Polis Tahan Dua Lelaki Terlibat Lebih 10 Kes Samun, Curi
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata polis menahan dua lelaki masing-masing berumur 30 dan 32 tahun itu dalam dua serbuan berasingan di Lubuk Meriam dan Pokok Sena, di sini pada 9.30 pagi semalam, susulan laporan polis diterima pihaknya berhubung kejadian curi beg tangan dan telefon bimbit seorang wanita dalam kejadian Jumaat lepas di sini.
“Dalam kejadian itu, wanita berusia 47 tahun berkenaan telah meninggalkan keretanya dalam keadaan enjin dihidupkan sebelum mangsa masuk ke dalam kedai miliknya untuk mengambil payung.
“Ketika itu, dua lelaki terbabit yang menaiki sebuah motosikal telah membuka pintu kereta dan mengambil telefon bimbit serta beg tangan sebelum melarikan diri,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.
Katanya, hasil soal siasat yang dijalankan mendapati seorang pekerja wanita itu telah mengenal pasti nombor pendaftaran motosikal dinaiki dua lelaki berkenaan dan pasukan khas polis telah berjaya mengesan pemiliknya sebelum menahan dua lelaki itu.
Beliau berkata dua lelaki masing-masing mempunyai 18 dan 15 rekod jenayah lampau serta positif dadah itu direman sehingga 7 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. ― Bernama
Label: Kes&Jenayah
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama