Janda Bukan Babi Yang Selalu Dihina Masyarakat
Kita manusia bukan tuhan untuk menghukum dan meletakkan wanita kematian suami dalam golongan lebih mulia dari yang bercerai hidup.
Dah kebiasaan orang-orang bodoh memandang janda kematian suami lebih mulia dari janda bercerian sewaktu suaminya hidup.
Orang bodoh juga yang menimbulkan pelbagai persoalan yang tidak menyenangkan golongan janda sehingga terasa dihina oleh masyarakat.
Aku bukan pembela golongan janda, tetapi janda juga manusia yang perlu diberi sokongan oleh masyarakat supaya golongan janda tidak merasakan mereka dianggap golongan paling hina, paling jahat, paling tidak berguna dan paling tidak ada harga diri.
Manusia yang berlagak seperti tuhan sepatutnya ingat, apabila berkahwin nanti anak yang dilahirkan bukannya anak lembu atau babi, mingikut kebiasanya bersifat manusia dengan jentina lelaki dan perempuan.
Wahai orang bodoh!, kau boleh jamin anak perempuan kamu tidak akan jadi janda?. Disaat anak kau janda janganlah marah-marah jika dicemuh, dihina kerana kau orang juga sibuk mengambil tahu hal yang tidak berfaedah.
Wahai orang yang bodoh, kau ingat kau tahu apa yang berlaku disebalik langsir kehidupan berumah tangga orang lain?
Kalau ada pencerian berlaka dikalangan tentangga, sering aku dengar kata-kata,’’ "itulah, tak pandai jaga laki, dah kena cerai. Itulah, garang sangat, mana tak kena cerai." ,,, Kepala hotak hang…
Sedarlah sikit, bab jodoh, mati, rezeki, syurga, neraka dan segala yang ada di bumi ini semuanya urusan Tuhan, manusia diperintah ikut segala larangan dan suruhan-Nya.
Ada seorang wanita yang aku kenali, dia terpaksa sorok status janda sebab tak mahu dihina, dipandang serong oleh masyarakat.
Bersabarlah wahai janda selagi kamu mampu, sebab sabar itu indah tetapi jangan sampai sabar itu memakan diri sehingga tersentuh dosa…
Label: Pena Pengarang
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama