Ahad, 3 Mei 2020

COVID-19: Laksana PKPB kerajaan Perlu Dengar Keluhan Rakyat

Kerajaan perlu pertimbang keluhan rakyat berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang boleh dilihat dilaman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan (KKM) jika benar kerajaan yang dipimping Tan Seri Muhyiddin Yassin sayang rakyat.

Walaupun masih ramai dirawat, kes baru pula masih berlaku Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pula dilaksanakan.

Tiada yang mustahil kes baru akan membengkak apabila kelonggaran PKP dilaksanakan. Virus tidak takut kepada surat kebenaran perjalanan merentas sempadan apa lagi dengan sikap sebahagian rakyat seperti ‘SAKAI BATU’.

Andainya gelombang ketiga berlaku mungkin kerajaan terpaksa kenakan perintah berkurung (lockdown) untuk membendung penularan , adalah elok jika biar betul-betul selesai manakala boder Negara terus ditutup sehingga keadaan benar-benar diyakini selamat.

Rakyat tidak mahu kebebasan tersekat selama bertahun-tahun sebab itu kerajaan perlu pertimbang keluhan penduduk Negara bukan dengan mengambil contoh Negara lain yang terendah jangkitan virus dan kematian sebagai ukuran untuk melonggarkan PKP dengan bersyarat.

Rakyat hanya minta kerajaan menimbangkan semula keputusan pelaksanaan PKPB yang pada anggapan mereka sebagai "tidak wajar dan terburu-buru" itu sahaja, takkan kerajaan tidak faham.

Kebimbangan rakyat ada benarnya, kerana melihat kepada negara yang menghentikan perintah berkurung terlalu awal seperti Jepun sehingga menyebabkan COVID-19 kembali mengganas dan darurat kecemasan diisytiharkan.

Apakah dengan adanya ada satu dan dua Negara tidak tinggi jangkitan dan kematian kerajaan langsung tidak melihat kepada ratusan buah Negara lagi sebagai kayu ukur sebelum buat  keputusan?.

Pengerusi Pertubuhan Perubatan Hokkaido, Dr Kiyoshi Nagase, berkata beliau menyesal kerana perintah berkurung ditamatkan terlalu awal di wilayah dengan 5.3 juta penduduk itu.(sila rujuk sini)

Namun penyesalan itu tidak berguna sama sekali kerana kes yang meningkat secara mendadak setelah perintah berkurung ditamatkan bukannya boleh sembuh dalam beberapa saat.

Kiranya berlaku di Malaysia sebagaimana berlaku di Hokkaido kerajaan akan di persalahkan oleh rakyat, takkan kerajaan pula akan salahkan rakyat.

Memang betul kelonggaran PKP negera ini berbeza dengan Negara lain, namun satu pesakit yang positif Covid-19 boleh menjangkiti 37 yang lain juga betul lagi benar terbukti. (sila Rujuk disini)

Semoga satu hari nanti dunia mampu memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19.

Label: ,

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama