Isnin, 4 Mei 2020

Azab Hampir Seminggu Kerana Cicin


SARATOK: Seorang remaja lelaki terpaksa menahan sakit hampir seminggu sebelum dua bentuk cincin masing-masing keluli tahan karat dan emas tersangkut di jari telunjuk kanan berjaya dikeluarkan anggota bomba, semalam.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok Nazry Mohamat berkata, kejadian tersebut turut menyebabkan jari telunjuk kanan lelaki terbabit yang berusia 20 tahun dari Kabong telah membengkak.

“Berdasarkan situasi tersebut, kita percaya dua bentuk cincin tersebut telah tersangkut beberapa hari lepas.

“Berikutan saiz salah satu cincin yang dipakai mangsa agak kecil dan sendat menyebabkan jari tangan mangsa mula membengkak dan cincin-cincin tersebut sukar untuk dikeluarkan.

“Jari tangan mangsa semakin teruk membengkak dan memaksa mangsa datang sendiri ke balai untuk memohon anggota bomba mengeluarkan cincin itu dari jari tangannya yang sedang membengkak,” kata Nazry ketika dihubungi media, semalam.


Berikutan itu, anggota bomba yang bertugas bertindak memotong kedua-dua bentuk cincin itu dengan menggunakan mesin pemotong.

Tambah Nazry, usaha memotong dua bentuk cincin tersebut mengambil masa sepuluh minit dan dijayakan dengan selamat.

“Sejurus cincin tersebut berjaya dikeluarkan dari jari mangsa, anggota bomba terus menghantar mangsa ke Hospital Saratok untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” kata Nazry.

Sementara itu, dalam operasi menyambut kepulangan 11 pelajar dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang dihantar pulang ke Saratok petang semalam, pasukan bomba telah melakukan proses sanitasi terhadap bas dan barangan milik pelajar terbabit.

Nazry berkata, operasi sanitasi tersebut telah dilakukan sebaik sahaja rombongan tersebut tiba dari Kuching di Saratok.

“Dalam operasi ini, anggota bomba telah memberikan tumpuan semburan sanitasi di dalam bahagian bas, ruangan tempat barang, tempat duduk pemandu dan penumpang serta di luar bas.

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama