Sabarlah!, Insya Allah Ahli Parlimen Boleh Berbahas Sampai Waktu Subuh
Sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa mencintai kedamaian
dan kerharmonian yang terhasil dari pelbagai kaum di negara ini tidak salah
jika penulis berpandangan berkaitan persidangan Parlimen 18 Mei ini.
Ada melihat dari sudut perundangan bahawa persidangan tanpa
perbahasan boleh di cabar di mahkamah. Itu bagi mahir undang-undang.
Dari sudut situasi semasa Negara yang di hujani wabak
Covid-19 rasanya perlu diambil kira beberapa aspek lain.
Umumnya tahu pembentukan kerajaan Pakatan Nasional (PN) seiring
virus melanda Negara, iaitu virus Corona.
Usia kerajaan PN baharu melepasi lapan minggu dan sudah
tentu dalam kedaan negera seperti hari ini masih ramai lagi menteri-menteri
yang belum mendapat taklimat dari semua jabatan.
Penulis yakin dalam keadaan Negara sekarang umum tahu menteri tidak boleh
bertugas sepenuh masa.
Sekiranya pandangan penulis adalah benar, bagaimana
menteri-menteri mahu menjawab soalan yang diajukan pembangkang?. Sabarlah,…
Insya Allah kesemua ahli Parlimen boleh berbahas sampai ke subuh pada
waktu lain.
Penulis juga berpandangan, jika pembangkang berusaha cabar
di mahkamah, ia satu kerugian besar kerana isu ini tidak menaikan populariti pada
pandangan rakyat.- Harian Watan
-Artikel ini hanya pandangan penulis semata-mata tidak
mewakili mana-mana pihak-
Label: Panas, Pena Pengarang
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama