Kematian Akibat COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) Terus Meningkat
Bagaimanapun ia adalah jumlah korban terendah direkodkan sepanjang bulan ini.
Menurut John Hopkins University, ia menjadikan angka keseluruhan kes COVID-19 di negara itu melebihi 1.17 juta, setakat jam 8.30 malam semalam, dengan 68,689 kematian.
Presiden AS, Donald Trump berkata, senario coronavirus di negara itu dianggap mencapai detik terburuk sekiranya ia mencatatkan 100,000 kematian.
Mengikut beberapa model saintifik, kemungkinan besar Amerika Syarikat bakal melepasi angka itu seawal bulan depan.
Kenyataan sama turut dikeluarkan oleh Rumah Putih yang menganggarkan 100,000 hingga 240,000 warga Amerika Syarikat akan menjadi korban susulan COVID-19. – AFP
Label: Antarabangsa
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama