Isnin, 4 Mei 2020

Covid-19: Obesiti dan Perokok Golongan Berisiko


Golongan obesiti dan perokok merupakan kumpulan yang berdepan risiko kematian sekiranya mereka dijangkiti Covid-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kumpulan ini didapati bukan sahaja akan mendapat radang paru-paru, tetapi kepekatan darah juga akan meningkat.

“Virus itu juga boleh merosakkan dinding saluran darah yang halus, jadi jika saluran ini rosak dinding akan berlaku thrombosis, iaitu pembekuan darah dalam pembuluh atau jantung. Bagi pesakit obesiti pula, pengaliran darah lebih perlahan. Sekiranya ketiga-tiga ini berlaku boleh menyebabkan darah beku dan akan berlaku komplikasi.

“Kalau darah beku berlaku di jantung, pesakit akan mendapat penyakit jantung, kalau di otak akan diserang angin ahmar,” katanya.

Beliau berkata demikian menjelaskan antara hasil siasatan Jawatankuasa Khas Audit Kematian Covid-19 yang ditubuhkan sejak akhir Mac lalu.

“Individu yang disahkan positif Covid-19 dan mempunyai rekod penyakit tidak berjangkit (NCD) berdepan risiko komplikasi kesihatan yang lebih dahsyat malah membawa maut sekiranya tidak mendapatkan rawatan secepat mungkin.

Golongan berisiko seperti obesiti dan perokok perlu berhati-hati dengan tidak keluar tanpa ada tujuan demi keselamatan keluarga kerana virus Covid mudah berjangkit.
-Harian Watan

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama