Jika Kerajaan PN Tidak Sah, Siapa Bayar Elaun Ahli Parlimen PH?
Perlu dibuktikan melalui Perlembagaan Negara dengan menghurai satu persatu Pekara yang mana satu boleh kaitkan yang kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak sah.
Sekiranya pencerahan gagal ia berkemungkinan akan dituduh mengajak rakyat mencabar kuasa yang ada pada Yang di-Pertuan Agong.
Jangan silap langkah dengan menyebut kerajaan tidak sah kerana rakyat walaupun semua tidak berkelulusan undang-undang boleh memahami dengan membaca dan mengkaji perlembagaan, apa lagi dengan pencerahan oleh Pakar Perlembagaan.
Dengan pemikiran semakin canggih manggih sesuai dengan kecanggihan teknologi pasti akan ada satu penilaian atau timbang tara sama ada kerajaan hari ini (PN) atau Pakatan Harapan layak dipilih tadbir negara pada Pilihaan Raya Umum ke-15.
Mengajak rakyat bangkit dengan bermodalkan kerajaan PN tidak sah kerana tidak mendapat mandat rakyat ia satu hal yang sukar diterima. Ini kerana rakyat mula berhati-hati dengan setiap seruan yang dibuat oleh PH. Rakyat dah ambil pengajaran semasa PH memerintah negara selama kurang dua tahun.
Kalau kerajaan PN tidak sah, siapa yang bayar elaun dan gaji Ahli Parlimen dan penjawat awam?. Sifir mudahnya PH jangan seperti orang gila talak.
Dengan tidak mengiktiraf kerajaan hari ini, Ahli Parlimen PH,... mereka Ahli Parlimen planet mana?☺✌
-Harian Watan 12/5/2020
Label: Pena Pengarang, Politik
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama