Rabu, 13 Mei 2020

Lupakah Mahathir?, Selama 21 Bulan PH Memerintah Rakyat Terima RM30


HANYA Sakai Batu pembangkang sahaja akan menjilat kata-kata Mahathir . Selama 21 bulan jadi perdana menteri rakyat hanya terima RM30 dari kerajaan Pakatan Harapan (PH) .

Nasib baik kerajaan PH tumbang awal, kalau tidak menderitalah rakyat ketika Negara diserang wabak Covid-19. Alasan kerajaan tak ada duit kerana dirompak, disamun ketika kerajaan Barisan Nasional akan diputar ulang setiap kali didesak supaya rakyat di bantu secara tunai ketika PKP.

Mahathir tidak layak lagi mengatakan hala tuju orang Melayu akan terumbang-ambing jika individu korup terus diberi peluang menjadi pemimpin, kerana selama 22 tahun jadi perdana menteri yang kaya Cina dan anak-anaknya, manakala marhaen desa disogok dengan kebangaan menara KLCC.

Kerana takut hancurlah orang Melayu tidak memberontak ketika Pakatan Nasional tubuh kerajaan, malah padang bola di tadahkan sebagi ganti tapak tangan dan nyiru.

Mahathir tak sedarkah?, hancurnya kerajaan PH kerana ada kaitan dengan DAP, kenapa pula Melayu di sinis atau Mahathir sudah tergolong dalam golongan Melayu sudah lupa.

Jika Mahathir rasa malu dengan sikap pemimpin Melayu yang kononya sangat takut dengan parti DAP, ramai lagi orang Melayu yang rasa malu bila ada pemimpin seperti Mahathir sujud pada DAP.

Kalau betul Mahathir rasa keluarganya dikalangan bermaruah takkan tumbang Kedah kepada Pakatan Nasional.

Mahathir memang suka dengan DAP, sebab DAP sanggup suap beliau untuk dapat sokongan dari Melayu, tapi Mahathir tidak sedar bahawa orang Melayu rasa jijik dengan sikap seperti itu.


KUALA LUMPUR, 12 Mei — Nasib orang Melayu akan terus ‘malap’ selagi pemimpin tidak bermoral terus dijulang.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, hala tuju orang Melayu akan terumbang-ambing jika individu korup terus diberi peluang menjadi pemimpin.


“Tetapi orang Melayu boleh hancur. Mereka akan hancur apabila membenar penyangak jadi pemimpin.

“Pemimpin seperti ini walaupun Melayu, akan hancurkan orang Melayu,” katanya menerusi blog Chedet, hari ini.


Sementara itu, Dr Mahathir turut meluahkan rasa malu dengan sikap pemimpin Melayu yang sangat takut dengan parti DAP sehingga sanggup mengkhianati amanah rakyat.


“Saya malu. Amat malu. Rupa-rupanya ada orang Melayu yang begitu takut kepada DAP sehingga sanggup mengkhianati rakyat yang beri mandat kepada mereka,” katanya lagi.

Hantaran terbaharu Dr Mahathir muncul di sebalik suhu panas politik Kedah yang menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ‘tumbang’ hari ini.

Situasi itu berlaku selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas Azman Nasrudin dan Adun Sidam Dr Robert Ling Kui Ee keluar PKR sekaligus menyebabkan PH hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Label: ,

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama