Noor Hisham pohon petugas sabar bertugas di Aidilfitri
Beliau berkata pengorbanan golongan itu amat dihargai, dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 di negara ini.
“Bagi mereka yang bertugas di sepanjang tempoh Aidilfitri ini, terima kasih diucapkan kepada anda, semua yang berdedikasi berkhidmat untuk negara.
“Jadi kita harap barisan hadapan kita yang bekerja pada Hari Raya pertama, kedua, dan ketiga, bersabar. Insyallah pengorbanan kita untuk negara ini akan berjaya memutuskan rantaian jangkitan,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di sini, semalam.
Terdahulu, Dr Noor Hisham mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Islam di Malaysia, serta mengucapkan selamat bercuti kepada mereka yang bukan Islam.
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya esok dalam suasana kebiasaan baru, dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk jarakan sosial, bagi memastikan tiada peningkatan mendadak kes Covid-19.
Dalam sidang media semalam Hisham mengumumkan sebanyak 48 kes baru positif Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif kini 7,185 kes, 5,912 kes pulih sepenuhnya daripada wabak itu dan telah discaj daripada wad, selain angka kematian kekal pada 115. — Bernama
Label: Pilihan
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama