COVID-19: Tiada Tambahan Zon Merah
Zon merah COVID-19 kekal 26 daerah, setakat 12 tengah hari semalam, dengan Lembah Pantai masih merekodkan jumlah kes tertinggi positif COVID-19, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM).
Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM hari ini, daerah berkenaan merekodkan 459 kes.
Selain Lembah Pantai, daerah Hulu Langat dan Petaling masing-masing mencatatkan kes kedua dan ketiga tertinggi dengan 378 dan 335 kes.
Zon merah mewakili jumlah positif COVID-19 melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes.
Negeri Selangor masih mencatatkan bilangan kes positif COVID-19 tertinggi iaitu 1,183 kes manakala kes terendah di Labuan iaitu 15 kes.
Sementara itu, Malaysia mencatatkan kedudukan kekal dalam senarai negara dijangkiti pandemik COVID-19 di dunia, iaitu negara menghuni tangga ke-34 semalam (11 April) dengan 4,530 kes positif dan 73 kematian.
Berikut adalah senarai lokasi zon merah lain seluruh Malaysia:
Perak KES Hilir Perak 66 Kinta 98 Selangor Sepang 61 Petaling 335 Hulu Langat 378 Gombak 125 Klang 169 Hulu Selangor 45 Kuala Lumpur Cheras 69 Kepong 119 Lembah Pantai 459 Titiwangsa 112 Putrajaya 51 Negeri Sembilan Seremban 213 Rembau 53 Melaka Jasin 67 Melaka Tengah 46 Pahang Kuantan 76 Jerantut 64 Johor Batu Pahat 51 Kluang 183 Johor Bharu 176 Kelantan Kota Bharu 88 Sarawak Kuching 215 Kota Samarahan 47 Sabah Tawau 70 JUMLAH 3,436
Dalam pada itu, lima daerah kini didapati menghampiri zon merah dengan jumlah kes menghampiri 41.
Daerah berkenaan ialah Muar (40 kes), Seberang Perai Tengah dan Lahad Datu (38 kes) serta Kuala Muda dan Kota Kinabalu (35 kes).
Setakat semalam, sebanyak 1,696,323 kes COVID-19 dicatatkan di seluruh dunia dengan 102,672 jumlah kes kematian. - Bernama
Label: Pilihan
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama