Penoreh Getah Rugi RM141,590 Diperdaya 'Macau Scam'
TEMERLOH: Seorang penoreh getah kerugian RM141,590 selepas diperdaya sindiket 'Macau Scam' yang menggunakan taktik kononnya mangsa terbabit sindiket perjudian dalam talian.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman, berkata kejadian bermula pada 27 April lalu apabila lelaki berusia 59 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang mendakwa talian internet mangsa digunakan untuk tujuan perjuaidan dalam talian.
Katanya, selepas memaklumkan talian internet mangsa akan dipotong, panggilan itu kemudian disambungkan kepada individu yang kononnya pegawai polis.
Beliau berkata, suspek kemudian menghantar mesej melalui WhatsApp kepada mangsa memaklumkan namanya akan disenarai hitam kerana terbabit perjudian online.
"Mangsa kemudian diminta memindahkan semua wang di dalam akaun miliknya ke dalam satu akaun, selain diarah menyerahkan nombor kod pengesahan transaksi (TAC) kepada suspek.
"Pada 12 Mei lalu, mangsa yang membuat semakan akaun bank mendapati pindahan wang berjumlah RM141,590 dilakukan dari akun miliknya itu ke empat akaun berbeza membabitkan 16 transaksi," katanya hari ini.
Mohd Yusri menasihatkan orang ramai tidak mendedahkan sebarang maklumat peribadi atau maklumat perbankan kepada pihak ketiga.
"Jangan melayan panggilan telefon daripada individu tidak dikenal pasti dan buat semakan secara bersemuka dengan pihak dinyatakan seperti mahkamah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengelak menjadi mangsa sindiket," katanya.

Label: Panas
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama