'Final Piala Thomas Bukan Mustahil'
Katanya, dengan persiapan yang rapi, ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan dan peluang ke final sentiasa ada.
"Bagi saya memang kalau boleh mahu mara sehingga ke final.
"Namun, berdasarkan situasi semasa yang mana sudah dua bulan tidak menjalani latihan (susulan pandemik COVID-19), ia pastinya akan memberikan cabaran kepada kami untuk buat persiapan.
"Sebaik dibenarkan untuk kembali berlatih, fokus utama sudah pasti bagi mendapatkan rentak permainan semula. Saya percaya kami masih ada masa untuk buat persiapan terbaik," kata Aaron yang bergandingan bersama Soh Wooi Yik.
Selepas dua bulan latihan terpaksa ditangguhkan, Persatuan Badminton Malaysia menjangkakan pemain akan kembali berlatih di Akademi Badminton Malaysia (ABM) secara berperingkat bermula 1 Jun ini.
Peringkat pertama adalah membabitkan pemain yang berada di bawah program Road to Tokyo (RTT) manakala persiapan ke Piala Thomas/Uber dijangka bermula pada Julai.
BAM turut membuka pintu buat pemain profesional untuk disenaraikan dalam skuad Piala Thomas dan sekiranya terpilih mereka akan dijemput berlatih di ABM bermula pertengahan Julai.
Malaysia mara ke pusingan akhir Piala Thomas secara merit selepas mencipta kejutan mara ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Manila, Filipina, Februari lalu.
Skuad negara yang ketika itu dibarisi rata-rata pemain muda termasuk pasangan profesional, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin tewas di tangan Indonesia 1-3 dalam aksi final.
"Saya memang bersetuju dengan keputusan BAM menjemput pemain profesional berlatih bersama. Dulu pun kami dalam satu pasukan dan berlatih bersama dengan Ee Yi-Yew Sin dan Goh V Shem-Tan Wee Kiong.
"Memang bagus jika mereka dapat sertai latihan bersama dan ini akan memberikan kami rakan sepelatih yang lebih berpengalaman," kata Aaron.
Label: Sukan
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama