Jumaat, 15 Mei 2020

Untuk Menghentikan Getaran Jantung MN Sokong Muhyiddin


Apa jadahnya Maufakat Nasional (MN) menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin jika MN boleh pasang calon untuk lawan calon Bersatu blok Muhyiddin pada PRU ke-15.

Kenyataan dua Setiausaha Agung MN (UMNO dan PAS) Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan seolah-olah untuk menghenti getaran jantung Muhyiddin apabila ada usaha undi tidak percaya akan di kemukakan oleh pembangkang.

Walaupun keputusan dibuat MN selari dengan keputusan mesyuarat yang dihadiri oleh kedua-dua Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan Setiausaha Agung kedua-dua parti ia tiada jaminan pada Pilihan Raya Umum ke-15 kerusi yang di wakili Bersatu blok Muhyiddin tidak di tentang calon dari MN.

Seperti diketahui umum, persefahaman UMNO dengan PN lebih kepada persefahaman untuk membentuk kerajaan dan mentadbir Malaysia kerana kegagalan Pakatan Harapan (PH) dan tidak lebih dari itu. PN juga bukan sebuah entiti politik berdaftar seperti Barisan Nasional (BN).

Berbeza kerjasama politik UMNO dan PAS yang dikenali sebagai Maufakat Nasional (MN), kerana MN dibentuk oleh dua parti politik (UMNO dan PAS) melalui pelbagai proses , termasuk dibincangkan di Perhimpunan Agung sebelum Piagam tersebut dimeterai.

Sebelum tumbangnya PH, PAS terlebih dahulu menyokong penuh kepimpinan Dr Mahathir, sokongan kemudiannya disusuli UMNO. Akhirnya sokongan beralih kepada Muhyiddin.

Oleh itu sokongan MN kepada kepimpinan Muhyiddin lebih kepada untuk mempertahankan kerajaan hari ini supaya tidak tumbang sebelum PRU ke-15. Pada PRU ke-15 kerajaan yang dipimpin Muhyiddin tidak lagi terjamin seperti hari ini, ada lebih keyakinan jika PN ada piagam sebagaimana MN.

Rakyat sedang berkata sokongan MN kepada kepimpinan Muhyiddin hanya untuk menghentikan getaran jantung Muhyiddin.- Harian Watan,

Artikel ini hanya pendapat peribadi tidak mewakili mana-mana pihak


Label: ,

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama