Berita Palsu: Ahli Parlimen Mungkin Hilang Jawatan
Sedih bukan kerana sebagai penyokong kuat Fuziah atau tergolong dalam lingkup 'BAU-BAU BELACAN', sedih yang dia terlupa undang-undang membolehkan memanggil beliau ke Mahkamah.
Menurut apa yang di maklum oleh Suara Merdeka (SM), pada Khamis lalu Facebook rasmi milik Ahli Parlimen Kuantan yang juga bekas Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama ketika era pentadbiran Pakatan Harapan telah membuat hantaran berita palsu rakyat Malaysia berpusu-pusu pulang dari Singapura.
Bukan sahaja Fuziah mendapat kecaman dari warganet malah pakcik macik warong kopi serta ibu bapa makcik kiah turut membawang. Polis pula membuka kertas siasatan terhadap kes itu.
Tindakan semberono atau lebih layak dinamakan tindakan bodoh itu meletakkan Fuziah di ambang kehilangan jawatan Ahli Parlimen.
"Fuziah kini jika dituduh di mahkamah dan didapati bersalah bakal kehilangan jawatan ahli parlimen dan memerlukan pilihan raya kecil diadakan" - Suara Merdeka
Semua tahu,.. Mengikut undang-undang, sebarang penciptaan atau penyebaran berita dan kandungan palsu adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun.
Ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri telah disabitkan atas suatu kesalahan dan dihukum dengan penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 akan kehilangan kelayakan.
Label: Panas, Pena Pengarang
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama