Ahad, 7 Jun 2020

PKR akan terkubur di Sarawak


KUCHING: Keputusan Ahli Parlimen Lubok Antu Jugah Muyang keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan petanda parti tersebut bakal terkubur di Sarawak.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (gambar) yang berkata demikian menambah, malah ia menunjukkan petanda baik kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

"Pada pandangan saya ia satu petanda baik kepada GPS dan petanda PKR akan terkubur untuk selamanya di bumi Sarawak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama Abdul Karim yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, Jugah semestinya telah memikirkan perkara itu sedalamnya sebelum membuat keputusan ini.

"Demi masa depan kerjaya beliau dan juga negeri dan negara, keputusan beliau adalah satu keputusan yang bijak tanpa tekanan dan imbuhan.

"Kenyataan beliau memberi sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) dan GPS akan mengukuh kedudukan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang pada masa ini menerima serangan bertubi-tubi dari Pakatan Harapan (PH) yang berusaha mengugat kedudukan beliau," tambahnya.

Malah, beliau berkata, bayangan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mengatakan ada Ahli-ahli Parlimen dari GPS akan melompat ke PH untuk memberi majoriti kepada pakatan itu dan menukar Kerajaan PN ke PH semula amat jauh tersasar.

"Ahli-ahli Parlimen dari Sarawak tidak semudah apa yang difikirkan oleh mereka. Kita bertamadun dan kita tidak mudah digugat.

"Sebaliknya, Tuhan menunjukan bahawa niat baik kita terus ditunjuk dengan Ahli Parlimen PH dari Swak pulak menyeberangi untuk bersama-sama dengan kita," tegasnya.

Selain itu, Abdul Karim berkata, GPS menerima baik sokongan Jugah dan percaya rakyat Lubok Antu akan memdapat manfaat dengan keputusan tersebut.

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama