Isnin, 4 Mei 2020

Covid-19- Masih Tidak Boleh Rentas Negeri


PERATURAN 10 kilometer (km) radius perjalanan tidak dilaksanakan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) namun pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, syarat itu (10 km) sudah tidak ada tetapi rentas negeri masih dalam senarai dilarang.

"Rentas negeri hanya dibenarkan pada empat hari yang diberikan pengecualian bagi membolehkan mereka yang terkandas di kampung dapat pulang semula ke tempat kerja dan kediaman masing-masing di bandar.

"Polis memberikan empat hari pelepasan pergerakan rentas negeri pada 7 hingga 10 Mei iaitu Jumaat hingga Ahad," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, individu yangmendapat kelulusan pergerakan dinasihatkan menggunakan tarikh berkenaan untuk membuat perjalanan.

"Sekarang memang ada kes rentas negeri tetapi dengan kelulusan polis, mesti melaporkan kepada polis.

"Mereka juga perlumendapatkan kebenaran untuk pergerakan dan kelulusan tertakluk kepada budi bicara polis," katanya.

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama