Khamis, 14 Mei 2020

Asal Lompat Parti Tuduh Sebagai Pengkhianat, Gesa Letak Jawatan


Gesaan naib presiden PKR Chang Lih Kang , agar dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah yang keluar parti dan menyokong Perikatan Nasional (PN) agar meletakkan jawatan mengundang rasa lucu orang ramai dan penulis blog politik.

Apa tidaknya, setiap kali ada Adun atau Ahli Parlimen (AP) keluar parti akan ada gesaan agar Adun dan AP terbabit letak jawatan atau dituduh pengkhianat amanah rakyat.

Ia tidak sahaja berlaku kepada PKR, Barisan Nasional (BN) juga 2x5, episode gesaan letak jawatan setiap kali lompat parti tiada garisan penamat selagi dunia belum kiamat.

Kalau dari BN, PAS, lompat menyertai PKR pasti Chang Lih Kang tidak akan gesa letak jawatan malah jauh sekali untuk chop sebagai pengkhianat amanah rakyat, malah padang bola ditadah sebagai pengganti nyiru.

Tindakan Adun Lunas Azman Nasrudin dan Adun Sidam Dr Robert Ling Kui Ee lari meninggalkan parti bukanlah pekara pelik, begitu juga dengan tuduhan sebagai pengkhianat amanah rakyat.

Asal keluar parti… gesa letak jawatan,… tuduh pengkhianat amanah rakyat.. Dalam parti Bersatu berapa ramai pengkhianat amanah rakyat.

-Harian Watan

Label: ,

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama