,” kata hakim.



Dalam kejadian yang berlaku pada November 2019, tertuduh pulang ke rumah dan merembat ibunya dengan batang paip PVC.

Mangsa yang berusia 56 tahun terjatuh, kemudian rambutnya ditarik dan diseret oleh tertuduh ke bilik tidur di mana mangsa dirogol sebanyak tiga kali.

Selesai melakukan perbuatan terkutuk itu, tertuduh menolak mangsa dari katil dan terjatuh ke lantai sebelum beredar ke bilik lain untuk tidur, meninggalkan mangsa kesakitan sehingga pagi keesokan harinya.

Label:

RM27,000 Dilarikan Penjenayah



KEPALA BATAS: Pemilik kilang memproses beras dan tepung di Permatang Janggus, Penaga, di sini, kerugian kira-kira RM27,000 selepas premis dimasuki penjenayah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata polis menerima laporan daripada pengurus kilang terbabit berhubung insiden itu, semalam.

"Mangsa menyedari kejadian itu apabila dia datang ke tempat kerjanya pada jam 1 tengah hari semalam, sebelum mendapati ruang pejabatnya dalam keadaan berselerak selain dinding cermin di bahagian belakang dipotong.

"Selepas itu, mangsa terus membuat pemeriksaan pada peti besi yang menjadi tempat dia menyimpan wang dan terkejut apabila peti itu dalam keadaan terbuka dan wang berjumlah RM27,000 yang disimpannya sudah hilang," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Jelasnya, mangsa kemudian memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bahagian luar kilangnya.

"Dalam rakaman itu terdapat imej tiga lelaki tidak dikenali memakai penutup muka dan bersarung tangan masuk melalui belakang kilang pada jam 1 pagi kelmarin.

"Ketiga-tiga suspek itu mengambil masa lebih tiga jam untuk memecah peti besi kerana mereka keluar dari kilang itu pada jam 4.26 pagi," katanya.

Noorzainy berkata, kilang itu beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5 petang, namun ketika kejadian semua pekerja bercuti menyambut Aidilfitri.

"Polis dalam usaha mengesan suspek terbabit dan orang awam yang ternampak individu mencurigakan boleh menghubungi polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.


Gambar digunakan hanyalah hiasan,,,,

Label: ,

Penghantar Makanan Tidak Mengaku Merusuh


PETALING JAYA - Seramai enam penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rusuhan pada Isnin minggu lalu.

Kesemua tertuduh, Muhammad Hafiz Yusnan, 21; Muhamad Izzat Abd Bari, 22; Mohd Syukri Achyar, 39; Wan Hafizie Wan Hanapi, 28; S Jaya Nantha Kumaran, 31; dan Amirul Zahari Zailani, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama 10 individu yang masih bebas didapati melakukan rusuhan di sebuah restoran di Bandar Puteri, Puchong pada jam 6.20 petang, 18 Mei lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim mencadangkan ikat jamin bagi setiap tertuduh sebanyak RM 5,000.

Bagaimanapun kesemua tertuduh merayu, kadar jaminan paling minima kerana tidak berkemampuan.

Nor Ariffin menawarkan RM 2,500 bagi setiap tertuduh dan menetapkan 13 Julai depan sebagai sebutan semula kes.

Minggu lalu, satu video berdurasi 58 saat tular di Facebook memaparkan seorang lelaki menendang seorang wanita yang juga penghantar makanan di Bandar Puteri, Puchong.

Susulan kejadian itu, beberapa penghantar makanan dilihat berkumpul di hadapan premis terbabit bagi menunjukkan protes.-Sinar Harian

Label: ,