Suara Pak Menteri Keras Bila Berlaku Kemalangan Akibat Dari Mabuk Arak
Dengan membekukan lesen baharu penjualan arak tidak sama sekali dapat mengurangkan walaupun setitis arak selagi ada pengeluar malah bekalan arak juga tidak berkurangan di pasaran.
Boleh bersetuju dengan cadangan Anwar supaya lesen premis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap kedai-kedai menjual alkohol diperketatkan.
Di sebalik perketatkan lesen premis yang dikeluarkan tidak membawa maksud apa-apa, kerana arak tetap dijual malah kemalangan jalan raya melibatkan pemandu mabuk akan terus berlaku.
Dimana kewajaran jika arak tetap dijual dibumi Malaysia ini?. Istilah untuk mengurangkan berlaku kemalangan kerana mabuk arak tidak akan terjawab sampai bila-bila selagi pemerintah tidak mengambil langkah menutup kilang pengeluaran dan tidak mengeluarkan lesen kepada mana-mana pihak.
Setiap kali berlaku kemalangan dan kematian akibat dari pemandu mabuk, makanya, pak menteri akan bersuara, apakah suara itu hanya sekadar tunjuk simpati kepada mangsa dan keluarga mangsa.
Umumnya rakyat mahu kerajaan wujudkan satu undang-undang yang digeruni supaya mangsa dan keluarga mangsa dilihat lebih terbela kerana penderitan tidak serendah RM3,000.
Suara pak menteri semakin hari semakin keras berkaitan isu kemalangan akibat dari mabuk arak, Tapi sayang kerasnya hanya seperti kerak nasi. - Harian Watan
Artikel ini merupakan pandangan penulis tidak mewakili mana-mana pihak
Label: Pena Pengarang
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama