Selasa, 28 April 2020

Kejayaan Pemimpin Bukan Terletak Pada Ukuran Demokrasi


Di abad ini kelihatanya manusia sangat terpengaruh dengan pemikiran demokrasi sehingga ada yang mengukur kejayaan seseorang pemimpin dengan berjaya menang dalam pilihan raya.

Aku bukan ilmuwan duniawi jauh sekali ilmuan ukhrawi, aku hanya aku, dalam aku ada pemilik aku.

Ada juga yang ukur kekuatan pemimpin berdasarkan berapa ramai pengikutnya.

Kadang kakala turut ditutur ulamak itu kuat, Ustaz itu kuat kerana sokongan ramai manusia kepada kerja dakwahnya.

Sejak bila pula Allah lantik aku dan kamu untuk mengukur dan menilai. Sejak bila?.

Yang faham tersenyum, yang tak faham akan menghentam aku, hentamlah selagi kau orang larat.

Jika itu dijadikan kayu ukur, kesianlah mereka yang suka berkebajikan, namun kemampuannya terbatas hanya mampu memberi sebiji tamar.

Kiranya itu aku dan kamu jadikan kayu ukur, dah tentulah Nabi Nuh dikira gagal.

Hampir seribu tahun Nabi Nuh menyeru dakwah kepada umatnya supaya beriman. Menurut beberapa riwayat tak lebih dari 100 orang sahaja yang beriman.

Jika aku dan kamu melihat kejayaan seseorang berdasarkan pengikut dan menang pilihan raya ramailah pemimpin yang gagal pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Kiranya aku dan kamu melihat pada demokrasi semata-mata sebagai ukuran, tentulah Islam sentiasa kalah kerana sebahagian sahaja makhluk di gelar manusia beriman kepada Allah.

Tak percayakah?, sila hayati surah Aali Imran ayat 110.

“Sebahagian mereka sahaja beriman dan kebanyakan manusia itu fasik melanggar perintah Allah”.

Oleh itu ucaplah syukur kepada Allah ketika menerima sedikit atau banyak rezeki .

Ingatlah!, Allah memberi rezeki kepada hamba-Nya melalui tangan-tangan hamba-Nya pula.
-Harian Watan

Label: ,

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama