Tidak boleh balik Malaysia sepanjang PKPB
Menteri Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka tidak dibenarkan kembali ke Malaysia sehingga PKPB berakhir.
"Pintu negara masih ditutup kepada semua rakyat asing yang ingin datang ke Malaysia, manakala rakyat Malaysia di luar negara yang balik ke negara ini dikuarantin 14 hari secara wajib.
"Bagi rakyat kita yang berstatus penduduk tetap di luar negara jika mereka mahu pulang ke negara yang memberi PR itu, kita benarkan.
"Tapi kita tidak benarkan mereka balik semula ke Malaysia sehingga tamat PKPB," katanya pada sidang media harian PKP di Putrajaya, hari ini.
Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan garis panduan untuk penganjur yang memerlukan pengamal media hadir, beliau berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang menyediakannya.-myMetro
Label: Pilihan
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama