Khamis, 21 Mei 2020

Setuju Mahathir Guling Muhyiddin


Sokong 100% usaha Tun Dr Mahathir untuk gulingkan Perdana Menteri Tan’ Sri Muhyiddin Yassin sekali gus Perikatan Nasional (PN).

Jika berjaya, kesetian ahli Parlimen dari dua parti besar orang Melayu terutama dari UMNO yang selama ini melaungkan perjuangan ABATA hanyalah ketika Barisan Nasional berkuasa.
Manakala PAS merupakan parti kedua ramai ahli Melayu di percayai sukar dipengaruhi operator yang menjalankan tugas-tugas seperti di arahkan.

Kita sebagai rakyat boleh dapati berita lompat parti dari kalangan wakil rakyat UMNO sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen (AP) ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) ranap pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Maksud saya sokong 100% usaha Dr Mahathir guling Muhyiddin sekali gus PN bukan bererti bersetuju Perdana Menteri dan kerajaan hari ini ditukar. Maksudnya, saya mahu melihat kesetian Ahli Parlimen dari PN yang tidak berdaftar sebagai entiti politik boleh dibeli dengan janji-janji manis seperti jawatan menteri dan sebagainya.

Dengan kelebihan 3 kerusi kerajaan yang di ketuai Muhyiddin mudah ranap jika ada Ahli Parlimen UMNO atau PAS atau parti dari Sarawak ubah sokongan.
Kebijakan Dr Mahathir dan gandingannya Anwar Ibrahim jangan diperkecilkan, dengan kebijakan yang ada pada dua orang ini harus disedari lebih awal.

Usaha pertama untuk usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin di persidangan Parlimen bukanya gagal melalui undi.

Oleh itu, Usaha kedua di laksana mengikut perancangan yang telah diatur, kerana 3 kerusi kelebihan kepada PN boleh digugat.

Saya bertanya pandangan anda semua. Kenapa Dr Mahathir berusaha untuk guling Muhyiddin dengan tidak menunggu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15 ?.

Pandangan saya, Dr Mahathir sedar pada PRU15 tidak mungkin Muhyiddin atau Pakatan Nasional (PN) boleh diranapkan kerana peratusan besar rakyat (MELAYU) tidak mahu lagi Pakatan Harapan (PH), sebahagian besar rakyat anggap PH ikut telunjuk DAP. Dr Mahathir juga mungkin telah meneliti 30% sokongan orang Melayu kepada PH pada PRU14 tidak diperolehi lagi.

Ahli parlimen yang tidak tetap pendiriannya (PSB-Sri Aman) dan Ahli Parlimen Bebas mungkin boleh jadi penyelamat Muhyiddin dan Pakatan Nasional.

Saya secara peribadi berpendapat, Mungkin usaha Dr Mahathir berjaya di Selangor….-Harian Watan
-Artikel ini hanya pandangan peribadi penulis tidak memihak mana-mana pihak.-


Baca dari Malaysiakini


Susunan tempat duduk untuk persidangan Dewan Rakyat hari ini menunjukkan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti anggota parlimen.


Plan, oleh staf Parlimen, menunjukkan bahawa terdapat 114 anggota parlimen yang menyokong kerajaan semasa.

Walau bagaimanapun, ahli parlimen - Masir Kujat (PSB-Sri Aman) - menjelaskan bahawa beliau disalahletakkan di kerusi di bangku kerajaan.

Ini bermaksud Muhyiddin (Bersatu-Pagoh) berjaya mentadbir negara dengan majoriti tipis tiga undi.

Muhyiddin akan melakar sejarah sebagai PM yang dilantik dengan majoriti paling tipis selepas Dr Mahathir Mohamad (Bersatu-Langkawi) pada Mei 2018 (dengan majoriti 10 kerusi).

Senarai ahli parlimen kerajaan, disusun mengikut abjad mengikut parti, terdapat dalam jadual berikut.


Dengan itu, buat masa ini, persoalan apakah Muhyiddin mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat tidak lagi perlu diperdebatkan.

Ujian sebenar akan timbul pada bulan Julai apabila Dewan Rakyat bersidang semula selama 25 hari, dengan membahaskan rang undang-undang kerajaan.

Antara yang menarik tumpuan pada Julai nanti adalah usul tidak percaya yang akan dikemukakan oleh Mahathir terhadap Muhyiddin.

Harus dinyatakan meskipun kedua-dua mereka mewakili parti yang sama, Mahathir duduk di bangku pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Walaupun kemungkinan untuk menyaksikan usul pembangkang dibentangkan adalah tipis, namun cabaran sebenar Muhyiddin adalah memastikan semua 113 anggota parlimen kerajaan berindak dalam hala yang sama.

Kegagalan mendapatkan undi bagi meluluskan sebarang rang undang-undang kerajaan akan memberi isyarat bahawa Muhyiddin tidak lagi menikmati sokongan majoriti.

Muhyiddin terpaksa bergantung pada hulubalangnya, Azmin Ali (Bersatu-Gombak) untuk memastikan kehadiran maksimum sebagai ketua whip kerajaan.


Menurut plan tempat duduk, bangku pembangkang akan terdiri daripada 107 ahli parlimen - Upko (1), Bersatu (5), Warisan (9), Amanah (11), PKR (39) dan DAP (42).

Tersepit di antara kedua bangku itu adalah Baru Bian (Bebas-Selangau).

Baru adalah antara ahli parlimen yang tidak tetap pendiriannya semasa "Langkah Sheraton” pada akhir Februari, awalnya menolak Pakatan Harapan tetapi kemudiannya bersetuju supaya gabungan itu menyokong Mahathir sebagai perdana menteri.

Sebagai wakil rakyat Bebas, dia tidak terikat dengan mana-mana pihak dan kecenderungannya tidak dapat ditentukan.

Setakat ini, Baru menunjukkan minat terhadap Parti Sarawak Bersatu (PSB), sebuah parti dikatakan mesra dengan Gabungan Parti Sarawak.

Ahli parlimen lain yang tidak tetap pendiriannya semasa "Langkah Sheraton” adalah Masir Kujat (PSB-Sri Aman), yang kini duduk di bangku pemerintah.-Malaysiakini

Label: ,

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama