Polis Tahan Teman Lelaki Ibu Campak Bayi
“Siasatan awal mendapati remaja lelaki yang bekerja sebagai pembantu kedai itu mengaku mengenali remaja perempuan berkenaan. Dia berasal dari Kampung Padang Bekuai, Pengkalan Hulu di Perak dan kini menetap di Bayan Lepas,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata ujian air kencing yang dijalankan mendapati remaja lelaki itu negatif dadah dan dia juga tiada rekod jenayah lampau.
Siasatan lanjut akan dijalankan dan remaja lelaki itu direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 317 Kanun Keseksaan, katanya.
Dalam kejadian pada Rabu itu, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun ditahan selepas dipercayai mencampak bayi yang baru lahir dari sebuah unit kediaman di tingkat empat sebuah flat di Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Baru dekat sini.
Bayi perempuan yang cukup sifat dan masih hidup itu ditemui dalam beg di belakang flat itu dalam keadaan berdarah oleh penghuni flat selepas terdengar bunyi dentuman kuat di luar rumah dalam kejadian pukul 8.00 pagi.
Selain kecederaan pada otak, bayi malang yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang itu turut dilaporkan mengalami retak tempurung kepala dan kecederaan pada hati serta perlu dirujuk kepada doktor pakar untuk pemeriksaan lanjut. ― Bernama
Label: Kes&Jenayah
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama