Suami Mabuk Bakar Rumah Sendiri
Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Nor Omar Sappi berkata, bagaimanapun, dalam kejadian jam 11.45 malam itu, lelaki berusia 40-an tersebut melarikan diri ketika api sedang marak dan pihak polis kini sedang memburu suspek.
Beliau berkata semasa pihaknya sampai ke tempat kejadian, rumah tersebut sedang terbakar dan pihak bomba berjaya memadam kebakaran tanpa sebarang kemalangan jiwa.
“Berdasarkan keterangan isteri suspek, suspek baru sampai ke rumah dalam keadaan sangat mabuk sebelum isterinya menegur suspek kerana membuat bising ketika jirannya sedang tidur.
“Suspek tidak berpuas hati dan memarahi isterinya. Suspek berang dan memandu kenderaannya jenis Nissan X-Trail lalu melanggar rumah jiran sebelum masuk dan membakar rumahnya sebelum melarikan diri melalui pintu belakang rumahnya, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Nor Omar berkata pemeriksaan pihak bomba mendapati hampir 50 peratus bahagian dalaman rumah dan perabot hangus terbakar serta rosak dan kerugian keseluruhan dianggarkan kira-kira RM18,000.
Label: Kes&Jenayah
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama