ADUN Kuah Belum Menandatangani SD
Kenyataan Firdaus Ahmad sekaligus menafikan dakwaan PAS Kedah kelmarin bahawa 23 SD sudah dihantar ke istana, lapor Malaysiakini.
Wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata keputusan untuk menandatangani SD akan dibuat selepas bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya petang ini.
“Saya belum tandatangan (SD) lagi. Saya akan bertemu Tun Mahathir dahulu untuk mendengar nasihat dan restu beliau.
“Selepas perjumpaan dengan Tun petang ini, baru saya putuskan,” katanya seperti dilapor.
DUN Kuah, selain Ayer Hangat, terletak di bawah kawasan Parlimen Langkawi yang disandang Dr Mahathir.
Semalam exco negeri itu menyatakan sokongan terhadap kepimpinan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Turut mengakuinya Adun Ayer Hangat Juhairi Bulat yang mahu menunjukkan akur dengan dengan pemimpin parti di peringkat pusat.
Label: Politik
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama