Khamis, 14 Mei 2020

Apakah Ungkapan "Khianat Mandat Rakyat", "Tidak Iktiraf Kerajaan PN" modal kempen PRK Chini?


Sejak akhir-akhir ini KENCANG sekali lemparan KHIANAT MANDAT RAKYAT, Tidak MENGINTIRAF KERAJAAN Pakatan Nasional (PN) oleh pemimpin dari Pakatan Harapan (PH).
Apakah  itu sebagai permulaan kampen PRK DUN Chini yang akan diadakan.

Carilah cara lain dengan menginsafi atau mengambil faham bahawa hati manusia selalu berubah. Maknanya sokongan rakyat kepada mana-mana parti politik bukanya kekal, buktinya Barisan Nasional (BN) juga tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Secara jujurnya, lihat sahaja kepada beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) semasa PH memerintah. Jika berkokok biarlah taji di kaki tajam, jika mahu diumpam seperti kempen PRU ke-14 tolong fikir berulang kali.

Kalau macam tulah caranya, rasanya lebih baik pemikir politik PH belajar strategi memasang jerat Ayam Hutan.

Label: ,

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama