Wanita bertindak agresif ketika ditahan dalam Op Mabuk
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Supt Azman Shari'at berkata wanita berkenaan merupakan seorang daripada tujuh individu yang ditahan semasa operasi tersebut.
“Enam sekatan jalan raya telah diadakan termasuk di Subang Jaya, Klang dan Ampang dan kesemua suspek di bawa ke balai polis untuk siasatan lanjut,” katanya ketika meninjau SJR di Lebuh Raya Kajang SILK dekat Kuala Lumpur, malam tadi.
Menurutnya, enam lelaki tempatan yang ditahan itu akan disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan manakala wanita tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Label: Kes&Jenayah
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama