Apa Dah Jadi PH, Hentam Sana Sini, Negeri Sembilan, Sabah Orang Dah Risik
Apa dah jadi dengan penglima perang Pakatan Harapan (PH), Johor , Melaka, Kedah, Perak terlepas begitu mudah kepada pihak lawan.
Berkokok sana, berkokok sini, hentam situ, hentam sini Negeri Sembilan pula di risik mungkin terlupa cuci najis selepas berak kot, kebiasaan manusia akan bau busuk najis orang lain, pada hal buntut sendiri sealam baunya
Khabarnya kapal Warisan Sabah juga akan tenggelam tak lama lagi, mungkin hujung tahun ini tenggelam lah tu.
Tentera maya pro PH pula tak keruan, sibuk hentam Muhyiddin kononya kerajaan hari ini tidak diiktiraf, kerajaan haram, kerajaan tebuk atap dan macam-macam tebuk lagi mereka bubuh istilah.
Orang-orang Umno BN pula dah nampak macam bangga, dada pun terbuka, bahu pun angkat tinggi nak sama tinggi dengan songkok.
Apa dah jadi, ini bukan zaman letak tunggul guna nama Umno BN boleh menang, ini zaman rakyat guna tangan, nanti semua Umno BN tak cukup tangan.
PH pula menyibuk dengan isu persidangan Parlimen, PN pula tak menang tangan lawan Covid-19, hingga barisan hadapan ada tak cukup tidur ada sukar nak tidur memikirkan apa akan jadi kiranya wabak covid tak dapat diatasi.
PH memang senang, hentam sana, hentam sini, tak cukup episod 1 sambung pula episod 2 ibarat opera cina dan wayang kulit.
Kalau tumbang negeri Sembilan dan Sabah dah pasti depa nanti macam ayam berak kapor, Sepatutnya PH cari strategi baharu, strategi ala-ala PRU14 rakyat dah tak lalu nak telan, malah dah nak muntah, bau pula masih melekat.
Dengan rasa tak puas hati pada Muhyiddin, anak beranak Najib Razak, kerajaan PN yang diketuai Muhyiddin tak akan tumbang begitu mudah.
Jangan lupa lah pemimpin PH, Negeri Sembilan dan Sabah orang dah risik, jangan pula jadi penyibuk dengan rekaan cerita Muhyyiddin, selepas episod 1 episod 2 pula, kalau PH buat 1000 episod pun rakyat dah tak peduli, apa yang rakyat ingat semasa PH memerintah hanya 30 hinggit.
Pesan memesan sahaja, bukan menghentam, kalau siapa rasa dihentam, janganlah hentam orang lain nanti kena hentam pula- Harian Watan.
Label: Pena Pengarang, Politik
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama