'Binti Ahmad Zahid', Nurulhidayah Jawab Sindiran Warga Maya
Mengharapkan dirinya dipanggil dengan nama sebenar, Nurulhidayah turut mendakwa terdapat pihak sering memutar belit kenyataan dikeluarkan.
“Kenapa saya buat status di IG story 'binti Ahmad Zahid' sebab ada yang tulis 'anak Zahid.'
“Saya harap mereka tulis nama penuh saya 'Nurulhidayah binti Ahmad Zahid'. Tu je sebenarnya, sampai kat dia orang terus spin,” katanya di Instagram (IG) Story.
Sebelum ini, Nurulhidayah dikritik hebat selepas memuat naik hantaran di Instagram dengan perkataan “binti Ahmad Zahid.”
Hantaran itu menimbulkan pelbagai spekulasi termasuk ada pihak mengaitkannya dengan kes pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 20 April lalu.
Terdahulu, Nurulhidayah memberitahu telah memaafkan pihak tertentu yang dikatakan sering menabur fitnah terhadap dirinya.
“Dosa antara manusia, saya maafkan. Fitnah kan hiburan akhir zaman.
“Suka fitnah orang macam mana pun, jangan tinggal solat dan Al-Quran,” katanya lagi.
Label: Panas
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama