Khamis, 30 April 2020

Empat Beranak, Dua Penyewa Kongsi Diami Rumah Usang

MELAKA TENGAH - Siapa sangka dalam sebuah rumah usang yang bumbungnya hampir menyembah bumi di Bandar Kaba di sini, didiami empat beranak bersama dua penyewa lain iaitu seorang ibu tunggal dan seorang saudara baharu.

Effandi Abdul Rahim, 50, yang bekerja sebagai pekerja am membersihkan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Cina berkata, lebih lima tahun dia mendiami rumah yang disewa tersebut bersama isteri, Noraini Yusof, 37, dan dua orang anaknya berusia 14 tahun serta 17 tahun.

Menurutnya, disebabkan kesempitan hidup dia tidak mampu menyewa rumah lain dan terpaksa tinggal di rumah usang yang sudah reput dimamah anai-anai.

Katanya, dengan keadaan rumah yang uzur, dia juga sering kali tidak dapat melelapkan mata disebabkan bimbang sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini lebih-lebih lagi cuaca kerap hujan sejak kebelakangan ini.

"Situasi sekarang ini sukar untuk kami tidur lena kerana keadaan rumah yang bila-bila masa sahaja boleh roboh selain atap bocor, malah risau ancaman binatang berbisa seperti ular, dan pernah ular tedung dan ular sawa masuk dalam rumah ini.

"Sebelum ini kami membayar sewa sebanyak RM150 sebulan, namun sejak tanah ini telah dibeli pemaju jadi kami tidak lagi perlu bayar sewa.

"Walaupun tak bayar sewa tapi wang yang ada cukup-cukup makan untuk kami meneruskan kelangsungan hidup," katanya yang berasal dari Ulu Klang, Selangor.

Noor Azman (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Effandi ketika turun padang melawat keluarga itu di Banda Kaba, Banda Hilir di sini hari ini.

Noor Azman (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Effandi ketika turun padang melawat keluarga itu di Banda Kaba, Banda Hilir di sini hari ini.

Tambahnya, kerana kekangan kewangan juga, dia sekeluarga terpaksa berkongsi bilik air dengan dua penyewa lain yang dianggap seperti keluarga sendiri.

Menurutnya, bubur nasi sering menjadi menu harian untuk mereka mengalas perut terutama sekiranya terputus bekalan makanan.

"Saya berharap Ramadan kali ini memberi sinar kepada kami sekeluarga untuk mendapat tempat tinggal yang lebih baik dan selesa," katanya.

Seorang lagi penyewa, Ainul Mardhiah Juamin, 29, yang memeluk Islam sejak dua tahun lalu mengakui faktor kekangan kewangan membuatnya terpaksa tinggal menyewa di rumah kayu lima bilik itu.

Ainul Mardhiah berkata, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). dia tidak dapat meneruskan pekerjaannya sebagai pembantu kedai di Dataran Pahlawan dan hanya bergantung kepada wang simpanan untuk meneruskan kehidupan.


Menurutnya, dia juga pernah membuat permohonan mendapatkan bantuan saudara baharu melalui permohonan dalam talian, namun dimaklumkan permohonan telah penuh.

"Sejak daripada itu saya tak tahu untuk membuat permohonan di mana, dan saya berserah pada ALLAH bila terpaksa tinggal dalam keadaan rumah yang uzur," katanya yang berasal dari Ranau, Sabah.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Noor Azman Hassan yang turun padang menghulurkan sumbangan berkata, pihaknya akan memanjangkan nasib keluarga itu kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) untuk mendapatkan pembelaan memandangkan mereka ini termasuk sebuah lagi keluarga yang tinggal bersebelahan rumah tidak pernah mendapat bantuan bulanan ataupun bantuan makanan daripada agensi itu.

"Baru semalam saya mendapat laporan yang mengatakan masih ada keluarga daif tinggal di kawasan bandar dan kedua-dua rumah itu mereka telah tinggal lebih lima tahun.

"Saya berharap MAIM memandang serius permasalahan mereka yang sebelum ini mereka hanya mendapat bantuan kecemasan bila terputus bekalan makanan," katanya.

Noor Azman ketika melihat keadaan rumah yang didiami empat beranak itu selain turut disewa oleh seorang saudara baharu dan ibu tunggal di Banda Kaba, Banda Hilir di sini hari ini.
Noor Azman ketika melihat keadaan rumah yang didiami empat beranak itu selain turut disewa oleh seorang saudara baharu dan ibu tunggal di Banda Kaba, Banda Hilir di sini hari ini.

Label:

Selasa, 28 April 2020

Kejayaan Pemimpin Bukan Terletak Pada Ukuran Demokrasi


Di abad ini kelihatanya manusia sangat terpengaruh dengan pemikiran demokrasi sehingga ada yang mengukur kejayaan seseorang pemimpin dengan berjaya menang dalam pilihan raya.

Aku bukan ilmuwan duniawi jauh sekali ilmuan ukhrawi, aku hanya aku, dalam aku ada pemilik aku.

Ada juga yang ukur kekuatan pemimpin berdasarkan berapa ramai pengikutnya.

Kadang kakala turut ditutur ulamak itu kuat, Ustaz itu kuat kerana sokongan ramai manusia kepada kerja dakwahnya.

Sejak bila pula Allah lantik aku dan kamu untuk mengukur dan menilai. Sejak bila?.

Yang faham tersenyum, yang tak faham akan menghentam aku, hentamlah selagi kau orang larat.

Jika itu dijadikan kayu ukur, kesianlah mereka yang suka berkebajikan, namun kemampuannya terbatas hanya mampu memberi sebiji tamar.

Kiranya itu aku dan kamu jadikan kayu ukur, dah tentulah Nabi Nuh dikira gagal.

Hampir seribu tahun Nabi Nuh menyeru dakwah kepada umatnya supaya beriman. Menurut beberapa riwayat tak lebih dari 100 orang sahaja yang beriman.

Jika aku dan kamu melihat kejayaan seseorang berdasarkan pengikut dan menang pilihan raya ramailah pemimpin yang gagal pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Kiranya aku dan kamu melihat pada demokrasi semata-mata sebagai ukuran, tentulah Islam sentiasa kalah kerana sebahagian sahaja makhluk di gelar manusia beriman kepada Allah.

Tak percayakah?, sila hayati surah Aali Imran ayat 110.

“Sebahagian mereka sahaja beriman dan kebanyakan manusia itu fasik melanggar perintah Allah”.

Oleh itu ucaplah syukur kepada Allah ketika menerima sedikit atau banyak rezeki .

Ingatlah!, Allah memberi rezeki kepada hamba-Nya melalui tangan-tangan hamba-Nya pula.
-Harian Watan

Label: ,

Isnin, 27 April 2020

Bapa Rogol Anak Sendiri


JOGJAKARTA: Itu gelaran sesuai diberikan kepada lelaki yang mencabul dan merogol anaknya lebih 10 kali sejak 2012 di Sleman.

Lelaki itu ditahan pada Rabu lalu selepas kegiatannya dibongkar melalui perbualan WhatsApp mangsa dengan ibu saudaranya.

Suspek yang bekerja sebagai pemandu bas melampiaskan nafsu terhadap anaknya sejak di sekolah rendah.

Portal Kompas melaporkan, suspek merogol mangsa antara 2012 hingga 2018.

Bagaimanapun, portal itu tidak mendedahkan usia sebenar suspek dan mangsa ketika kejadian berlaku.

Memetik pegawai polis Sleman, Bowo Susilo berkata, suspek mengaku melakukan perbuatan keji itu apabila bernafsu melihat anaknya.

“Dia pemandu bas, bila pulang terus melampiaskan nafsu terhadap anak.

“Pengakuan mangsa sudah lebih dari 10 kali (perbuatan keji),” kata Bowo.

Bowo berkata, perkara itu dibongkar selepas perbualan WhatsApp antara mangsa dengan ibu saudaranya.

“Mangsa memberitahu suspek selalu mencabul dan merogolnya ketika ibu tiada di rumah.

“Perbuatan keji itu juga dilakukan di dalam bilik suspek,” katanya.

Sementara itu, suspek mengaku melakukan aksi itu ketika rumah dalam keadaan sunyi.

“Kalau isteri pergi kerja kami lakukan di kamar dan ruang tamu,” katanya. – Agensi

Label:

Seksa Bersuamikan Awang Hitam


KUALA LUMPUR: Kemaruk mahu bersuamikan lelaki asing yang dikatakan lebih kacak, gagah, romantis dan pandai mengambil hati berbanding lelaki tempatan, rumah tangga dibina seorang wanita bagaikan neraka apabila dia hanya dijadikan tempat pemuas nafsu selain mangsa sepak terajang.

Lebih teruk, tidak sampai setahun berkahwin dan sebaik hartanya habis dikikis, lelaki Nigeria dikahwininya menghilangkan diri.

Itu antara pengalaman dilalui Seri, 29, angkara termakan umpan cinta Khazem, 38, yang pada mulanya memberikan layanan istimewa untuk memikatnya.

Bagaimanapun, sebaik berkahwin, istana cinta diimpikan bertukar neraka apabila dia dilayan seperti pelacur selain keringatnya dikerah untuk mencari duit bagi menyara hidup suaminya.

Menceritakan detik pertemuan mereka, Seri berkata, dia diperkenalkan kepada Khazem oleh rakannya yang turut menjalin hubungan dengan lelaki Afrika ketika belajar di sebuah kolej di Subang Jaya.

“Pada mulanya saya tak terfikir nak mengenali Khazem dengan lebih rapat. Namun disebabkan belajar di kolej sama, hampir setiap hari kami bertemu dan bermula dari situlah dia mengambil berat mengenai saya berbanding rakan lelaki lain.

“Boleh dikatakan setiap kali keluar bersama, dia mengeluarkan belanja, malah ketika saya tak cukup duit untuk membayar sewa rumah, dia yang datang membantu,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Asyik dengan layanan istimewa Khazem, Seri akhirnya jatuh hati walaupun tidak mengetahui latar belakangnya.

“Saya tak tahu nak cakap perasaan saya kepadanya. Kalau ikutkan perasaan, ramai lagi rakan lelaki lain yang saya suka, tapi bila dengan Khazem saya jadi lupa dan sentiasa ingin bersamanya.

“Dia beritahu saya, keluarganya mempunyai perniagaan di Nigeria dan segala perbelanjaannya ditanggung keluarga,” katanya.

Menurut Seri, empat bulan selepas perkenalan, dia kehilangan ‘mahkotanya’ pada Khazem selepas lelaki itu membawanya ke sebuah kelab malam.

“Sebenarnya saya tak sedar waktu itu, mungkin kerana diberi dadah. Saya hanya tahu sudah terlanjur dengannya apabila bangun keesokannya dan mendapati Khazem tidur di sebelah saya tanpa pakaian.

“Kerana sayangkannya, saya mengambil keputusan berkahwin dengannya tanpa pengetahuan keluarga dan berhenti belajar,” katanya.

Seri berkata, selepas tiga bulan, dia terpaksa keluar mencari kerja apabila suaminya memberitahu tidak lagi menerima wang daripada keluarga dengan alasan berkahwin tanpa pengetahuan mereka, selain sukar mendapat pekerjaan kerana berstatus warga asing yang memegang pasport pelajar.

Walaupun pada mulanya Seri mendapat tawaran bekerja sebagai penyambut tetamu dengan gaji RM1,500 sebulan, namun selepas didesak Khazem, dia hanya sempat bekerja sebulan dengan alasan bayaran diterima tidak setimpal.

“Kerja kedua saya sebagai pelayan kelab malam dengan gaji RM2,300 tak termasuk elaun serta tip pelanggan. Saya terima kerja ini setelah Khazem berjumpa pengurus kelab itu bagi mendapatkan kerja untuk saya.

“Mulanya saya tak mahu, tapi setelah Khazem berjanji ia hanya sementara sebelum dia mencari pekerjaan tetap, saya terus bersetuju,” katanya.

Bagaimanapun, Seri berkata, sebaik bekerja sebagai pelayan kelab malam, suaminya mula menunjukkan belang apabila hanya menjadikannya sebagai pemuas nafsu dan mengikis gaji serta tip diterimanya.

“Saya bekerja dari jam 10 malam hingga jam 4 pagi. Jadi kebanyakan waktu siang saya di rumah. Sepanjang saya di rumah, Khazem keluar dengan alasan merancang perniagaan bersama rakan selain menguruskan dokumen perjalanan di negara ini.

“Kami hanya berjumpa sekejap sama ada kerana dia mahu layanan seks, minta duit atau balik untuk menyalin pakaian hinggalah pada satu hari dia memukul saya kerana tiada wang,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, Khazem bijak menyusun kata untuk memujuknya.

“Jika saya dipukul kerana tiada duit atau keinginan seksnya tidak diendahkan, keesokannya dia balik membawa makanan serta sedikit duit bagi memujuk.

“Bagaimanapun, kalau hampir setiap hari dipukul, wanita mana boleh tahan. Banyak kali juga saya minta cerai tapi apabila dia balik ke rumah, memujuk serta berjanji untuk mengubah perangai, saya jadi cair dan makin sayang dengannya.

“Bayangkan, saya berani ke kelab malam untuk berhibur, minum arak, terlanjur dan bekerja di kelab malam, semuanya kerana Khazem. Walaupun awalnya menolak, selepas dipujuk rayu saya jadi cair dan terus mengikut katanya,” katanya.

Bagaimanapun, ketika usia perkahwinan mencecah setahun dan disahkan hamil serta tidak dapat lagi meneruskan kerja sebagai pelayan kelab malam, suami dicintai tiba-tiba menghilangkan diri hinggalah dia melahirkan anak pada Oktober tahun lalu.

“Saya kesal mengenalinya kerana jika diimbas kenangan bersamanya, tiada yang indah. Sudahlah terpaksa bekerja, setiap sen gaji yang saya terima habis dikebasnya.

“Lebih dikesali, perkahwinan kami tidak mendapat pengesahan jabatan agama, menyebabkan saya tidak dapat mendaftarkan nama anak saya,” katanya.

Label:

Bahasa Untuk Membina Laman Web


Jika berminat HTML Tutorial Sila KLIK Atas Gambar

Label: ,

Perikatan Nasional Bukan Entiti Politik Berdaftar


Memahami situasi atau suasana politik Malaysia pada kontek kerajaan hari ini (Perikatan Nasional) atau singkatanya PN memerlukan perimbangan agar tidak ada yang terluka.

Setiap parti dalam kerajaan mungkin di gambarkan berada dalam dilema lebih lagi berkaitan agihan kerusi sama ada dun atau parlimen.

Setiap parti tidak dibaluti dilema kerana Perikatan Nasional (PN) bukan satu entiti politik berdaftar.

Untuk memudah faham kita petik satu nama parti iaitu Umno. Mak Cik dan Pak Cik atau yang kurang faham boleh bertanya terus kepada ketua cawangan, ketua pemuda, puteri, ketua bahagian, andainya mereka yang di sebut ini gagal memberi faham, Pak Cik dan Mak Cik boleh suruh mereka letak jawatan.

Sebenarnya hubungan Umno dengan PN tidak sebagaimana Barisan Nasional ( BN ).

Hubungan Umno dan PN hanya satu persefahaman untuk menubuhkan kerajaan setelah Pakatan Harapan (PH) tumbang.

 Erti kata lain Umno tidak menyertai PN kerana PN bukan entiti politik berdaftar.

Kata mudahnya, Umno boleh letak calon lawan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada PRU ke-15.

Bagaimana Umno dan Pas pula...? nanti bincang lain kali.

Label: ,

Ahad, 26 April 2020

Noh Omar Tidak Beri Impak Besar Kepada Umno Selangor


Pelantikan Noh Omar sebagai Pengerusi UMNO negeri Selangor tidak beri impak besar selain mencukupi kegembiraan kepada sebahagian pemimpin parti itu.

Disebalik keghairahan untuk memperkukuhkan parti itu sejarah kegagalan Noh tidak dilupakan oleh banyak pihak.

Justeru itu, UMNO sekali lagi gagal mencipta transformasi muka lama kepada muka baharu. Kegagalan lama tidak memudahkan perjalanan Noh untuk membijakan ahli supaya lebih cekal disetiap sudut perjuangan.

Secara zahirnya, Pemuda UMNO Selangor yakin pelantikan Noh Omar sebagai Pengerusi UMNO Selangor baharu mampu memberikan impak besar kepada parti itu. Apakah kenyataan seorang pemuda dari parti itu telah menggambarkan kejayaan akan di perolehi ?.

Sebelum ini Noh di laporkan berkata, "Biarlah muka baharu memimpin UMNO Selangor dan saya hanya meneruskan tugas menjaga bahagian (Tanjong Karang)”- Berita Harian

Dalam siaran sama, Berita Harian juga turut melaporkan kenyataan Noh, "Saya akan memaklumkan keputusan melepaskan jawatan ini kepada Presiden UMNO yang baharu nanti.

"Walaupun Presiden baharu mungkin mahukan khidmat saya di Selangor, saya tetap dengan keputusan untuk tidak memegang jawatan ini lagi.

Hari ini siapa yang pikul jawatan itu jika bukan Noh?.

Sedangkan Presiden UMNO bukan lagi Najib Razak.
Oh yerr lah,,, Memang muka baharu tetapi nama sama....

Apa yang berlaku di Selangor satu gambaran yang parti itu gagal memperolehi pemimpin muda atau muka baharu untuk mengembalikan kepercayaan pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15.
-Harian Watan

Label: ,

COVID-19: Kes Baru Hari Ini


Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah seramai 38 orang.
Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 5,780 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai 100 orang. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 3,862 kes

Pesakit di ICU adalah seramai 36 orang dan 15 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sukacita dimaklumkan TIADA kes kematian baharu pada hari ini.
Keseluruhan kes kematian di negara kita kekal sebanyak 98 kes.

Seluruh warga yang berada di Malaysia dinasihatkan mematuhi PKP supaya Virus Corona tidak berpanjangan.
#StrongerTogether
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
#KitaTeguhKitaMenang

Label:

Sabtu, 25 April 2020

Bangsa Melayu Pun Ada Di Myanmar


Ketika masyarakat berminat sangat dengan isu Rohingya, jangan pula lupa akan MELAYU ISLAM MYANMAR yang juga perlukan perhatian kita. Mungkin ramai antara kita tidak tahu bahawa bangsa Melayu ada yang tinggal dan menetap di Myanmar. Mereka tidak sibuk pun untuk meninggalkan negara Myanmar seperti kaum Rohingya.

Mengapa perlu memberi perhatian yang terlampau terhadap kaum Rohingya ini sedangkan kita ada bangsa seagama kita sendiri di Myanmar yang sangat memerlukan perhatian dan bantuan, namun mereka tetap berdikari, berusaha menjalani kehidupan dengan aman tanpa gangguan atau tekanan daripada mana-mana pihak termasuk kerajaan Myanmar, malah kerajaan Myanmar sangat menghormati kaum Melayu kerana sikap mereka yang setia dan taat kepada negaranya. Walaupun hidup dalam keadaan serba kedaifan, mereka tetap tinggal di sana kerana mereka menganggap Myanmar adalah negara kelahiran mereka.


Orang-orang Melayu di Myanmar masih mengekalkan jati diri mereka sebagai bangsa bermaruah. Mereka duduk di Kampung-kampung di Selatan Myanmar, bertutur menggunakan Bahasa Melayu, belajar kitab-kitab jawi Melayu, belajar silat melayu dan mengekalkan budaya dan cara hidup Melayu, namun banyak lagi yang mereka perlukan sokongan untuk kekalkan jati diri Melayu mereka yang telah tiada di sana.

Mereka bukan mahu kembali ke Malaysia, tetapi mereka lebih perlukan kita untuk menziarahi mereka dan bantu mereka untuk mengekalkan identiti Melayu dalam jiwa anak muda mereka dan bantu apa yang boleh seikhlas hati sebagai saudara seagama dan sebangsa dengan kita.

Cukup-cukuplah selama ini kita bantu puak Rohingya tu, tidak memberi apa-apa faedah pun kepada negara, mudarat lagi adalah.

Kepulauan Mergui (juga Kepulauan Myeik atau Myeik Kyunzu) adalah sebuah kepulauan paling Selatan di Myanmar. Ia terdiri daripada lebih 800 buah pulau, berlainan saiz dari yang sangat kecil ke beratus-ratus kilometer persegi, semuanya terletak di Laut Andaman di pesisir barat Semenanjung Melayu.

Orang Myanmar pernah menggelar seluruh Semenanjung Melayu sebagai Pashu Kyun Swe atau Semenanjung Pashu. Kadang-kadang kepulauan itu dirujukkan sebagai Kepulauan Pashu kerana penduduk tempatan menggelar Melayu sebagai Pashu. Orang Melayu Myanmar adalah keturunan kumpulan etnik bangsa Austronesia, lebih banyak menduduki keseluruhan Semenanjung Melayu termasuk pantai barat bahagian utara yang berada dalam Myanmar dan Kepulauan Mergui.

Kebanyakan orang Melayu yang menetap di selatan Myanmar dan selatan Thailand adalah berketurunan Melayu Kedah. Suatu masa dulu, kerajaan negeri Kedah Tua pernah menjadi kuasa hebat dalam sejarah Asia Tenggara. Empayarnya memanjang dari bahagian selatan Myanmar Taninthayi hingga negeri-negeri utara di Malaysia.

Orang Melayu di Burma atau Myanmar bertutur dalam dialek Kedah-Perlis. Etnik Melayu memiliki budaya Muslim sejak abad ke-15. Bahasa Melayu merupakan bahasa lingua franca nusantara, atau bahasa perantaraan. Selain bertutur dalam bahasa Melayu, beberapa golongan tua boleh membaca tulisan Jawi, tulisan bahasa Melayu yang ditulis dalam abjad Arab.

*Jika anda lihat peta selatan Myanmar anda akan dapati beberapa nama tempat adalah dalam Bahasa Melayu seperti Kampong Ulu, Kampong Mah Puteh, Kampong Tengah, Pase Panjang, Telok Babai serta Kampong Pulo Chili.

Sebagian besar Melayu Myanmar di Tanintharyi tinggal di Distrik Kawthaung, salah satu daerah paling multikultural di Myanmar. Populasinya terdiri atas Melayu Muslim, orang Buddha Thailand, dan suku pengembara Melayu yang dikenal masyarakat lokal dengan nama Pashu. Di sana tinggal juga orang Cina dan India yang pada masa kolonialisme Inggris direkrut sebagai buruh pertambangan timah.

Nama Tanintharyi sendiri berasal dari penyebutan Melayu “Tanah Sari”. Lidah Burma sukar menyebut nama itu dan menyebutnya dengan lidah mereka menjadi "Tanintharyi." Orang-orang Eropa biasa menyebutnya “Tenasserim."

Pada abad ke-19 sampai awal abad ke-20, Kawthaung lebih dikenal dengan nama Victoria Point dan menjadi pelabuhan kecil yang ramai di sekitar Myanmar selatan. Di situ tak hanya berlabuh perahu-perahu dagang, tapi juga tempat singgah para pencari ikan dari daerah-daerah yang jauh.

Kedatangan orang-orang Melayu di Kawthaung bermula dari para pencari ikan. Pada 1865, sekelompok nelayan yang dipimpin Nayuda Ahmed, seorang Melayu keturunan Arab, berlayar mencari ikan di sekitar Kepulauan Mergui. Mereka mendirikan perkampungan kecil di sebuah teluk di Victoria Point.

Awalnya tempat itu sekadar untuk singgah. Namun, lantaran hasil ikan di situ sangat banyak, mereka memutuskan menetap. Sejak itulah para nelayan Melayu beranak-pinak di tempat itu. Orang Melayu yang sekarang berada di situ adalah keturunan para pengikut Nayuda Ahmed. Kawasannya sekarang dikenal sebagai Desa Bokpyin.


Etnik Melayu yang tinggal di Myanmar juga mempunyai kaitan erat dengan orang Patani di Thailand selatan. Mereka sama-sama keturunan orang-orang dari Kerajaan Patani lama. Setelah Patani runtuh, mereka menyebar di beberapa bagian Burma dan Kerajaan Ayutthaya. Bahasa mayoritas di daerah tersebut adalah bahasa Myanmar dan orang Melayu juga masih menggunakannya sebagai lingua franca untuk berinteraksi dengan masyarakat dari suku lain.
[tirto.id/foto fb Histourism/kembaragd.blogspot]

Label:

Telegram Kini Mempunyai 400 Juta Pengguna Aktif




April 24, 2020 - Telegram
Telegram siapa yang tak kenal antara brand media messengger yang dah popular di Malaysia namun penggunaanya tidak se-aktif whatsapp..

Pada tahun ini, Telegram berjaya mencapai 400 juta Pengguna Aktif berbanding tahun lepas iaitu 300 juta pengguna aktif.

Telegram Kini Mempunyai 400 Juta Pengguna Aktif
sumber gambar dari Telegram.Org

Kemaskini Feature Folder, Kuiz 2.0 dan Sticker
Selain itu, Telegram telah memberi nafas baru dengan mengemaskini feature yang agak menarik seperti Folder, cloud storage dan dekstop support menjadikan telegram lebih ideal dalam sesi kerja dan pembelajaran.

Tambahan lagi, Telegram juga telah update sesi Kuiz 2.0 di mana pengguna dapat membuat kuiz dengan memberi penjelasan jawapan yang diberikan. Lebih kurang macam poll tapi di-upgarde kepada sesi kuiz ada soalan dan beberapa jawapan yang diberikan untuk pengguna menjawab dengan betul.

Sesi Kuiz dari telegram ini sangat ideal sebenarnya untuk sekolah rendah dan Menengah. Di mana sekolah boleh buat telegram channel khas untuk kuiz setiap subjek. Jadi memudahkan pelajar untuk melatih diri untuk menjawab soalan dengan lancar. Selain itu, memudahkan urusan pelajar menjawab soalan di peringkat lebih macam ujian pertengahan tahun, ujian akhir tahun dan sebagainya.

Untuk akhirnya, Telegram kini menambah lagi sticker-sticker yang menarik untuk pengguna. Kini Telegram mempunyai 20,000 sticker berkualiti tinggi sejak ia dilancarkan pada 5 tahun lepas iaitu 2015. Maka, rambang matala pengguna nak pilih sticker2x yang best nanti. hehe.

Label:

Kulit Jadi Gelap Selepas Pulih Covid-19


Dua doktor dari China yang dijangkiti Covid-19 mendapati kulit mereka berubah warna selepas berjaya pulih daripada virus itu.

Portal Metro.co.uk melaporkan, Dr Yi Fan dan Dr Hu Weifeng, kedua-duanya berusia 42 tahun dijangkiti virus itu ketika merawat pesakit di Hospital Pusat Wuhan, pada Januari lalu.

Doktor mengatakan mereka berdua terpaksa menggunakan mesin sokongan hayat tetapi kesan sampingannya menyebabkan kulit menjadi gelap.

Perubahan warna kulit itu dipercayai akibat ketidakseimbangan hormon selepas mengalami kerosakan hati akibat virus itu.

Dr Yi dan Dr Hu bekerjasama dengan seorang lagi doktor, Li Wenliang, individu pertama yang mengesan virus itu sebelum lelaki itu disahkan meninggal dunia pada 7 Februari lalu.

Kedua-dua doktor itu didiagnosis pada 18 Januari dan pertama kali dibawa ke Hospital Pulmonari Wuhan dan kemudian dipindahkan dua kali ke hospital lain, menurut stesen penyiaran CCTV.

Pakar kardiologi, Dr Yiberjaya melawan Covid-19 selepas doktor menggunakan mesin sokongan hayat, ECMO selama 39 hari.

ECMO mesin sokongan hayat yang drastik bagi menggantikan fungsi jantung dan paru-paru dengan mengepam oksigen ke salur darah.

Bagaimanapun, keadaan ahli urologi Dr Hu lebih teruk dan dia terpaksa ‘ditidurkan’ selama 99 hari.

Dr Li Shusheng yang merawat kedua-dua petugas kesihatan itu berkata, kulit kedua-dua rakannya menjadi gelap kerana sejenis ubat yang diberikan ketika peringkat awal rawatan.

Katanya, salah satu kesan sampingan ubat itu adalah kegelapan warna kulit.

Walaupun dia tidak mengenal pasti ubat itu, Dr Li mengatakan kulit mereka akan kembali normal selepas hati mereka dapat berfungsi dengan baik. – Agensi / Harian Metro

Label:

Mengapa Saya Menggunakan Blog ?


Mengapa saya menggunakan Blog untuk berkongsi rencah berita kepada warganet atau wargamaya?
Mungkin ramai tak tahu atau buat-buat tak tahu atau buat-buat terlupa bahawa blog bukan medium baru malah usia Blog lebih tua dari medium media online popular sekarang.

Apabila teknologi internet mula sampai ke Malaysia, blog sudah wujud. Malah ia digunakan dengan meluas untuk menyampaikan dan berkongsi sesuatu dari sudut atau perspektif peribadi penulis.

Sebenarnya blogger menawarkan sokongan blog ramai pengarang, yang memungkinkan pengguna membuat sebuah Blog untuk kelompok dengan menjemput teman-teman melalui gmail (Email) untuk menjadi penulis atau turut di tutur sebagai penulis tamu.

Sebelum tibanya Facebook, Instagram, atau Twitter ke Malaysia, Blog adalah antara pilihan paling popular bersama dengan MySpace, Friendster mahupun forum online untuk para pengguna internet meluah rasa, berkongsi info dan pelbagai lagi, termasuklah gambar milik mereka.

Pada 23 Ogos 1999, Blogger dilancarkan oleh Pyra Labs, dan menjadi salah satu pelayan penerbitan blog pertama di dunia. Justeru itu, blog mempunyai reputasi cukup lama sebagai medium penyampaian berkesan.

Namun, untuk mengendali sesebuah Blog bukan sesuatu yang mudah, bukan hanya bijak menyusun kata-kata pada tulisan yang hendak dikongsi. Sebaliknya memerlukan kemahiran untuk mengendali atau susun atur untuk blog kelihatan menarik dan kemas.

Tidak hairanlah, jika dikatakan kurang ramai rakyat Malaysia menggemari Blog berbanding facebook, namun untuk membandingkan Blog dan Facebook dua hal yang berbeza walaupun kelihatan tujuan pengguna adalah seperti ada persamaan.

Label: ,

Jumaat, 24 April 2020

Ebit henti agih bantuan lepas dipanggil polis


KUALA LUMPUR: Pendakwah terkenal, Ebit Lew mengesahkan khidmatnya bagi membantu orang tidak berkemampuan tidak lagi akan dilakukan secara langsung.

Ebit Lew berkata, pendirian itu diambil selepas dipanggil ke Bukit Aman hari ini, bagi memberi keterangan berhubung laporan beberapa pihak yang mempertikaikan khidmat bantuannya yang tular di media sosial.

"Atas nasihat, setakat ini sahaja saya berkhidmat pada semua secara langsung.

"Saya cuma akan memindahkan wang pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja.

Pendakwah terkenal, Ebit Lew ketika memberi bantuan yang tular. Foto FB Ebit Lew
Pendakwah terkenal, Ebit Lew ketika memberi bantuan yang tular. Foto FB Ebit Lew
"Jangan 'tag' saya lagi (di Facebook) kes orang susah. Nanti habis PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) baru saya cuba bantu," katanya menerusi Facebook, hari ini.

Mengulas mengenai kehadirannya ke Bukit Aman, Ebit Lew berkata, beliau dihubungi polis untuk berbuat demikian pada tengah malam tadi.

"Saya terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes tular beberapa hari lalu kerana ada aduan.

"Mereka (pegawai rakam keterangan) semua baik dan melayan saya dengan sangat baik. Terima kasih sangat.

"Tadi saya menangis ketika beri keterangan pada beberapa pegawai mungkin sebab penat. Serius penat sangat. Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma Cina Islam yang sayangkan Islam dan Malaysia," katanya.

Mengulas lanjut, Ebit Lew memohon maaf sekiranya apa dilakukannya mengguris hati orang ramai kerana niatnya hanya ingin membantu.

Pendakwah itu berkata, beliau sememangnya tidak boleh melihat orang tidur di kawasan kotor dan tepi jalan.

"Lebih seratus orang sudah saya bayar penginapan dan tempat tinggal. Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di Facebook

"Saya tiada niat nak tular perkara ini. Ramai anak-anak susah dan terbiar, pelajar tahfiz saya bayarkan yuran mereka. Perniagaan saya sebenarnya sangat baik. Syukur pada Allah.

"Rezeki melimpah ruah. Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang dimana-mana," katanya.

Label:

Jumaat, 17 April 2020

Penerima BPN Tiada Akaun Bank Boleh Ambil Tunai Di BSN


SHAH ALAM – Penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang tidak mempunyai akaun bank boleh menerima bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai hari ini sehingga 31 Disember 2020.

Menurut Kementerian Kewangan, terdapat sebahagian kecil penerima B40 yang telah diluluskan BPN tetapi belum menerima pembayaran berkenaan kerana tidak mempunyai akaun bank atau bayaran BPN gagal dikreditkan ke dalam akaun mereka.

“Penerima yang ke cawangan BSN perlu membawa kad pengenalan masing-masing dan dinasihatkan agar mematuhi penjarakkan sosial serta arahan kesihatan dan keselamatan daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas.

“Inisiatif di atas adalah hasil daripada langkah Prihatin di bawah matlamat Lindungi Rakyat, bagi memastikan kerajaan dapat menyalurkan bantuan kepada masyarakat B40 yang amat memerlukannya, terutamanya dengan penyambungan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April 2020.

“Kerajaan berharap agar bantuan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban kehidupan golongan yang disasar ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk senarai cawangan yang dibuka atau maklumat lanjut, penerima boleh melayari laman web BSN.

Untuk rekod, sehingga hari ini, kerajaan telah menyalurkan BPN kepada 6.5 juta penerima golongan berpendapatan rendah (B40) melibatkan bayaran melebihi RM4.8 bilion.

Label:

Warga Emas Ditemui Mati Hanya Tinggal Rangka


BEAUFORT: Seorang lelaki warga emas ditemui mati dalam keadaan hanya tinggal rangka di kediamannya di Batu 3, Kampung Padas Valley, di sini, semalam.

Mayat Phong Yet Ming, 75, itu ditemui kira-kira jam 4.30 petang oleh adiknya yang sebelum itu melawat mangsa sebelum terhidu bau busuk.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abdul Razak berkata, jarak rumah mangsa dan adiknya adalah kira-kira 50 meter yang terletak di kawasan hutan.


Mayat mangsa yang ditemui hanya tinggal rangka di rumahnya di Kampung Padas Valley, Beaufort.
“Berdasarkan maklumat awal, adik mangsa berusia 65 tahun dikatakan pergi melawat abangnya di rumah berkenaan dan memangilnya beberapa kali namun tiada jawapan dan pada masa sama terhidu bau busuk.

“Bimbang sesuatu buruk berlaku, adiknya masuk ke dalam rumah dan terkejut apabila menemui mayat yang tinggal rangka dipercayai mayat abangnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

“Mangsa juga dipercayai mempunyai masalah mental namun tidak pernah mendapatkan rawatan dari mana-mana hospital.

“Walaupun jarak rumah adiknya dengan mangsa adalah hampir, namun rumah mangsa tidak kelihatan kerana diliputi hutan dan pokok-pokok tinggi.

“Kali terakhir adiknya menemui abangnya pada dua minggu lalu untuk menghantar bekalan makanan,” katanya.

Menurutnya, rangka dan tengkorak mangsa sudah dibawa ke Hospital Beaufort untuk tindakan lanjut.

“Tiada sebarang unsur jenayah dilaporkan setakat ini dan kes itu diklasifikasikan sebagai kejadian mati mengejut,” katanya.

Label:

Khamis, 16 April 2020

PKP: Orang Degil Layak Dalam Kategori Apa?


Orang tua degil, orang muda degil, mereka yang degil nak letak dalam kategori apa?

Ini musim #COVID-19 bukan musim DURIAN, RAMBUTAN. CORONAVIRUS kau orang ingat anak patung mainan atau kek perasa Milo atau perasa Duriankah?

Dah tahu kalau kena tangkap akan di denda ribuan ringgit, kena penjara hingga setenggah tahun, pun masih ada yang kena tangkap kerana langgar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Kerajaan Malaysia dah maklum melalui pelbagai sumber, tetapi ada lagi buat tak tahu macam zaman manusia tak sampai seru.

Belajar bukan calang-calang tapi degil nya mengalahkan badak pekak bisu.

Pada yang belum kena tangkap langgar PKP, kau orang ingat, yang dah kena penjara rekod banduan di padam selepas bebas. Oh tidak beb!. Rekod banduan tidak akan padam sampai bila-bila. Bagi yang masih belajar, jangan harap nak kerja kerajaan.

Kamu nak tak didakwa mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kau orang ingat ada wang boleh selesai semua masalahkah?. Kalau banyak wang sekali pun, masalah tetap masalah tak bebas dari di gelar banduan.

Label: ,

Kesan lebam mungkin petanda baharu jangkitan Covid-19 - Doktor Sepanyol


KESAN luka dan lebam berwarna ungu yang menyerupai cacar air atau campak di bahagian jari kaki dan kaki mungkin menjadi tanda anda dijangkiti koronavirus, lapor doktor di Sepanyol dan Itali.

Pesakit yang mempunyai kesan lebam warna gelap gelap, terutama kanak-kanak dan remaja telah disahkan positif Covid-19 di Sepanyol, begitu juga di Itali dan Perancis.

Antara kes awal yang dilaporkan melibatkan seorang budak lelaki berusia 13 tahun di Itali, yang mana kesan itu pada mulanya dianggap sebagai gigitan labah-labah.

Dia pergi ke hospital pada 8 Mac setelah mengalami luka pada kulit sebelum ia merekah. Dua hari kemudian dia mengalami demam, sakit otot, sakit kepala dan gatal serta lebam teruk pada kaki.

Bagaimanapun, disebabkan bencana kesihatan yang menyelubungi Itali, ujian koronavirus tidak dijalankan terhadapnya.



Kanak-kanak dan remaja dikatakan cenderung mendapat simptom ini.

Tetapi pada 29 Mac, lima minggu selepas kes Covid-19 pertama di Itali, laporan rasmi pertama melibatkan kanak-kanak dengan gejala wabak itu dikeluarkan.

Kini, seorang daripada lima pesakit di hospital Itali mengalami keadaan dermatologi yang pelik.

Seorang pakar dermatologi kanak-kanak di Bari, Mazzotta Troccoli berkata situasi ini menjadi semakin biasa di seluruh Itali.

Dia menulis: "Jika pemerhatian lanjut dan data makmal akan mengesahkan bahawa kita berdepan petunjuk klinikal Covid-19, tanda dermatologi ini mungkin berguna untuk mengenal pasti kanak-kanak dan remaja dengan bentuk jangkitan yang minimum, tetapi sumber yang berpotensi untuk mendapat jangkitan seterusnya."

Biasanya Covid-19 menjejaskan paru-paru, menyebabkan batuk berterusan, masalah pernafasan dan demam tinggi.



Itali, Perancis dan Sepanyol sedang meneliti kesan lebam pada pesakit yang berkemungkinan positif Covid-19.

Walau bagaimanapun, terdapat juga peningkatan laporan cirit-birit, sakit testis dan kehilangan deria rasa dan bau sebagai tambahan kepada penemuan terbaharu ini.

Sebuah majlis kesihatan di Sepanyol juga menimbulkan kebimbangan mengenai gejala baharu di kaki ini.

Majlis itu, yang mempunyai 7,500 anggota profesional, telah membuka satu pangkalan data mengenai kemungkinan kes Covid-19 dan mereka yang mengalami kesan melecet serta lebam di kaki.

"Banyak kes sedang dalam pemerhatian di pelbagai negara; Itali, Perancis, Sepanyol.

"Penemuan yang mula tersebar ini menimbulkan rasa ingin tahu di bidang penjagaan kesihatan, kalangan ahli dermatologi dan doktor haiwan, secara asasnya: gejala yang sama semakin banyak dikesan pada pesakit Covid-19, terutama kanak-kanak dan remaja, walaupun beberapa kes juga telah dikesan pada orang dewasa.

"Ia adalah kesan melecet berwarna ungu (sangat mirip dengan cacar air, campak) yang biasanya muncul di sekitar jari kaki dan biasanya sembuh tanpa meninggalkan bekas pada kulit," tulis majlis itu. -Metro UK

Label:

“Sasaran kita sekarang pelajar tahfiz”


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memberi tumpuan terhadap pelajar tahfiz susulan terdapat peningkatan kes positif Covid-19 dalam kumpulan tersebut.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media pada Rabu.

"Kita sekarang ada 28 kluster. Jadi tindakan kita adalah khusus kepada kluster tersebut iaitu lokaliti dan kumpulan sasar kita.

"Kita lihat juga sekarang sasaran kita selepas tabligh adalah pelajar-pelajar madrasah tahfiz.

"Setakat ini kita dapat maklumat iaitu ada 8,616 pelajar tahfiz. Setakat ini kita sudah menyaring 1,736 pelajar di madrasah tapi kebanyakan mereka sudah pulang ke rumah sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

"Dan kes positif pula adalah 217 kes positif iaitu lebih kurang 10 peratus. Saringan jemaah tabligh lebih kurang lapan peratus," katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, untuk tujuan itu, KKM sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi lain untuk melakukan saringan terhadap pelajar tahfiz.

KKM pada Isnin lalu mengesan empat sub-kluster baharu Covid-19 di beberapa buah madrasah dan sekolah tahfiz yang berkait dengan perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, Selangor.

Empat sub kluster tersebut masing-masing di madrasah di Jerantut, Pahang; Penanti, Pulau Pinang; Sungai Lui, Selangor; dan Jasin, Melaka.

Dalam perkembangan terbaharu yang dilaporkan pada Selasa, seramai 13 pelajar di sebuah madrasah tahfiz positif Covid-19 dan menjadi sebahagian daripada kluster di Sendayan, Negeri Sembilan.

Label:

Tahniah! Dr Noor Hisham Dinobat Antara 3 Doktor Terbaik dunia


KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dinamakan sebagai antara doktor yang terkemuka di dunia oleh sebuah stesen televisyen di China.

Pengiktirafan itu ekoran pendekatannya dalam menangani pandemik Covid-19.

Menurut laporan dari China Global TV Network (CGTN), Dr Hisham adalah salah seorang daripada tiga doktor terkemuka yang 'berperang' dalam perjuangan menghentikan penyebaran virus Covid-19.

Dua doktor lain itu adalah pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield.

Ketiga-tiga mereka mendapat pujian ramai kerana disifatkan sebagai 'tenang, jelas dan boleh dipercayai' dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat berhubung situasi semasa wabak tersebut.

Dr Noor Hisham, 56, yang telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013, digelar sebagai sosok yang dipercayai oleh rakyat Malaysia, kerana komitmennya yang tidak pernah lelah dalam menyampaikan fakta dan saranan kepada rakyat termasuk menerusi platform media sosialnya.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Perubatan pada Ogos 1988, Dr Noor Hisham juga pernah melanjutkan pengajian dalam bidang Pembedahan Endokrin serta melakukan latihannya di beberapa universiti di Adelaide dan Sydney, Australia.

Pada 1994, beliau menyandang jawatan sebagai Pakar Bedah Umum sebelum bertugas sebagai Pakar Bedah Umum Hospital Putrajaya pada 2004.

Mempunyai pengalaman yang luas, kredibiliti serta pengetahuan luar biasa dalam bidang perubatan membolehkan beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan bagi menggantikan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman pada 1 Mac 2013. - THE STAR

Label:

Semak berita tular antara 30 minit hingga tiga jam


PASUKAN Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengambil masa antara 30 minit hingga tiga jam bagi mengesahkan sebarang berita tular, sekali gus menangkis berita palsu daripada terus disebarkan.

Ketua Setiausaha KKMM Datuk Suriani Ahmad berkata, kecekapan dan kepantasan pasukan itu menyemak kesahihan sesuatu berita dapat dicapai melalui kerjasama erat dengan agensi-agensi kerajaan.

“Paling lama masa yang diambil (untuk pengesahan berita) tiga jam sebab kita nak cepat menangkis balik penyebaran (berita palsu).

“Kita nak tangkis dakwaan itu dan kita banyak bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain di mana mereka memberi respons yang pantas, memberi maklumat yang terkini dan yang paling sahih,” katanya hari ini.

Suriani berkata demikian semasa menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk ‘Pasukan Respon Pantas KKMM - Perangi Berita Palsu.’

Beliau berkata, pihaknya turut memantau perkongsian berita yang tular dalam kalangan pengguna media sosial bagi menangkis berita palsu.

Suriani berkata, ia dilaksanakan pasukan itu bagi membuat pengesahan kesahihan berita yang ditularkan dengan kadar cepat, bergantung kepada tahap keseriusannya.

Pasukan ini diketuai oleh seorang pegawai bahagian Komunikasi Strategik KKMM dan dianggotai staf-staf di bawah kementerian dan agensi seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta wakil daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai portal Sebenarnya.my yang diterajui KKMM, beliau berkata, maklumat di portal itu sentiasa dikemas kini secara harian.

“Kadangkala kita ulang siar semula (maklumat) kerana kita lihat tahap seriusnya berita palsu itu dan kita pastikan bahawa ia kita ulang siar agar ia tidak lagi menjadi suatu yang dibincangkan,” katanya.

Pasukan Respon Pantas KKMM ditubuhkan pada 16 Mac lalu, bertujuan menangkis berita palsu dan mengesahkan suatu berita terutama dalam situasi semasa banyak berita palsu yang disebarkan hingga menyebabkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Label:

Tahan Peserta Parti Liar


POLIS menahan lapan individu termasuk dua wanita selepas dipercayai terbabit dengan parti liar dan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam serbuan di rumah inap desa di Johor Bahru, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam serbuan 12.30 tengah malam itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor menahan individu berusia 24 hingga 31 tahun.

Katanya, dalam serbuan itu, polis merampas dadah jenis ketamine dengan anggaran berat 13.5 gram, lapan biji pil erimin 5 dan tiga liter air ketum, dengan anggaran nilai dadah berjumlah RM2,175.

“Hasil saringan mendapati seorang lelaki positif ketamine. Hasil semakan rekod mendapati lima lelaki mempunyai rekod berkait jenayah dan dadah.

“Semua suspek disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

“Manakala seorang suspek disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana positif dadah. Semua suspek turut didakwa mengikut Peraturan 11 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ayob Khan berkata, semua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 17 April untuk siasatan lanjut mengikut Akta Dadah Berbahaya, Akta Racun 1952 dan Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

“Hasil serbuan dan tangkapan ini menunjukkan ada lagi sebilangan masyarakat masih degil, mementingkan diri sendiri dan sengaja melanggar PKP dikeluarkan kerajaan.

“Sehubungan itu, sekali lagi polis Johor ingin menegaskan kepada orang ramai supaya mematuhi PKP dengan berada di rumah dan dilarang menganjur sebarang pesta atau keramaian, selain tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang tidak mematuhi PKP ini,” katanya.

Label:

15 Warga Pakistan Beri alasan Mahu Solat Berjemaah Didakwa


KUALA LUMPUR – Seramai 15 pekerja restoran warga Pakistan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan alasan mahu menunaikan solat berjemaah 4 April lalu.

Tertuduh Sajjad Ur Rehman, 24; Adeel Imran, 28; Shahzad Ahmad, 37; Muhammad Wajid, 26; Raja Adnan Hussain Tabassum, 28; Mummad Qasim Khuhawar, 35, Touqeer, 24; Mohammad Abdul Khalek, Azhar Abbas, 34; Maasood Ali; Farhan Ali, 25, Muhammad Aziz, 31; Kuldeep Kumar, 25; Muhammad Aslam, 23 dan Zahid Sami Ullah, 25 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Tawfiq Affandy Chin.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didapati bergerak dari satu kawasan berjangkit ke kawasan lain yang diwartakan di sebuah restoran di Jalan Sultan Azlan Shah, Dang Wangi pada jam 9 malam dengan alasan mahu menunaikan solat berjemaah.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 dan penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, empat daripada 15 tertuduh berdepan pertuduhan berasingan iaitu tidak mempunyai dokumen perjalanan dan memasuki negara ini secara tidak sah.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 6 (3) Akta sama, yang memperuntukkan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya dan sebat tidak lebih enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Seramai lapan daripada mereka turut dituduh atas pertuduhan berada di negara ini melebihi tempoh sah.

Mereka itu didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/1963 (pindaan 2002) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (4) Akta yang sama, yang memperuntukkan denda tidak kurang RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu tertuduh yang diwakili peguam, P Muniswer memohon mahkamah menawarkan jaminan pada kadar yang rendah memandangkan ini merupakan kesalahan pertama dilakukan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar membantah kerana mereka sepatutnya mengetahui penguatkuasaan PKP yang dibuat sudah memasuki fasa ketiga.

Label:

Rabu, 15 April 2020

Elak Covid Sanggup Berumah Dalam Kereta


NEW DELHI: Demi memastikan isteri dan anaknya terselamat jangkitan Covid-19, seorang doktor di bandar Bhopal, India sanggup tidur di dalam kereta.

Memetik portal India Today, petugas barisan hadapan JP Hospital, Dr Sachin Nayak tidak pulang ke rumah selepas tamat bertugas.

Sebaliknya, dia tinggal di dalam kereta yang diparkir di tempat letak kereta di hospital terbabit.

Dia turut memenuhkan bekalan makanan di dalam kereta itu untuk keperluan harian selain menyediakan buku sebagai bahan bacaan.

Menurut doktor itu, pada masa lapang, dia membaca buku dan menghubungi keluarga menerusi panggilan video.

Katanya, rutin berkenaan dilakukan sejak seminggu lalu.

“Apabila kes pertama Covid-19 dilaporkan di Bhopal, saya tidak takut sangat.

“Tapi, beberapa hari lalu, kita dapat tengok kes positif semakin meningkat.

“Jadi, saya ambil keputusan tinggal dalam kereta buat sementara waktu,” katanya.

Gambar dia menjalani kehidupan di kereta itu tular hingga mendapat perhatian Ketua Menteri Madhya Pradesh, Shivraj Singh Chouhan.

Dalam ciapan di Twitter, Chouhan memberi penghormatan atas inisiatif dan semangat doktor berkenaan dalam memerangi wabak.

“Saya dan seluruh penduduk Madhya Pradesh beruntung ada wira seperti anda dalam melawan Covid-19.

“Jika kita semua berterusan dengan cara ini, kita mampu memenangi peperangan ini lebih cepat.

“Encik Sachin, tabik hormat semangat anda,” katanya.

Label:

10 keluarga mangsa Covid-19 layak terima faedah Perkeso


SERAMAI 10 daripada 77 mangsa Covid-19 yang meninggal dunia di negara ini dikenal pasti layak menerima faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) selepas didapati memenuhi syarat di bawah Skim Keilatan.

Dalam satu kenyataan, Perkeso menjelaskan, semakan sehingga kelmarin (13 April 2020) mendapati 10 mangsa itu membabitkan kes kematian ketiga, tujuh, 13, 32, 33, 37, 46, 52, 56 dan 59 yang layak menerima bantuan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) serta Pencen Penakat untuk waris mangsa.

“Ini termasuk tiga mangsa di Johor dan tiga di Sarawak, dan masing-masing satu mangsa di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Sabah di mana kesemuanya berusia antara 37 hingga 59 tahun.

“Sembilan daripada mangsa adalah lelaki manakala seorang wanita. Semakan yang dibuat juga mendapati tiga daripada mereka masih bujang,” demikian menurut kenyataan di Kuala Lumpur.

Menurut Perkeso, bantuan FPM berjumlah RM2,000 sudah diserahkan sudah diserahkan melalui Skuad Perkeso Prihatin kepada ahli keluarga kepada tujuh mangsa.

Bagi ahli keluarga tiga lagi, mereka belum menerima bantuan faedah terbabit susulan masih menjalani proses kuarantin.

“Pembayaran faedah ini akan dibuat kepada waris sejurus dokumen lengkap diterima sebaik saja tempoh kuarantin mereka tamat,” katanya.

Perkeso menjelaskan, selain FPM, Perkeso juga akan membuat bayaran Pencen Penakat kepada waris mangsa Covid-19 yang diperakui sebagai orang tanggungan.

Katanya, memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan, waris tidak perlu hadir ke pejabat Perkeso kerana semua urusan pembayaran akan dilaksanakan Skuad Perkeso Prihatin dan bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima.

“Pencen Penakat dibayar kepada orang tanggungan yang layak apabila Orang Berinsurans Perkeso meninggal dunia akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.

“Antara syarat di bawah Pencen Penakat adalah meninggal dunia sebelum mencapai umur 60 tahun dan memenuhi syarat kelayakan caruman,” katanya.

Sebagai langkah membantu mengurangkan bebanan keluarga mangsa korban Covid-19, Perkeso menggesa setiap waris mangsa memaklumkan segera status mereka setelah tamat tempoh kuarantin.

“Perkeso akan memastikan kebajikan semua pencarum terbela dengan membuat semakan kelayakan dan pemantauan berterusan ke atas perkembangan kes Covid-19 dari semasa ke semasa berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Label:

COVID-19: Lebih 1,000 kematian di Sweden


STOCKHOLM: Sweden dilaporkan mencatat lebih 1,000 kematian akibat COVID-19, hingga ramai pakar membidas cara pihak berkuasa menangani krisis berkenaan.

Agensi Kesihatan Awam Sweden merekodkan sebanyak 11,445 kes positif virus terbabit dengan 1,033 kematian dicatatkan setakat ini.

Pakar Epidemiologi, Anders Tegnell bagaimanapun berkata, jumlah kematian dijangka meningkat kerana laporan terbaru masih belum diperoleh, disebabkan sambutan Easter hujung minggu selama empat hari.

"Laporan kematian harian antara jumlah yang kita boleh percaya buat masa ini kerana kebiasaannya kita banyak ketinggalan (jumlah sebenar) terutama pada hujung minggu," katanya.

Sweden masih belum melaksanakan perintah berkurung bagi membendung penularan COVID-19 seperti yang dibuat kebanyakan negara Eropah lain, sebaliknya hanya meminta rakyatnya supaya mengamalkan penjarakan sosial.

Kerajaan turut tidak membenarkan perhimpunan melebihi 50 orang dan menyekat lawatan ke rumah jagaan orang tua. - AFP

Label:

AS pulangkan AS$300 juta dana 1MDB kepada Malaysia: PM


KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa sebanyak AS$300 juta daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipulangkan kepada Malaysia oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah itu adalah dana diperoleh semula hasil daripada penyitaan aset berkaitan 1MDB di bawah Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.

“Pada 30 Oktober 2019, penjenayah dikehendaki Malaysia, Jho Low telah mencapai penyelesaian dengan DOJ berkenaan beberapa tuntutan perlucutan hak yang difailkan jabatan itu ke atas aset-aset dibeli Jho Low menggunakan dana 1MDB.

“Jumlah AS$300 juta ini merangkumi beberapa aset yang telah dilucut hak dan dijual, serta juga aset berkaitan 1MDB yang telah disita dan diserahkan kembali oleh individu tertentu berkait dengan Jho Low,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, pemulangan AS$300 juta itu bermakna dana 1MDB yang dikembalikan kepada Malaysia sama ada dalam bentuk hasil proses penjualan ataupun aset secara keseluruhannya kini berjumlah AS$620 juta.

Perdana Menteri berkata, proses untuk menjual baki aset yang disita daripada Jho Low masih diteruskan atas keputusan penghakiman DOJ.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Amerika terutamanya kedutaan negara itu di Kuala Lumpur atas bantuan dan kerjasama utuh dalam melancarkan pemulangan wang berjumlah AS$300 juta ini.

“Saya juga berterima kasih kepada Menteri Kewangan Malaysia dan Peguam Negara atas peranan mereka dalam proses rundingan yang berkaitan,” katanya.

Muhyiddin berkata, usaha untuk mendapatkan semula aset 1MDB di seluruh dunia masih berjalan dan kerajaan akan terus bekerjasama dengan Amerika Syarikat, DOJ dan agensi luar negara untuk membawa pulang lebih banyak aset 1MDB pada masa akan datang. - Bernama

Label:

PKP: Semakin ramai degil


MASUK fasa Perintah Kawalan Pergerakan ke – 3 (PKP-3), didapati angka individu degil yang mengingkari penguatkuasaan semakin ramai.

Semalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 1,374 individu kerana melanggar perintah tersebut di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, 931 orang dikenakan kompaun sebanyak RM1,000, 418 pula direman sementara baki 25 individu dijamin polis.

Tangkapan itu dibuat selepas PDRM bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat pemeriksaan terhadap 546,553 kenderaan.

Selain itu, sebanyak 49,394 pemeriksaan mengejut diadakan di seluruh negara melibatkan 6,702 premis.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, bermula esok tiada lagi kompaun, sebaliknya pihak berkuasa akan menahan individu ingkar terus dihadapkan ke mahkamah untuk dituduh.

“Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP adalah sebanyak 9,090 individu dan jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan 4,036.

“Bagi PKP-3 yang akan bermula esok, PDRM tidak akan lagi mengeluarkan kompaun bagi kesalahan sama,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) membuka kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu.

“Sebanyak 217 kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu Koronavirus (Covid-19). 162 masih dalam siasatan, 23 dituduh di mahkamah dan empat orang mengaku salah.

“Saya ingin memberi peringatan kepada mereka yang memuat naik berita palsu dan memadam postingnya selepas tular, pihak berkuasa tetap akan ambil tindakan,” tegasnya.

Terdahulu portal Harian Metro melaporkan, PKP kemungkinan besar akan diteruskan hingga Jun jika masih lagi ramai individu degil.

Hal demikian dinyatakan Ketua Polis Nergara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang memberi amaran jika kes jangkitan Covid-19 meningkat.

[BACA] Padam posting berita palsu pun tetap polis ambil tindakan — Suara Merdeka
[BACA] Tak sangka ada manusia hidup begini, ya Allah maafkan kami – Ebit Lew — Suara Merdeka
Malah, beliau turut menegaskan tiada kelonggaran diberikan walaupun PKP akan memasuki fasa ketiga esok. – SM

Label:

ASEAN Harus Susun Protokol Kesehatan untuk Perlindungan Pekerja Migran dan Pengungsi


JAKARTA, suaramerdeka.com - Sepuluh kepala pemerintahan ASEAN menggelar Konferensi Tingkat Tinggi Khusus ASEAN tentang Penanganan COVID-19. Langkah ini diambil setelah seluruh kawasan Asia Tenggara ini tidak luput dari penyebaran wabah COVID-19 dan mempengaruhi gerak ekonomi-politik dan sosial budaya kawasan ini.

Dalam KTT Khusus yang digelar secara online dan diketuai oleh Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc ini menghasilkan Deklarasi yang disepakati bersama. Deklarasi itu bertajuk “Declaration of the Special ASEAN Summit on Coronavirus Disease 2019 (COVID-19)” (https://asean.org/declaration-special-asean-summit-coronavirus-disease-2019-covid-19/).

Migrant Care memberi apresiasi kepada ASEAN yang telah mengambil langkah regional untuk mengatasi pandemic ini. Ini sejalan dengan rekomendasi berbagai organisasi internasional yang mendorong adanya kerjasama regional dan multilateral karena tak bisa hanya ditangani satu negara. Namun demikian dari pembacaan cermat atas deklarasi ini, substansi yang ada masih dalam kerangka kerjasama ASEAN yang normatif, lebih menekankan pada pendekatan tata kelola medical.

Pendekatan ini tentu penting dan berguna, namun seharusnya ASEAN juga perlu membahas persoalan mobilitas manusia, seperti migrasi dan pengungsi, yang hingga saat ini menjadi persoalan serius di ASEAN. Kelompok ini merupakan kelompok yang rentan terpapar pandemic COVID-19. Sayang sekali ASEAN melupakan ini," kata Direktur Eksekutif Mkgranr Care, Wahyu Susilo, di Jakarta, Selasa (14/4) malam.


Ia menambahkan harus diakui situasi kerentanan pekerja migran di Malaysia dalam penerapan Movement Control Order serta kondisi memprihatinkan para pengungsi Rohingya di perbatasan Myanmar-Bangladesh serta di berbagai negara ASEAN membuat mereka menjadi sasaran empuk penularan Covid-19.

Migrant Care mendesak ASEAN untuk menyusun dan menerapkan Protokol Kesehatan untuk Perlindungan Pekerja Migran dan Pengungsi Di Kawasan ASEAN untuk memastikan agar dalam situasi apapun pekerja migran dan pengungsi juga menjadi bagian tak terpisahkan dari upaya pencegahan penularan Covid-19. Protokol ini mensyaratkan pendekatan hak asasi manusia, gender sensitive dan bersifat non-diskriminatif.

Label:

Jururawat Ditampar Tegur Lelaki Supaya Pakai Penutup Hidung Dan Mulut


INDONESIA: Berang ditegur tidak memakai penutup mulut dan hidung, seorang lelaki di Jawa Tengah menampar jururawat.

Selain itu, lelaki berusia 43 tahun itu juga membuat ugutan bunuh terhadap mangsa.

Bagaimanapun, tindakannya hanya mengundang padah apabila dia ditahan polis susulan laporan yang dibuat jururawat berkenaan.

Portal Kompas melaporkan kejadian berlaku di Klinik Pratama Dwi Puspita ketika lelaki terbabit membawa anaknya bagi mendapatkan rawatan.

Ketika membuat pendaftaran, seorang jururawat berusia 30 tahun mengingatkan lelaki itu supaya memakai penutup mulut dan hidung.

Jururawat itu menjelaskan semua pesakit dan keluarga mereka harus memakai alat perlindungan itu bagi mengelak jangkitan Covid-19.

Malah, jururawat itu juga memberitahu doktor tidak melayan pesakit mahupun keluarganya yang tidak memakai penutup mulut dan hidung.

Ia menyebabkan lelaki itu marah lalu menampar jururawat berkenaan.

“Selepas menampar saya, dia mengancam dengan berkata ‘jaga kalau jumpa di jalan dia mahu bunuh atau penggal kepala saya’,” kata jururawat itu.

Kes itu kini dalam siasatan pihak berkuasa. – Agensi

Label:

Bawa Dadah Ke Balai Polis Merayu Supaya Ditahan Kerana Kelaparan


BANGKOK: Seorang lelaki bertindak nekad masuk ke dalam balai polis di Phuket pada Sabtu sambil membawa sebiji pil methamphetamine, merayu supaya ditahan kerana kelaparan.

Timbalan Ketua Balai Polis Wichit, Lt Kol Thammasant Boonsong, berkata bahawa beliau dan anggota polis yang lain terkejut apabila lelaki tersebut memasuki balai polis berkenaan sambil menunjukkan pil itu dan merayu supaya mereka menahannya.



Lelaki tersebut memberitahu bahawa dia telah kehilangan pekerjaannya sebagai juruelektrik serta tidak dapat meninggalkan pulau itu untuk tinggal bersama ibunya susulan daripada perintah sekatan pergerakan yang dilaksanakan akibat penularan wabak Covid-19, kata Thammasant.

Lelaki itu juga turut menyatakan bahawa sekiranya dia dipenjarakan, sekurang-kurangnya dia diberi makanan secara tetap, tambah Thammasant.

Pihak polis kini telah dilaporkan menahannya atas dakwaan memiliki dadah dan sedang membuat pemantauan secara rapi kerana gusar bahawa dia mungkin mengalami masalah mental serta bertindak mencederakan dirinya sendiri.

Label:

Selasa, 14 April 2020

Runner terkilan beli barang Datin cuma dibayar upah RM5


Runner terkilan beli barang Datin cuma dibayar upah RM5

Disebabkan sekarang tengah hangat cerita caj runner.. tidak apa cuma renungkan la nasib kami ini..

Untuk itu RM4.10/- cukuplah. Tak perlu bayar lebih. Aku diam dan cuba menenangkan diri. Menolak troli mall itu bukanlah berat tapi amat lambat aku rasa untuk sampai ke motor.

Dari tadi mula mencari cari barang yang dipesan ambik gambar itu dan ini, online WhatsApp untuk pilihan yang mane satu brand yang dimahukan, dan beratur panjang untuk buat bayaran.

Job (personal shopper) nampak macam seronok tapi hakikatnya yang pernah buat saja yang tahu. Patutlah ada yang tak suka pi belanja. Sebelum turun kereta kene berpusing pusing cari car park. Ok siap pack kita ride delivery.

Telephone asik bunyi je. “Awak kat mane dah siap belum?, Jangan tipu saya nanti saya viralkan nama awak!!”.

Sentap aku. Aku ambik gambar barang barang atas motor snap gambar resit dan SEND.. malas nak taip panjang-panjang nanti kerja tak siap.

Perjalanan sejauh 29km pada aku tak lah jauh sangat. Tapi nak lepaskan traffic lights kat simpang bandar ini memang sangat stress. Ada pulak kereta rosak kat simpang lagi lah sesak. Tapi kitakan RUNNER celik jalan je sampai..

“Datin. Semua barang barang datin saya dah siapkan dan resit bayaran dibag plastik depan. Semuanya RM195.90 seperti yang saya WhatsApp tadi.”

“Nah ambik RM200/- baki tu buat upah barang tu kau hantar kat meja dapur”.

Tetiba aku terdiam tak terkata kata note RM50/ x 4 keping itu aku genggam tutup rapat letak barang siap, pakai helmet start motor dan pulang.

Aku habiskan 1 hari punye kerja. Angkat barang beratur panjang dan bayar dahulukan duit aku bawak motor hampir 58/60km buat kerja 3@4 jam dan lepas tolak modal dan baki yang ada CUMA RM4.10 /- itu belum kira duit minyak aku dan setengah hari aku belum makan.

Takpe jom kita pi kedai depan beli gula gula.. hari ini rezeki kau orang anak-anak ya. Ambik ni RM4.10/- beli ice cream dan gula-gula. 4 batang ice cream jer..

“Ayah nie baki duit ayah simpanlah ya nanti ayah nak pi kerja nak isi minyak motor lagi tauu. RM0.10 sen.

Sejak hari itu biar aku yang bagi nilai dan tetapkan harga sebab SETIAP KERJA ITU ADA HARGA YANG PERLU DIBAYAR bukan percuma

Tak kiralah mereka kata mahal dan cekik darah lah tapi kerja aku ada nilai.

“You nak. I boleh buat segala-galanya untuk you tapi sayang ia ada harga yang perlu dibayar bukan percuma.”

Aku seorang Runner dan jalan raya ini adalah pentas hidupku

#RAZAKRUNNERTAWAU

Sumber: Runner Tawau

Label: ,

Isnin, 13 April 2020

Lelaki Ditahan Maki Polis Babi




HEBAT manusia bodoh tidak akan kemana melainkan ke lokap dan penjara

Label: ,

PKP: Tiga lelaki ambil peluang teroka hutan simpan



PADANG TERAP: Seorang lelaki ditahan Jabatan Perhutanan Negeri (JPN) Kedah, ketika sedang  menceroboh Hutan Simpan Kekal Padang Terap di sini, kelmarin.

Namun, dalam serbuan itu dua lagi rakan suspek berjaya meloloskan diri.

Pengarah JPN Kedah, Roslan Rani, berkata lelaki tempatan berusia 26 tahun itu ditahan ketika sedang leka membersihkan hutan di kawasan kompartmen 38 pada jam 4.30 petang.

Katanya, kegiatan tiga lelaki terbabit disedari orang awam yang kemudiannya menyalurkan maklumat kepada pihak jabatan.

“Dua rakannya berusia antara 30-an hingga 40-an sedang menebang pokok dan bertindak melarikan diri ke kawasan semak berhampiran sambil membawa gergaji.

“Mereka dipercayai mengambil kesempatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk melakukan kegiatan terbabit sejak minggu lalu bagi tujuan menanam pokok durian.

“Modus operandi mereka adalah dengan menebang pokok sebelum membakar dan meratakan tanah untuk pertanian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Roslan berkata akibat kegiatan tidak bertanggungjawab itu, kerajaan rugi lebih RM50,000 selepas pokok berkualiti tinggi seperti meranti dan merbau ditebang di kawasan seluas tiga hektar.

Katanya, lelaki terbabit dibawa ke Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan lanjut.

“Turut dirampas tiga motosikal dan empat parang yang digunakan bagi tujuan berkenaan,” katanya.

Label:

Tersasar tembak kera, membunuh rakan sendiri


TEMERLOH:  lelaki maut akibat terkena tembakan dilepaskan rakannya yang menyangka kera yang menceroboh kebun getah dan dusun di Mempateh Lanchang di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa yang juga seorang penoreh getah berusia 57 tahun itu sedang memanjat pokok jeting dalam kebun berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman, berkata berdasarkan maklumat awal, suspek berusia 65 tahun yang berada di kebunnya, terlihat sekumpulan kera di atas pokok durian di tepi pondok di situ.

“Suspek kemudian mengambil senapang patah miliknya dan melepaskan tembakan ke arah kumpulan kera terbabit yang melarikan diri ke atas pokok bidara.

“Sejurus melepaskan satu das tembakan ke arah kera terbabit, saspek mendengar jeritan mangsa menyebabkan dia berlari ke atas bukit yang terletak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian sebelum mendapati mangsa adalah kenalannya.,” katanya di sini, hari ini

“Terkejut dengan kejadian itu, suspek sempat menyambut mangsa yang jatuh dari pokok jering sebelum memapahnya dan dihantar ke klinik berdekatan tetapi meninggal dunia,” katanya.

Mohd Yusri berkata, suspek yang juga seorang pesara, kemudian membuat laporan mengenai kejadian yang berlaku itu di Balai Polis Lanchang.

Menurutnya kes itu disiasat mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat.

Label: ,