Rabu, 6 Mei 2020

Penginapan Sepi, Nawawi's Cottage Buka










Sejak COVID-19 melanda dunia penginapan seperti hotel dan resort sepi dari dikunjungi.

Jika sebelumnya seisi keluarga sibuk dengan aktiviti masing-masing.

Tidak hairanlah jika ada antara ayah ibu hanya sempat berkomunikasi dengan anak-anak di meja makan atau ketika bersiar-bersiar pada waktu petang.

Dengan keluarga berada jauh hanya telefon dan media sosial seperti Facebook sebagai alat penghubung silaturrahim.

Covid-19 hadir dengan penuh hikmah, kalau sebelum Covid-19 melanda masa ayah ibu tidak panjang di rumah kerana sibuk mencari rezeki, tak mustahil ada yang pergi kerja anak belum bangun tidur, pulang dari kerja anak sudah tidur.

Sebelum wabak Covid-19 ramai yang mencari tempat sesuai untuk keluarga berhimpun, kalau di Negeri Sembilan, Nawawi's Cottage salah satu tempat tumpuan untuk adakan hari keluarga.

Kita percaya ramai keluarga merindui suasana itu, namun terhalang oleh wabak melanda, sementara itu ekonomi juga penyebab untuk adakan aktiviti seperti sebelum Covid-19.

Walaupun kebanyakan penginapan telah dibuka sambutan masih beku. Nawawi's Cottage juga begitu.

Bersabarlah, utamakan dahulu kesihatan, kesihatan sempurna memudahkan kita semua cari rezeki.

Kita semua sedar, kesempatan berhimpun seisi keluarga ialah saat yang sangat manis dan hal ini pasti dirindui semua orang.

Label: ,

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama