Laporan polis terhadap Lim Guan Eng serentak di seluruh negara
Ini menurut Pemuda PAS Malaysia dipercayai dilakukan atas kapasiti jawatannya pada ketika itu, cuba mencampuri urusan siasatan dan mempengaruhi Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyahbekukan akaun seorang taikun hartanah.
Oleh itu, kata Khairil Nizam Khiruddin ia mengarahkan semua Pemuda PAS di peringkat Kawasan dan Negeri supaya membuat laporan polis dan laporan SPRM terhadap Guan Eng.
“Kami percaya bahawa perkara ini haruslah disiasat dengan seadil-adilnya, dan didakwa sekiranya terbukti ada unsur jenayah kolar putih berlaku dalam kes ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Ujarnya, Pemuda PAS percaya pendedahan ini adalah suatu yang amat mengejutkan dan berkemungkinan akan membuka kepada lebih banyak skandal dan rasuah yang dilakukan di zaman pentadbiran Pakatan Harapan.
“Kita harapkan agar suatu penyiasatan yang tegas dilakukan berikutan pendedahan ini,” katanya lagi.
Label: Panas
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama