Selasa, 12 Mei 2020

ADUN PKR Keluar Parti Kedah Tumbang


KUALA LUMPUR, 12 Mei — Kedudukan Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah tergugat selepas dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada PKR umum keluar parti.


Adun Lunas Azman Nasrudin dan Adun Sidam Dr Robert Ling Kui Ee mengumumkan keluar parti dalam satu sidang media di Pusat Khidmat DUN Sidam, hari ini.

Pengumuman itu juga turut disiarkan secara langsung menerusi akaun Facebook Pemuda Negara Negeri Kedah.


Terdahulu, kedua-dua wakil rakyat itu mengesahkan hilang kepercayaan terhadap PKR selain mengisytiharkan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) sebagai Adun bebas.


Justeru, kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir secara tidak langsung hilang sokongan majoriti.

PN dijangka mengadakan sidang media pada jam 3 petang yang akan disertai pimpinan PAS dan Umno bagi mengumumkan pembentukan kerajaan negeri yang baharu.-Projekmm

Label: ,

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama