Kalau Tidak Berwibawa Ahli Politik Tak akan Menang Bertanding Sehingga 4 Penggal
Kekecohan sentiasa berlaku sama ada sidang Undangan Negeri atau Parlimen sejak sekian lama kerana agenda politik.
Tiadak hairan sekiranya perkataan tongon, biadap sentiasa diketahui rakyat malah situasi ketika bersidang pula mengalahkan pasar borong.
Oleh itu, Pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki tidak perlu tunjuk sikap seperti orang tidak pernah tonton persidangan Dun atau Parlimen.
Tidak perlu juga Afdlin mempersoalkan kewibawaan mereka sebagai ahli politik, kerana kerjaya seorang ahli politik dengan pemain Filem/Drama jauh beza ibarat langit dan bumi.
Siapa ambil peduli dengan politik?. Soalan cantik malah senang dijawab, tahukan Afdlin jumlah rakyat Malaysia yang daftar mengundi?. Pengundi berdaftar ini mungundi ahli politik yang dikatakan perangai macam gangster, macam sampah, semburit, panjat cina dol dan sebagainya.
Kalau ahli politik bukan jenis pemikir, rasanya tak mungkin ada yang menang 4 penggal berturut-turut, sudah tentu mereka pikir bagaimana nak bantu rakyat, sebab itu mereka menang.
Afdlin tidak patut jadi manusia yang penuh emosi kiranya beliau seorang berwibawa, kerana manusia berwibawa tahu melatakkan penilaian bedasarkan tempat dan situasi.- Harian Watan
Kekecohan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka susulan pertengkaran membabitkan beberapa ahli dewan undangan negeri (Adun) menarik perhatian pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki.
Afdlin memuat naik video pertengkaran itu di media sosial mengkritik sikap ditunjukan Adun terlibat sambil mempersoalkan kewibawaan mereka sebagai ahli politik.
“Ahli politik apa ni? Siapa ambil peduli dengan politik bila yang memerintah perangai macam gangsterdan bukan pemikir. Macam bagus semuanya tapi perangai macam sampah,” katanya di Instagram.
Semalam, sidang Dun Melaka kecoh selepas berlaku beberapa insiden pertengkaran membabitkan beberapa Adun kerajaan, pembangkang dan bebas.
Antara insiden mencuri tumpuan termasuk pertikaman lidah membabitkan Adun Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan Adun Kota Laksamana, Low Chee Leong.
Norhizam dilihat memaki hamun Chee Leong dengan perkataan “b*bi” sambil dibalas Adun Kota Laksamana itu yang menuduh bekas wakil rakyat Dap itu sebagai ‘pengkhianat.’
Kebanyakan warga maya kesal dengan sikap ditunjukkan wakil rakyat terlibat selain berharap mereka dapat mengawal tingkah laku apatah lagi ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.-Projekmm
Label: Pena Pengarang, Pilihan
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama