COVID-19: Kisah tiga kluster
Kementerian itu menerusi kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan, tiga kluster terbabit adalah kluster PUI (individu dalam siasatan) Bali, Pengerang dan Rembau.
"Kluster ke-14 yang diisytiharkan tamat hari ini iaitu PUI Bali adalah contoh bagaimana perjalanan rentas negeri menyebarkan jangkitan COVID-19 tanpa disedari individu yang membawa virus itu.
"Kes bermula apabila seorang individu dari Tumpat, Kelantan yang mempunyai sejarah perjalanan ke Bali mengadakan kontak rapat dengan abangnya di Kuantan. Abangnya dimasukkan ke hospital swasta kerana masalah pernafasan dan menjangkiti pesakit lain serta petugas kesihatan.
"Seramai 43 orang dijangkiti dan menyebabkan empat kematian," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan, dua lagi kluster berkait rentas negeri ialah Kluster Pengerang dan Rembau.
"Kes Kluster Pengerang, kes indeks (pesakit positif asal) yang mulanya disyaki denggi merentas negeri untuk ke Selangor dan menjangkiti individu lain dan menular melalui aktiviti kunjung-mengunjung.
"Kluster Rembau membabitkan seorang peserta perhimpunan di Masjid Seri Petaling yang hadir ke mesyuarat di sebuah sekolah di Pedas. Jangkitan kemudian menular apabila ada yang menziarahi individu dijangkiti COVID-19 itu," katanya.
Kementerian berkata, justeru kerajaan melarang perjalanan rentas negeri kecuali mendapat kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas faktor kerja dan kecemasan.
Begitu juga aktiviti ziarah di Aidilfitri kerana ada yang mungkin membawa virus dan menjangkiti sanak-saudara sekali gus mengancam nyawa terutama warga emas serta kanak-kanak.
Siaran 23 Mei 2020
Label: Pilihan
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama