Sabtu, 16 Mei 2020

COVID-19: Cuba Rentas Negeri Akan Didenda RM1,000, Ada Faham Tak?


MEREKA yang cuba melanggar larangan perjalanan rentas negeri akan didenda RM1,000, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, pihak berkuasa tidak ada pilihan selain mendenda kerana akan ramai orang cuba pulang ke kampung untuk Hari Raya.

“Semalam 500 kenderaan dihentikan dan diarah berpatah balik. Mereka cuba balik kampung untuk Hari Raya.

“Polis masih menggunakan budi bicara tetapi dalam mesyuarat hari ini kami memutuskan yang polis sekarang boleh mengeluarkan saman kepada pesalah,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di Putrajaya, hari ini.


Tambahnya, semalam polis memeriksa 238,250 kenderaan di atas lebuh raya seluruh negara. – 16 Mei, 2020.

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama