Rabu, 13 Mei 2020

Kurta Ebit Lew Laris


KUALA LUMPUR, 13 Mei — Baju kurta Sapoor keluaran butik Elews Design mendapat permintaan tinggi sehingga pemiliknya terpaksa meningkatkan pengeluaran baharu.

Pendakwah bebas, Ebit Lew yang merupakan pemilik butik berkenaan berkata, sambutan memberangsangkan itu adalah di luar jangka selain mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang menyokong perniagaannya.

“10 ribu helai kurta @elews_design dah siap. Sekejap sahaja habis baru ini. Terima kasih sokongan dan doa. Baru tambah stok. Syukur,” katanya di Instagram.

Kesemua jubah keluaran Elews Design dijual pada harga RM50 sehingga RM100.

Rata-rata pelanggannya memberi maklum balas memuaskan sambil memuji usaha Ebit yang menggunakan wang hasil perniagaan untuk membantu golongan memerlukan.


Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama