Anak Zahid Hamidi Kena Denda Langgar PKP
Keputusan itu dibuat selepas Datuk Nurul Hidayah dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Shah Wira Abdul Halim.
Tertuduh didakwa di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 kerana melakukan pergerakan tanpa kebenaran.
Terdahulu, Nurul Hidayah, 41, memuat naik beberapa gambar di Instagram ketika beliau dan suaminya bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad di pejabat masing-masing.
Perkara itu mendapat kecaman netizen yang mendakwa Nurul Hidayah dan suaminya tidak mematuhi PKP dan seolah-olah menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai anak tokoh politik untuk membolehkannya berbuat demikian.
Walaupun foto dimuat naik Nurul Hidayah menunjukkan ada penjarakkan sosial namun netizen tetap mengkritik tindakan itu selain menuduhnya sebagai 'kebal' di sisi undang-undang.
Label: Kes&Jenayah
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama