Isnin, 4 Mei 2020

Thailand Rampas Peralatan Perubatan Bernilai RM659,899


BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand merampas peralatan perubatan bernilai lima juta baht (RM659,899) dalam satu serbuan, semalam, dan menahan seorang suspek.

Agensi berita Xinhua melaporkan, operasi itu membabitkan Jabatan Siasatan Khas (DSI), polis, Jabatan Perdagangan Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan, serta Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA).

Pasukan terbabit melakukan serbuan ke atas sebuah bangunan dua tingkat sebelum menemui peralatan perubatan disenaraikan bawah barangan kawalan harga.

Antara barangan dirampas ialah penutup hidung dan mulut, sanitasi tangan serta peralatan perlindungan diri (PPE), kata DSI pada satu sidang media di Bangkok.

Susulan penularan COVID-19, kerajaan Thailand menyenaraikan penutup hidung dan mulut serta sanitasi tangan sebagai barangan kawalan harga sejak Februari lalu.

Menurut Jabatan Perdagangan Dalam Negeri, sejak wabak melanda, beberapa produk perubatan didapati tidak memenuhi peraturan Akta Peranti Perubatan dan Akta Kosmetik. – BERNAMA

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama