PKPB Wakil Rakyat Pula Di Persoalkan Rakyat
Menerusi sebuah foto, kelihatan orang ramai berpusu-pusu memasuki sebuah restoran dipercayai terletak di Bangsar, Kuala Lumpur.
Seorang pengguna media sosial bagaimapun bukan sahaja mengkritik orang ramai 'menyerbu' restoran berkenaan, malah mempersoalkan peranan dimainkan ahli parlimen kawasan itu.
“Wakil rakyat dia mana? Fahmi Fadzil memekak di Twitter saja. Tengok kalut dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Semalam, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil membuat satu undian di Twitter bertanyakan kepada orang ramai sama ada apakah wajar PKPB dilaksanakan bermula hari ini.
Menerusi undian itu, 81 peratus menyatakan “tidak setuju”, 11 peratus (setuju) dan 8 peratus adalah “tidak pasti”.
Jumaat lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Hari Pekerja 2020 berkata, sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi mulai hari ini tertakluk kepada syarat dan prosedur operasi standard (SOP).
Label: Panas
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama