Jumaat, 5 Jun 2020

Umno telah putuskan tidak sertai bila PN didaftarkan, kata ahli MT


Umno tidak akan menyertai gabungan parti politik Perikatan Nasional (PN) apabila ia didaftarkan secara formal nanti, kata anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Dalam satu kenyataan di facebook beliau, Puad berkata, keputusan itu telah dibuat Umno, sebelum Bersatu mengambil keputusan untuk mendaftarkan PN sebagai badan formal.

Menurut bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu, antara keputusan mesyuarat Bersatu malam tadi adalah ‘formalies‘kan penubuhan PN.

“dalam mesyuarat MPT Bersatu malam tadi, antara yang diputuskan ialah untuk ‘formalise‘ penubuhan PN.

“Ini semua untuk survival Bersatu. Tetapi Umno telah buat keputusan tolak pendaftaran PN sebagai badan formal.

“Umno tidak akan sign. Maka apa langkah Muhyiddin seterusnya????” tulis Puad, bekas Ketua Pengarah Jasa, badan yang ditubuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama