Jauhi Stigma Negatif Terhadap Pesakit Covid-19
Di waktu sukar ini mari kita buang stigma negatif terhadap pesakit Covid-19 dan ahli keluarga mereka. Beri mereka sokongan dan kata-kata positif.
Namun begitu, pesakit dan ahli keluarga mereka perlu mengikuti langkah-langkah yang disaran doctor serta patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerana besar kemungkinan wabak itu dijangkiti kembali tanpa di sedari.
Jangan pula selepas sembuh merayau tak tentu pasal kononya mahu ziarahi keluarga tetangga dan sebagainya.
Ahli keluarga terdekat pula tidak perlu adakan ziarah tetangga ataupun sahabat karib jauh dekat kerana jadikan orang lain serba salah. Sudah kebiasan apabila tetamu hadir tiada manusia yang menghalau.
Pada yang bertanggapan negatif kepada pasakit COVID-19 dan keluarganya perlu tahu virus Corona tidak kenal warna kulit, agama. Jangan menghentam sesuka hati kerana virus itu bukanya dari keturunan mak bapak kau orang.
Label: Pena Pengarang
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama