Idris Jusoh dilantik sebagai Pengerusi Felda
KUALA LUMPUR, 11 Mei — Bekas menteri pendidikan tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Pengerusi Lembaga Pengarah agensi berkenaan, berkuat kuasa 1 Mei lepas.
Idris yang merupakan Ahli Parlimen Besut mengambil alih tugas itu daripada Tan Sri Mohd Bakke Salleh yang meletak jawatan sebagai pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah Felda sebelum ini.
Pengarah Besar Felda, Datuk Othman Omar berkata beliau mengalu-alukan pelantikan tersebut bagi pihak lembaga pengarah, pengurusan, kakitangan dan warga peneroka Felda.
“Kami yakin, dengan pengalaman dan kepimpinan Datuk Seri (Idris), usaha pemulihan Felda akan diteruskan dan dipercepatkan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Dalam pada itu, Othman turut menyifatkan pengerusi terdahulu amat komited dalam membawa pelbagai pembaharuan dan strategi pemulihan, terutama untuk menjayakan pelan transformasi menerusi inisiatif Kertas Putih Felda.
“Komitmen beliau (Mohd Bakke) memberikan semangat kepada seluruh warga Felda untuk terus berusaha dengan lebih gigih untuk memastikan organisasi ini terus maju dan mencapai pertumbuhan yang stabil serta lestari,” katanya.
Mohd Bakke sebelum ini dilantik sebagai Pengerusi Felda untuk penggal selama dua tahun, berkuat kuasa mulai 1 Julai 2019 sehingga 30 Jun 2021.
Untuk rekod, Idris sebelum ini pernah menyandang pelbagai jawatan, termasuk Menteri Pengajian Tinggi, dari Julai 2015 hingga Mei 2018 dan Menteri Pendidikan II dari 16 Mei 2013, selain Menteri Besar Terengganu (2004-2008), Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) serta Timbalan Menteri Usahawan (1995-1999).
Berkelulusan Ijazah Sains Sosial (ijazah kelas pertama) dari Universiti Sains Malaysia (1980) dan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) dari University of New Haven, Amerika Syarikat (AS) (1988), Idris turut mempunyai kelulusan Bahasa Arab dari Universiti Jordan (1993-1994) serta Pengurusan Lanjutan dari Universiti Harvard, AS (2001) dan INSEAD Perancis (2008).
Sementara itu, Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Muhammad Fadzli Hasan dalam satu kenyataan, menyambut baik pelantikan Idris yang diyakini Felda akan dapat segera dipulihkan di bawah kepimpinannya berdasarkan ciri kepimpinan berjiwa rakyat dan mempunyai pengalaman yang luas sebelum ini dalam pentadbiran kerajaan.
Beliau turut berterima kasih kepada pengerusi sebelum ini, Mohd Bakke yang kini dilantik sebagai Pengerusi Telekom Malaysia (TM), atas jasa dan khidmat bakti yang telah diberikan.
MBFM mempunyai 317 cawangan di seluruh negara. — Bernama

Label: Pilihan
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama