Khamis, 7 Mei 2020

Panjat Gunung Cari Talian Internet Untuk Belajar


Tindakkan beberapa pelajar mendaki gunung mencari talian internet bagi mengikuti kelas pembelajaran dalam talian merupakan usaha jitu sesuai dengan tuntutan mencari ilmu.

Menurut laporan Tribun News, oleh kerana tiada akses internet 21 orang pelajar dari daerah Istimewa Yogyakarta mengerah tenaga mendaki gunung Temulawak untuk mencari talian internet bagi mengikuti kelas dalam talian untuk tugasan sekolah, universiti yang di berikan oleh tenaga pengajar mereka.

Menurut pengakuan seorang pelajar, Alodia Daffa Sinanta, pelajar di sebuah sekolah di kampung Dusun Petir B, Desa Petir,” saya terpaksa bawa buku untuk mendaki gunung, memang letih apatah lagi kini sedang berpuasa.

Ketua kampong yang juga bapa kepada Alodia, Warisna dilaporkan berkata, sejak penularan wabak koronavirus (Covid-19), pihak sekolah dan universiti menerapkan pembelajaran di rumah.

"Mereka perlu belajar secara online. Ini membuatkan 21 pelajar terpaksa mendaki gunung Temulawak setiap kali guru memberi tugasan.

"Anak-anak menaiki Gunung Temulawak yang cukup tinggi. Terletak di sebelah selatan Dusun," katanya.

Katanya, Alodia terpaksa menempuh perjalanan sekitar 250 meter untuk tiba di kaki gunung sejak sebulan lalu.
"Mereka akan berkumpul dulu sebelum mendaki bersama," ujarnya.

"Anak-anak menaiki Gunung Temulawak yang cukup tinggi. Terletak di sebelah selatan Dusun," katanya.

Katanya, Alodia terpaksa menempuh perjalanan sekitar 250 meter untuk tiba di kaki gunung sejak sebulan lalu.

"Mereka akan berkumpul dulu sebelum mendaki bersama," ujarnya.

Kesungguhan para pelajar di daerah Istimewa Yogyakarta Indonesia  patutut dicontohi oleh para pelajar dari Malaysia sebagai usaha positif untuk masa depan mereka.

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama