Jumaat, 8 Mei 2020

Anwar Ibrahim Umpama Bintang Yang Ingin Menerangi Gerhana Bulan


Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang Baharu umpama bintang yang ingin menerangi gerhana bulan,  tapi tidak mengapa asalkan beliau bahagia dengan keluarga politiknya.

Pemimpin parti dan penyokong dari Pakatan Nasional tidak perlu peril Anwar yang gagal menduduki jawatan perdana menteri sejak puluhan tahun kerana ia sudah ditentukan Allah sejak azali.

Anwar sendiri tidak perlu cari simpati rakyat dengan isu-isu yang akan di tertawa rakyat seperti Pajak Gadai yang kononya nak tunjuk kesian.

Anwar kena cari strategi lain kerana PRU-15 tidak seperti ketika Najib Razak di fitnah dengan isu 1MDB, walaupun Berjaya menumbangkan BN ketika itu. Tapi kini rakyat sedar mereka tertipu pada PRU-14.

Anwar juga perlu ambil tahu kenyataan politik pemimpin PH ketika mentadbir Negara, kenyataan Negara tiada wang kerana disamun, di rompak dan sebagainya hanyalah untuk mengekalkan jawatan. Tetapi gagal kerana dihancurkan oleh Mahathir yang tersilap langkah kerana percaya semua parti akan sokong beliau kekal PM.

Setelah tumbang, kerajaan yang dipimpin Muhyiddin mampu mengeluarkan ratusan billion untuk tangani permasalahan semasa Covid-19.

Kalau wang tak ada seperti didakwa, mana datangnya ratusan billion itu?. Dan kini dakwan Negara tak der duit mula dipersoalkan. Sehingga ada yang percaya yang alasan Negara tak der duit hanyalah satu muslihat untuk jual aset Negara kononya nak bayar hutang.

Jadinya, Anwar sebagai ketua pembangkang perlu cari cara lain untuk dapat simpati rakyat, kalau dengan cara lama, rakyat akan ketawakan Pakatan Harapan.

Anwar hanya cahaya dihujung terowong yang belum pasti menerangi diseluruh gua yang di diami parti dalam Pakatan Harapan.

Label: ,

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama