Ahad, 7 Jun 2020

UMNO tolak sertai PN sebagai badan formal


Mesyuarat Khas UMNO Batu Pahat malam tadi (5.6.20) sebulat suara menolak UMNO menjadi komponan PN jika didaftarkan sebagai badan formal seperti BN atau PH.

Justeru UMNO BP mendesak supaya pemimpin UMNO menjarakkan diri daripada sebarang perbincangan ke arah penubuhan atau pendaftaran PN apatah lagi menandatangani untuk menyertainya.

Mesti konsisten dengan keputusan yang telah dibuat oleh MKT UMNO. UMNO patut fokus memperkukuhkan Muafakat Nasional sebagai gagasan politik baru untuk menghadapi PRU ke 15.

MN lahir melalui satu proses hati nurani politik yang murni ekoran penentangan terhadap ICERD, Statut Rome dan tindak tanduk DAP bila dapat kuasa.

PN sepatutnya hanya kekal sebagai pemudah cara agar kerajaan terus berfungsi demi rakyat sehingga PRU ke 15.



UMNO tidak boleh terperangkap dengan “game plan” PPBM jika UMNO menyertai PN yang didaftarkan.

UMNO BP bimbang UMNO akan terpalit dengan politik “beracun” PPBM akibat persengkitaan berterusan kelompok Tun M dan kelompok Muhyiddin.

UMNO tidak boleh tertipu dengan politik wayang PPBM yang dianggotai oleh ahli Parlimen lompat dari PKR dan UMNO.

Kekuatan PPBM bukan kerana akar umbi tetapi ihsan nyawa dari mereka yang melompat.

Justeru, UMNO perlu kekal dengan sendi sendi politik rakyat yang solid.

Jangan lembik dan terikut ikut dengan game plan musuh.

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama