Sabtu, 25 April 2020

Mengapa Saya Menggunakan Blog ?


Mengapa saya menggunakan Blog untuk berkongsi rencah berita kepada warganet atau wargamaya?
Mungkin ramai tak tahu atau buat-buat tak tahu atau buat-buat terlupa bahawa blog bukan medium baru malah usia Blog lebih tua dari medium media online popular sekarang.

Apabila teknologi internet mula sampai ke Malaysia, blog sudah wujud. Malah ia digunakan dengan meluas untuk menyampaikan dan berkongsi sesuatu dari sudut atau perspektif peribadi penulis.

Sebenarnya blogger menawarkan sokongan blog ramai pengarang, yang memungkinkan pengguna membuat sebuah Blog untuk kelompok dengan menjemput teman-teman melalui gmail (Email) untuk menjadi penulis atau turut di tutur sebagai penulis tamu.

Sebelum tibanya Facebook, Instagram, atau Twitter ke Malaysia, Blog adalah antara pilihan paling popular bersama dengan MySpace, Friendster mahupun forum online untuk para pengguna internet meluah rasa, berkongsi info dan pelbagai lagi, termasuklah gambar milik mereka.

Pada 23 Ogos 1999, Blogger dilancarkan oleh Pyra Labs, dan menjadi salah satu pelayan penerbitan blog pertama di dunia. Justeru itu, blog mempunyai reputasi cukup lama sebagai medium penyampaian berkesan.

Namun, untuk mengendali sesebuah Blog bukan sesuatu yang mudah, bukan hanya bijak menyusun kata-kata pada tulisan yang hendak dikongsi. Sebaliknya memerlukan kemahiran untuk mengendali atau susun atur untuk blog kelihatan menarik dan kemas.

Tidak hairanlah, jika dikatakan kurang ramai rakyat Malaysia menggemari Blog berbanding facebook, namun untuk membandingkan Blog dan Facebook dua hal yang berbeza walaupun kelihatan tujuan pengguna adalah seperti ada persamaan.

Label: ,

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama