Usul Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Satu Kerja Gila
Ketika rakyat sedang sakit manakala ekonomi negara sedang menjunam disebabkan Covid-19, orang-orang politik pula merancang undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin.
Sepatutnya hal itu tidak berlaku sama sekali kerana keluhan rakyat patut diutamakan daripada melunas nafsu serakah untuk berkuasa.
Untuk apa usul tidak percaya kepada Muhyiddin dilakukan sekiranya benar seperti didakwa bahawa majoriti rakyat masih mahu Pakatan Harapan (PH) memerintah negara?. Tunggulah Pilihan Raya
Umum ke-15 (PRU) bagi membuktikan kerajaan diketuai Muhyiddin ditolak atau diterima rakyat.
Dipercayai majoriti rakyat yakin kapal Pakatan Nasional tidak tenggelam dengan mudah sekiranya tidak di tebuk lantai dari dalam.
Dari sudut seni pemerhatian politik, jelas yang pemimpin PH tahu mereka akan tempuhi jalan sukar bagi memperolehi majoriti pada PRU akan datang.
Wabak Covid-19 yang ditangani dengan baik oleh kerajaan Pakatan Nasional yang diketuai Muhyiddin sehingga dikagumi Negara lain juga berperanan besar bagi angka penilaian rakyat.
Undi tidak percaya terhadap Muhyyidin gambaran sebenar keyakinan parti dari PH sudah pudar majoriti untuk berkuasa melalui undi rakyat.
Artikel ini hanya satu pandangan peribadi penulis Harian Watan, tidak mewakili mana-mana pihak.
-Harian Watan
Label: Pena Pengarang, Politik
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama