Selasa, 2 Jun 2020

PH Melahirkan Orang Politik Tidak Cerdik


Semakin hari semakin ramai orang politik tidak cerdik lahir dimuka bumi Malaysia, wal hal kecanggihan teknologi semakin kedepan.

Penghulu anak siapa dilaporkan perleceh pemberian duit raya RM300 oleh kerajaan tebuk atap kepada peneroka Felda.

Pemberian duit raya itu dikatakan tidak mampu meringankan beban peneroka Felda. Mungkin bagi penghulu anak siapa RM30 E-Tunai pemberian zaman kerajaan Pasukan Hutang yang juga pakar jual asset negara telah melahirkan ramai jutawan Felda.

Pengerusi anak siapa pasti tahu dengan janji manifesto serta janji-janji yang ditabur semasa berkempen di kawasan Felda sebelum PRU14 lalu untuk menghapuskan hutang peneroka.

Apabila rakyat tuntut semasa memerintah, menteri Pasukan Hutang boleh pula konar dengan memetik prinsip dan teras dalam Islam, bahawa hutang wajib dibayar dan pinjaman-pinjaman itu merupakan persetujuan antara kedua-dua belah pihak iaitu peminjam serta orang yang meminjam.-Harian Watan


Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama